0
Tanpa sedar jemariku sudah mengetuk-ngetuk stereng. Mencerlung mataku. Menjengah keadaan di depan kereta yang langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bergerak. Aku mendongkol geram. Meleret pula pandanganku ke lampu trafik yang bertukar kuning itu. Aku sabar lagi. Bila lampu menginjak ke merah, saat tu aku hilang sabar. Ditekan hon berkali-kali, yang kemudiannya disusuli dengan deruan hon dari kereta di belakang.
Nampak? Bukan aku sorang naik angin!
"Apa masalah diorang ni? Jalan la cepat?!" hamburku.
Ini pun, dah berkali-kali hon. Tapi tak gerak-gerak juga kereta di depan. Nak potong lane sebelah, sama juga jem.
"Jalan la anak setaaaannnnn!!!!!" sudahnya stereng kereta menjadi mangsa tumbukanku. Aku ni dah la lambat, orang kat depan lagi melambatkan urusan. Baran betul la.
"Hei... bahasa tu kalau tak boleh yang murni-murni."
Satu suara garau yang menegur buatkan aku berpaling seketika. Lelaki yang terlihat dihurung aman itu dijeling. Lupa pula ada penumpang tak berbayar hari ni.
"Aku ni dah lambat, Jungwon. Assignment aku tu due tengahari ni. Sekarang dah pukul 11 lebih dah!" luahku penuh kesal. Ada keluhan berat dilepaskan di hujung ayat. Rasa macam nak menangis pun ada. Kalau tahu boleh stuck macam ni, memang awal aku keluar rumah tadi. Tengok la, tak berganjak lagi ni.
"Then, notify la your lecturer? Cakap kau hantar lambat sikit sebab ada hal,"
"Aaaa.... aku takut dia tak makan alasan je, weh. Sebab prof ni aku tahu la strict dia macam mana, gila babi. Dah la subjek killer pulak tu."
"Ye la. Meh sini henfon kau. Aku tolong cakapkan,"
Jungwon yang menghulurkan tangannya itu kupandang dengan penuh syak wasangka. Biar betul Jungwon ni?
"Serius la?"
Dipejam sejenak matanya. Nampak la lelaki itu menahan sabar. "Tak la, aku main-main je ni. Main batu seremban."
"Betul-betul la,"
"Ya..."
Aku tidak cakap apa selepas itu. Sekejap cuma apabila telefon diselit di poket pintu itu dihulurkan ke Jungwon. Lelaki itu menyambut tanpa banyak bunyi. Dan jarinya laju menelusur ke aplikasi GMAIL.
"Tahu tak emel prof kau?"
"Ada. Aku ada emel dia haritu. Cari Hendery."
"Okay." lalu rancak jemarinya mengetik papan kekunci. Sesaat, dua saat selepas itu dipulangkan balik telefon ke aku. Punya la tercengang gadis ini. Dia taip tu macam tiada masalah dunia. Smooth je.
"Gila babi laju." dicampak telefon ke riba.
"Tenang, Juri. Tenang. Sebab tu kau kena bertenang dalam situation macam ni. Baru boleh berfikir."
Terdiam aku sedetik.
Betul la. Kalau nak diikutkan, aku dengan Jungwon jauh sangat perangai. Aku ni lihat sendiri la, ada masalah sikit je mengamuk. Cepat melenting.
Jungwon pula,
Dia lain. Dia jenis calm and collected.
Jenis yang menyakitkan hati aku je. Sebab betul la tu. Setepek juga aku kena kali ni. Point Jungwon selalu berkesan, dan efek dia kadang-kadang tajam menusuk. Tapi mengapa harus aku yang selalu disuap sindirannya? Waktu itu pula telefonku bergegar. Terus diangkat alat peranti itu lalu dibuka ruang GMAIL dengan hati yang bergelora.
Terbeliak terus mataku.
- Any late submission I will deduct the marks. I won't tolerate any baseless excuses.
Menggigil tanganku di situ.
"Juri? Prof kau reply tak?"
Pertanyaan itu tidak dibalas. Sebaliknya aku menumpang pandang ke Jungwon, lama, yang selepas itu berjejeran turun air mataku.
YOU ARE READING
Lain Waktu | JUNGWON
Short StoryOh baby I am a wreck when I'm without you, I need you here to stay.