Chapter 24

482 46 16
                                    


Terkejut Gempa melihat Ali yang sedang cuba tahan tangan Solar yang meronta-ronta.

"A-apa kau buat tuh Ali!?"

Terus terhenti pergerakan Ali dan Solar.

"Erk..aku nak tengok mata Solar je...sebab aku pelik dia tutup mata dia...",tanpa sedar Solar sudah hilang dari penglihatan.

Eh!!?

Huf Huf Hufff

Penat Solar dibuatnya.

"Haihh...aku penat kalau setiap hari macam nih...",keluh Solar lalu dia duduk di tepi bilik makmalnya.

"Kau buat apa dekat sini?"

Empunya suara tersebut duduk bersebelahan Solar sambil memeluk bantal pausnya.

"Aku lari daripada Ali."

Solar menongkat dagunya sambil melihat langit.

Ice memerhati mata Solar seketika lalu dia melihat apa yang dilihat oleh Solar.

"Cuaca baik harini...walaupun untuk dunia yang tak nyata.",bisik Ice tapi dapat didengari oleh Solar.

"Erm...kau rasa apa yang akan jadi dekat dunia nih bila kita dapat keluar nanti?",Solar mengalihkan matanya memandang Ice.

"Mungkin dunia nih hilang?"

Belum sempat Solar menjawab,Ice bersuara dahulu.

"Tapi kita akan keluar ke dari dunia nih?"

Persoalan Ice membuatkan Solar terkedu.

Betul juga kata Ice. Macam mana diorang nak keluar dari dunia tuh?

Dunia tersebut terlihat nyata tapi tanpa sedar sorang demi sorang penduduk disitu hilang seperti kabus. Langit pun makin kelihatan pelik dan bila hujan sepatutnya hari mendung tapi tidak,matahari terang dilangit walaupun hujan turun dengan lebat. Bila malam tidak kelihatan gelap tapi kelihatan terang seperti siang.

Yang paling peliknya penduduk di situ tidak menghiraukan perkara pelik yang terjadi.

Mungkin kuasa orang yang mencipta dimensi nih makin lemah.

"Tapi Ali kelihatan seperti bukan penduduk dari sini...dia nampak nyata.",kata Solar.

"Aku pun rasa macam tu...tapi mungkin itu hanya imaginasi kita.",balas Ice.

Mereka berdua kembali termenung jauh. Tanpa perasan Hali sedang berdiri sambil bersandar di dinding bersebelahan Solar.

"Aku memang halimunan ke apa.."

Dengar saja suara Hali terus diorang dua memandang Hali sambil tersengih.

"Korang!! Kak Zira dah siap masak jom makan!",panggil Ali dengan nada yang kuat.

Solar dan Ice bangun dari duduk mereka berdua.

Belum sempat mereka bertiga membuka langkah menuju ke rumah tiba-tiba muncul susuk badan seseorang di depan mereka.

Dengan pakaian serba hitam dan mukanya ditutup dengan topeng.

"S-siapa kau?!"

"Move."

Badan Solar dan Ice dihumban kuat sehingga terhentak ke dinding. Seperti ditolak dengan angin yang sangat kuat.

Solar! Ice!

Ali yang melihat kejadian tersebut terus memanggil kembar yang lain.

"Apa kau nak dari kami!?",dengan nada yang marah Hali bercakap.

Pedang petir dikeluarkan tanpa dia kesah yang Ali akan nampak yang dia ada kuasa.

Ergh...

Tali penutup mata Solar terputus lalu terlihat mata kanannya.

Matanya melihat lelaki tersebut lalu dia dapat merasakan kuasa yang sangat kuat sedang mengalir dari badan lelaki tersebut.

"H-hali lari...p-pergi dari sini.."

Tangan Solar cuba mencapai baju Hali tetapi lelaki tadi terus menghentak tangan Solar dengan penukul.

Argh!!!

Solar!!

Ice sudah pengsan tidak sedarkan diri manakala Solar sedang menahan sakit kerana tangannya mungkin sudah patah. Solar mengangkat kepalanya untuk melihat lelaki tersebut.

"Farewell."

Lelaki tersebut mencekik leher Hali kuat lalu mereka berdua hilang dari penglihatan.

"H-hali..."

Kembar yang lain baru sahaja berjaya membuka pintu yang tiba-tiba ditahan dengan sesuatu dari luar.

Ice!! Solar!!

Kedua-dua mereka sudah pengsan. Ali yang sudah melihat apa yang terjadi tadi masih tidak bersuara. Dia terkejut yang Hali mempunyai kuasa.

"Kalau Hali ada...maksudnya yang lain..."

Matanya memandang kembar yang lain.

Mereka sibuk mengangkat Solar dan Ice masuk ke dalam rumah.

Mungkin dia akan bertanya bila keadaan reda sedikit.

....

Zira merawat luka Ice manakala Thorn cuba merawat tangan kiri Solar yang patah.

"Ada apa-apa perkembangan?",soal Gempa risau.

"Aku dah betulkan arah tulang dia...bagi aku sikit lagi masa.",jawab Thorn yang menggunakan kuasanya untuk sembuhkan tangan Solar.

Ali hanya memerhati dari jauh. Blaze yang perasan baru teringat sesuatu.

"Weh Taufan..."

"Apa?"

"Ali dah tahu kita ada kuasa lah...macam mana nih?",soal Blaze.

"Eh haahlah aku lupa pasal dia.."

Tangan Blaze ditarik oleh Taufan dan mereka berdua menuju ke arah Ali.

Erm?

Dan mulalah mereka menceritakan segalanya kepada Ali.

1 jam kemudian...

"Macam tulah cerita dia..."

"Jadi korang akan tinggalkan aku suatu hari nanti?"

Blaze hanya mampu mengangguk kepala.

Ali terus lari balik ke rumahnya. Baru sahaja Taufan mahu mengejarnya Gempa terlebih dahulu menghalang.

"Biar dia bertenang dulu."

Bersambung...
Vote dan coment😆

Vote dan coment😆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Different World [COMPLETE]Where stories live. Discover now