Chapter 2

3 3 0
                                        

Setelah perhimpunan selesai, semua pelajar berpusu-pusu untuk keluar dari dewan tersebut. Syazwani dan Nasuha yang ingin keluar disekat oleh seseorang yang berbadan tegap. Mereka terpaksa mendongak kerana tuan badan tetap itu terlalu tinggi untuk mereka.

"Tengku Syazwani Binti Tengku Adnan, sila ikut saya sekejap" Kata Shameel, ketua pengawas sekolah. Dia lalu terus keluar dari dewan.

"Dah kenapa dia suruh aku ikut dia. Ada kes ke? Aku pun bukan penolong dia" kata Syazwani dalam hati. Dia menyuruh Nasuha untuk balik ke kelas sendiri. Pujuk punya pujuk, akhirnya Nasuha balik ke kelas seorang diri.

Syazwani cepat cepat mengikut Shameel takut tak sempat kejar. Apabila dia keluar dari dewan sekolah itu, dia terlanggar seseorang . Dia melihat siapa yang dilanggarnya tadi.

"Aduh, sorry sorry" kata Syazwani sambil mengusap dahinya.

"Tak ada apa apa pun"kata Shameel lalu segera berjalan meninggalkan Syazwani. Syazwani pula terkial-kial di untuk mengikuti Shameel. Mereka menuju ke bilik pengawas yang berada di sebelah pejabat sekolah.

Apabila Syazwani memasuki bilik tersebut, pintu bilik itu ditutup oleh Shameel. Shameel mendekati Syazwani, jarak mereka hanya berbeza 1 m sahaja. Muka Syazwani sudah cuak.

"Umm, kenapa saya dipanggil?" Tanya Syazwani cuba untuk menahan perasaan takutnya. Shameel pergi senyum sinis pulak.

"Saya nak bincang tentang kawan baik awak tu. Iffah namanya kan." Katanya sambil menjauhkan dirinya sedikit.

"Kenapa dengan dia pulak? Kau jangan lebih lebih ya. Kalau kau cuba buat apa apa kat kawan aku, siap kau" Syazwani sudah membuat muka marah sambil menggenggam penumbuknya.

"Hahahaha" Shameel ketawa. Syazwani yang terpaku melihat Shameel ketawa. Ketua pengawas tu jarang senyum, apatah lagi ketawa.

"Awak nak belasah saya? Haha lawak lah. Saya cuma nak cakap, suruh kawan awak tu jangan pandang saya lama lama. Macam nak terbeliak biji matanya bila tengok saya" kata Shameel menghabiskan sisa tawanya.

"Laaa, dah awak tengah bagi ucapan. Mestilah dia tengok" katanya Syazwani sambil menenangkan dirinya. Takut takut ada yang kena penampar nanti.

"Kalau itu je yang nak dibincangkan, saya pergi dulu" belum sempat Syazwani ingin memulas tombol pintu itu, satu tangan sasa menghalang pintu itu daripada terbuka.

"Awak tu pulak, jangan tengok sangat anak orang. Awak kan pengawas" bisik Shameel di telinga Syazwani. Seperti terkena renjatan elektrik, Syazwani menggeletar badannya. Shameel menjauhi dari Syazwani memberikan gadis itu untuk cabut dari bilik pengawas itu. Mukanya jangan ditanya. Merah macam tomato.

Shameel yang masih berada di dalam bilik itu tersenyum.

"Cute" kata nya

❣️👑🌈

"Kenapa kau lambat masuk kelas tadi?" Tanya Iffah. Mereka sedang berada di kantin. Maklumlah, waktu rehat. Iffah yang menyuapkan nasi ayam ke mulutnya itu hanya memerhati kawan baiknya termenung.

"Shameel kau tulah. Dia panggil aku masuk bilik pengawas dengannya" balas Syazwani sambil mengunyah keropok lekor yang dibelinya. Mahu makan nasi, tak ada selera.

"HAH?! Kenapa Shameel panggil kau?" Jerit Iffah. Semua orang di kantin itu melihat mereka. Aduh Iffah, tempat ramai orang ni.

"Eh eh, duduk dulu. Buat malu je. Aku bukan nak rampas crush kaulah, tapi Si Shameel tu bagitahu kau selalu tengok dia kat dewan tadi. Dia kata kau pandang dia selalu macam nak terbeliak biji mata." Kata Syazwani lalu menenangkan sahabatnya itu.

"Weh, seriuslah. Crush perasan aku weh." Kata Iffah lalu tanpa sengaja dibalingkan nasi ayamnya itu ke tepi. Satu aura gelap dapat dirasakan oleh mereka berdua. Apabila dipandang tepi, Damia yang sudah dibasahi dengan nasi ayam Iffah menahan amarahnya. Nasuha yang berdiri di belakang Damia menekup mulutnya.

"Iffah, Rest in Peace." Kata Syazwani menjarakkan dirinya lalu mendekati Nasuha.

"IFFAH!!!!"

"SORRY MIA!!!!!!"

Dua orang atlet sekolah itu berkejaran di sekeliling kantin itu. Murid-murid yang lain hanya memerhati. Syazwani sudah mengurut kepalanya. Macam manalah dia dapat kawan dua ekor ni ya.

"Wani, jom naik kelas. Rehat pun nak habis ni." Ajak Nasuha. Syazwani hanya mengangguk lalu mereka menaiki tangga menuju ke kelas 4A.

Ketika mereka membelok, Syazwani terlihat Hanif yang menghampiri mereka. Dia memberikan senyuman manis kepada Hanif.

"Oh ya Syazwani" kata Hanif lalu berdiri di hadapan Syazwani. Hati jangan kata, macam nak meletup.

"Cikgu Elena panggil dekat bilik guru. Jumpa dia nanti ya." Suara Hanif yang lembut itu telah mengcairkan hati Syazwani. Dia mengangguk dengan laju.

"Ok, kalau macam tu saya pergi dulu. Assalamualaikum" Hanif berlalu pergi.

Syazwani masih terpaku di situ. Nasuha mencubit pinggang Syazwani sedikit. Dia tersedar lalu mereka terus ke kelas. Hati Syazwani sudah berbunga-bunga. Crush tegur!!!!

                                    Sila Votes Ya. Elis Out🌹

Crushmu jodohkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang