Chapter 2

1.9K 149 71
                                    

Sambungan...

...

Kelihatan semua kembar elemental sedang sibuk mengemas barang untuk pergi berkhemah.

Gempa masih sibuk memasak untuk dibawa sebagai bekal sewaktu mereka di hutan.

"Gempa! Semua barang dah siap!",jerit Taufan dari ruang tamu.

"Ha ok! Korang tunggu luar! Aku tengah siapkan bekal kejap!",jerit Gempa pula dari dapur.

Hali masuk ke dalam dapur lalu menolong Gempa menyediakan bekal. Yang lain sudah menggalas beg dan tunggu di luar rumah.

Solar memegang fonnya sambil menangkap gambar TTM yang sedang bersembang.

"Kenangan hehe",bisik Solar lalu tersenyum.

Selepas beberapa minit Gempa dan Hali pun keluar dari rumah dan mereka pun memulakan langkah untuk ke hutan Pulau Rintis.

*

*


Skip time..


*

*

Sampai sahaja di hutan,mereka mula memasang khemah dan menyusun barang-barang keperluan di tempat yang sudah disediakan.

"Sekarang pukul 9 pagi..jom pergi daki gunung..",ajak Gempa lalu menggalas beg yang mempunyai botol air dan makanan seperti roti dan nasi untuk makan ketika dalam perjalanan mendaki.

Semua mengikut langkah Gempa menaiki bukit yang tinggi.

"Hati-hati kawasan ni licin..",kata Hali sambil memegang tali yang sudah disediakan untuk mengimbangkan badannya.

"Baik!",balas mereka serentak.

Solar pula merakam perjalanan mereka sehingga dia ternampak sesuatu berwarna hitam.

"Korang apa tu?",tanya Solar lalu jari terlunjuknya menunjuk kearah benda hitam itu.

Yang lain melihat lalu dengan langkah perlahan mereka mendekati benda hitam tersebut.

Makin lama mendekat makin jelas mereka dapat melihat. Di depan mereka terdapat satu pusaran hitam yang berputar sangat laju sehingga semua benda disedut kedalamnya.

"P-pusaran hitam ni..",bisik Ice terkejut.

"T-tak mungkin..selepas 4 tahun pusaran ni muncul balik..",kata Gempa.

"Jom masuk!",balas Blaze lalu mendekati pusaran tersebut.

Hali memegang lengan Blaze dari terus mendekati pusaran hitam tersebut.

"Jom ah masuk! Mungkin kita dapat jumpa dia lagi..",bentak Blaze tegas.

Hali memandang Gempa.

"Mungkin betul kata Blaze..tapi kalau kita tak dapat kembali macam mana?",soal Gempa risau.

"Lagi teruk kalau kita tak dapat jumpa dia..",sambung Thorn.

Different World [COMPLETE]Where stories live. Discover now