7

"Kalau macam tu, bagi aku ambil part introduction, dengan conclusion."

Lelaki yang bersuara itu kupandang kosong. Aku mengurut-urut pelipis selepas itu, kemudian aku mengeluh perlahan.

"Kau nak compile?" soalku.

Donghae membalas pandanganku. Ada kesan sebal pada wajahnya.

"Aku tak cakap aku nak compile? Kenapa kau assume aku kena compile?"

Aku menunjal cermin mataku. Membega. Dua lagi muka-muka teammates aku dikerling, yang jelas mereka menyimpan cuak. Sehabis baik nafas diatur. Metodku untuk kekal terpamer tenang.

"Common sense? Sebab common sense? Kau sekarang ni ambil part paling sikit dan senang. It wouldn't hurt to be a mindful human for once, am I right?"

Donghae mendengus kasar. "Cakap je la kau ni entitled. Menyuruh orang je pandai."

"Apa kau ni, Donghae? Betul Juri cakap. Kerja kau senang. Tak salah senangkan kerja teammates kau. Markah nak rata, kan?" sampuk Somi.

"Sibuk je kau. Geng sendiri boleh la nak sebelahkan, ni la perempuan. Benci betul aku,"

Terdiam Somi dibuatnya. Aku jangan cakap, sampai terpinga-pinga merenung ke lelaki yang muka tebal tu. Aku menggeleng! Aku punya tercengang sampai menggeleng tahu?!

"Sikit-sikit stereotype perempuan. Cakap la takde modal. Cakap la misogynist. Terus-terang je la, Donghae? Entitled... entitled. Kenapa? Kau nak push gerak kerja? Push la! Aku nak tengok,"

"Tu la kau... Sombong sangat. Riak. Pendapat orang tak boleh terima. Aku tak cakap pun la aku ni misogynist? Kau assume bukan-bukan kenapa? Aku ni tak suka la push-push, arah-arah orang. Aku pun tak suka orang arah-arah aku!" suara lelaki itu memetir kuat, yang selepas itu berjaya mengundang sedikit-sebanyak perhatian di ruang bilik diskusi itu.

Aku senyum. Aku senyum mendengar isi perdebatan itu.

Anak haram.

Fikir aku suka la lelaki tempik-tempik kat muka aku ni? Sial.

"Kau ni bodoh ke? Sejak bila Juri push kau buat kerja? Ni baru first time la dia suruh kau, buat kerja simple pulak tu?" hambur Karina, pelajar International dari India itu.

Turun naik nafas lelaki itu. Bengang la tu. Dia sorang kena corner dengan tiga perempuan. Ego lelaki dia mana boleh tahan.

"Diam la Karina. Your whole point doesn't make any validation to me. Aku tak nak dengar." cantas Donghae.

"Perlu ke aku diam? Tak perlu. Kau ni perlu belajar adab tahu? Jaga sikit mulut tu,"

"Coming from you? Aku tak perlu dengar. You think I cared, is it?"

Aku dah tergelak-gelak dalam hati. Makin rancak ngilaian tawaku. Babak di depan mata ini betul-betul menghiburkan aku di petang hari ni.

Tak cukup dengan misogynist,

Rasist,

Biadap pulak tu.

Makin banyak lelaki itu buka mulut, makin besar la pendedahan diluahnya tanpa sedar. Donghae tak perasan ke? Atau memang benak otaknya dek sibuk fikirkan counter apa nak bagi?

"Dah, Donghae dah."

Senyap sekejap semuanya. Tajam lelaki itu merenungku, dan dia langsung tidak simpan rasa jeliknya terhadapku terutamanya.

Dia fikir aku kisah? Sama sekali manusia perangai sampah macam ni tak jentik apa-apa pun dekat aku.

"Kau dengar sini baik-baik."

Aku memajukan badan mendekati wajah lelaki itu.

