6

Ralit aku menelek setiap-satu helaian album gambar itu. Ada Mina sendiri datang bagi tadi. Katanya, ini album yang menyimpan foto-foto kenangan sewaktu kecil kami. Bertiga-tiga selalu berkepitnya. Bak tiga serangkai dah kejadian kami.

Teh panas itu dihirup cermat. Sambil-sambil tanganku menyelak ke halaman lain. Makin diselak, makin menerpa samar-samar memori yang dikongsi, seraya tanpa sedar menerbitkan rasa nostalgik bertandang. Aku sudah tersenyum-senyum. Kecil lagi kami masa tu. Hingusan lagi masing-masing.

Dan ada satu gambar yang paling membangkitkan rasa itu.

Sekeping gambar itu diseluk keluar, lalu ditatap lama penuh syahdu. Tak silapku, ini gambar terakhir ditangkap ibu Jongyeon sewaktu keluarganya hendak berangkat pindah. Mereka yang pertama berpindah, disusuli Mina, dan akhirnya keluargaku.

Entah kenapa memori itu masih terasa segar di peti ingatan. Seakan-akan satu kaset itu disimpan jauh di dalam sudut sanubari, yang tempatnya senantiasa terpahat utuh.

Itu kali terakhir kami terlihat bertiga.

Jadi berdua.

Dan akhirnya tinggal aku seorang.

Ah, masa mungkin aku lupa hari kejadian itu. Hari dimana kami bertiga meraung-raung kepiluan meratapi nasib, dan macam mana baju masing-masing penuh dengan peta hingus yang pencoraknya entah siapa habis itu. Tahu-tahu je badan melekit-lekit. Geli, tapi itu hakikatnya.

Itu kronologi sewaktu kami 4 tahun.

Cepatnya masa berputar. Alih-alih, salah seorang dari tiga serangkai dah selamat mendirikan alam bahagia.

Cakap pasal alam bahagia,

Mendarat pula mataku ke satu halaman gambar yang sepertinya baru diisi ke dalam album lama itu. Ditarik keluar gambar itu, lalu ditenung. Tenungku penuh tegang. Lalu aku mendecit kasar, melepaskan rasa jengkel membuak-buak.

Aku rasa,

Nishimura Riki menjadi pengantin lelakinya, ianya benda terakhir mampu terlintas kemungkinannya dalam kepala otak. Pelik, tapi benar.

Ni-ki pengantin lelakinya,

Aku ulang sekali lagi,

Ni-ki suami sah kepada Mina.

Alangkah luas melopong aku sewaktu mendapat tahu. Mina tidak tahu macam mana aku dan Jungwon saling berbalas siku-menyiku di situ. Aku pandang Jungwon. Jungwon pandang aku. Waktu itu kami benar-benar tercengang.

Semuanya jelas sekarang. Selepas dicantum kata-kata Ni-ki tempoh hari, dan macam mana kemunculan mengejutnya pada hari itu terbongkar. Aku dah jelas.

Apa-apa pun, aku doa yang baik-baik untuk Mina. Macam mana pun aku tetap kawannya. Aku betul-betul harap dengan perkahwinan ini dapat menjinakkan terus perangai buaya darat liar itu. Ni-ki pun, aku assume... Aku assume je la dia dah berubah.

Tatapanku masih tidak bergerak dari gambar hasil photoshoot dengan persandingan pasangan pengantin itu. Aku suka gambar itu. Kerana ketika itu, jika aku tidak menyaksikan gambar ini sebagai buktinya, memang aku tidak akan perasan akan renungan yang senyap-senyap terhala ke arahku itu.

Renungan yang dihantar Jungwon ke aku.

Aku senyum sembunyi suka.

Kemudian pandanganku meleret ke wajah Ni-ki yang berseri-seri itu. Ditenung sejenak. Lalu aku menonong ke bilik dan kembali ke ruang tamu bersama marker pen hitam ditangan. Diconteng setebal-tebalnya bulatan menutupi muka lelaki itu. Baru puas hati aku.

Lain Waktu | JUNGWONWhere stories live. Discover now