"Aku peduli apa kau ni anak professor ke, anak pensyarah ke yang bagi kau green light untuk tunjuk tanduk kau kat sini. Pergi mampus. Kau ni kitorang kutip sebab nak cukupkan member je. Itu pun satu sem ni, baru kali ni aku suruh kau buat kerja celah gigi tu. Yang kau nak putar-putar ayat tu sampai ke bulan kenapa, babi? Compile, Donghae. Compile! Kat tempat kerja nanti, kau fikir ada orang nak buat untuk kau ke? Mhm? Mhmm? Haa?!!!" aku menempik keras.

"Sekarang ni, intro dengan conclusion... Karina dengan Somi sama-sama ambil. Aku ambil compiling, okay? Aku compile. Tapi aku buang nama kau. Nak jadi free rider tu boleh, tapi jangan dengan kitorang. Masuk group lain sana."

Lelaki itu terus bangun dan menderu ke arahku. Somi dan Karina masing-masing memaut lenganku. Risau kalau apa-apa dibuat nekad lelaki itu.

"Kau ni... Kau mesti fikir kau bagus, kan? Kau fikir orang lain bodoh, tak sebagus kau. Sebab tu kau senang-senang je buang orang, kan? Kau fikir kawan-kawan kau ni semua akan stay dengan kau ke? Atau kau memang ada fikir nak buang diorang pulak nanti?"

Aku pula bingkas bangun. Menyamai paras tentangan mata Donghae.

"Aku ni... Tak buang orang.... Aku.... Buang sampah. Faham, sampah?"

Tambah deras nafas lelaki itu. Aku dah awal-awal mundur beberapa tapak. Nak gaduh mulut, gaduh la. Sampai tangan nak naik tu memang aku tak suka.

Nak tambah abusive ke dalam list perangai dia?

"Juri."

Mencerlung mataku. Apa yang ketika itu dijamu pandangan mataku, ianya sebatang tubuh Ni-ki yang menyempit di antara aku dan Donghae. Terhadang pandanganku, dan juga Donghae di belakangnya.

Kemudian lelaki itu menoleh. Masa itu diambil untuk mengimbas Donghae atas bawah. Pandangan menilai ditayangnya. Tak lama, apabila selepas itu dia menarik senyum.

"Donghae. Prof Wooyoung cari kau. Katanya nak bincang pasal kertas kerja kau. Kenapa tu?"

"Hah? Prof Wooyoung." berubah air muka Donghae. "Kat mana?"

"Bilik dia. Dia tunggu kau."

"Aaaa.... Okay. Okay." sempat Donghae menjeling jengkel ke aku. Sebelum dia terus menapak pergi dari ruang itu.

Aku tayang muka kelat. Tak puas hati pun ada. Masa ni tiba-tiba Ni-ki nak muncul hero kenapa? Belum habis rusuh aku dengan Donghae masalahnya? Lelaki itu pula aku kerling.

"Apa?"

Ni-ki terus menekup tangannya ke mukaku. "Tenang, Juri. Tenang. Bawak bersabar. Dah tenang belum? Kalau belum, maknanya ada jin la tu dalam badan. Kesurupan kau ni,"

Aku yang terkial-kial mencari nafas itu terus menolak kasar dada lelaki itu, buatkan Ni-ki terdorong ke belakang beberapa langkah.

"Macam ni kau balas hero kau ni?"

Aku mendengus kasar. "Apa, Ni-ki? Kenapa? Kenapa carik aku?" soalku malas-malas.

Ni-ki pula saat itu seakan baru teringat sesuatu. Jarinya diketik.

"Lupa pulak. Juri! Betul ke Jungwon tu? Aku baru dengar dari budak kos dia."

Muka ketat dipasangku terus melonggar.

"Kenapa dengan Jungwon?" soalku.

"Aaa... Kau tak tahu? Dia berhenti belajar. Baru je tadi."

Aku dapat merasakan ada sesuatu yang jatuh ketika itu. Tidak tahu la sama ada kaca, atau hatiku.
























Lain Waktu | JUNGWONWhere stories live. Discover now