8

"Jungwon?"

"Yes?"

Berkaca mataku. Menjengah sahaja suara lelaki itu di corong panggilan, terus aku menghela nafas lega. Risau kalau-kalau Jungwon bertindak gila memutuskan segala hubungan. Mematikan nombor sekalipun.

Aku takut.

Aku sumpah takut.

Sebab, lepas Ni-ki bagitahu je, aku terus call Jungwon. Berkali, tapi tak berjawab. Aku menerjah ke ruang IG. Satu-satunya akaun laman sosial milik Jungwon, dan betapa melotot jatuh jantungku selepas itu. Akaun itu sudah lesap.

Waktu itu aku dah fikir macam-macam. Aku keluar dari dewan kelas. Aku menonong ke tandas. Panggilan dibuat sekali lagi.

Dan disambung.

Panggilan itu disambung...

Aku menggigit bibir menahan sebak yang menghentam hebat.

"Jungwon..."

"Ya.... Kenapa Juri...."

Aku pejam mata seeratnya. Tangan sudah ditongkat ke kaunter sinki. Beratnya... Beratnya mulut aku hendak dibuka. Aku takut aku terus menangis sebaik mendengar penjelasan lelaki itu.

"Jungwon... Kenapa ni....? Kenapa kau tak bagitahu aku? Kenapa kau berhenti belajar, Jungwon?" cermin di depan mata dikerling. Memerah mataku waktu itu.

"Aku...."

Jeda.

Lama Jungwon diam. Yang aku dengar tatkala itu hanya deruan nafasnya.

"Juri..."

"Ya?"

"Nenek aku dah tak ada, Juri. Tiga hari lepas dia dah pergi." tuturnya.

Gugur terus air mata yang bertakung. Tambah sebak aku, bila aku fikir balik, dua hari lepas Jungwon ada datang melawatku tengah-tengah malam. Itu sebab dia nakkan tempat berteduh ke? Dia cari aku untuk menyandar?

Dan aku tak perasan semua itu?

Bodoh ke aku ni?

Bodohnya kau ni, Juri....

"Bukan nenek kau sihat ke, Jungwon? Hari tu aku baru je jumpa dia. Kenapa tiba-tiba dia pergi?"

"Aku tak tahu, Juri. Dia pergi tiba-tiba dalam tidur..."

"Kenapa kau baru nak bagitahu aku... Kau ada jumpa aku hari tu Jungwon. Kau boleh bagitahu aku..."

"Aku... Aku rasa berat. Aku sedih, kecewa, aku tak boleh terima nenek aku dah tak ada. Aku nak cerita dekat kau, tapi masa tu aku sedih sangat."

Aku menyeka air mata yang lebat menurun. "Habis kenapa kau berhenti ni, Jungwon? Bagi aku penjelasan sikit pun tak apa. Aku faham,"

Sepi.

"Jungwon, apa jadi dengan jalan arkitek kau?"

Terdengar Jungwon melepaskan esakan kecil selepas itu. Nafasnya tersekat-sekat. Aku hanya terdiam mendengar rintihan lelaki itu.

"Juri,"

"Ya?"

"Aku nak pindah ke kampung nenek aku. Nak uruskan hal dekat sana. Aku duduk dengan mak cik aku buat masa ni."

Koma sekejap otak aku. Dahiku berkerut seribu.

"Kenapa kau duduk dengan mak cik kau? Kau kan ada bilik apartment kau sendiri?"

Terdetik hatiku.

Ada yang tak kena dengan situasi itu. Seakan ada satu perkara yang menjerat Jungwon. Fikir la puas mana pun. Tetap tak masuk akal. Kenapa Jungwon kena tinggal dengan mak ciknya?

Jungwon bukan tak biasa duduk, tinggal seorang.

Dah tu, kenapa?

"Aku... Aku tak boleh bagitahu kau."

See? Aku dah agak.

"Tak pe la, Jungwon. Nak buat macam mana, nak halang kau pun benda dah jadi. Tapi, please, please. Jangan lost contact dengan aku. Tu je. Boleh?"

"Boleh... Juri." mendatar suaranya.

Detik itu kami lalukan dengan keheningan menjengah.

"Take care, Jungwon. Dah sampai bagitahu aku."

"Okay. Kau pun sama, bye Juri."

"Bye, Jungwon."

"Apa-apa update, okay?"

"Okay," panggilan dimatikan.

Dan Jungwon tak pernah update apa-apa selepas itu.

Nombornya dimatikan. Lokasinya diselindungkan. Semua jejaknya dihapuskan begitu sahaja. Setahun lebih Jungwon menghilang tanpa sekelumit pun khabar berita.

Mungkin itu apa yang dia nak.

Mungkin itu yang dimaksudkan dengan kata-katanya satu ketika itu.

Benarlah,

Masa itu juga bisa memisahkan.

Sebab selepas selama itu berlalu, aku sudah hampir putus asa. Aku dah penat mencari jejaknya. Dan aku dah penat menunggu. Aku biarkan perasaan aku terhadap lelaki itu tenggelam begitu sahaja ditelan waktu.

"Dah siap?"

Jari kelingkingku menggaru-garu kening. Tidak terasa gatal, tapi rasa rimas. Rimas dengan pandangan mata waktu itu. Gila babi bersepah ruang tamu aku. Bukannya aku duduk di Ulsan tu sampai bila-bila. Setakat nak uruskan cawangan bisnes francais bapak je.

3 bulan je aku duduk di sana.

Ni sampai berkotak-kotak bersusun, apa kes?

"Er.... Dah kut?" ujarku.

Bapak berdehem kecil. "Okey. Esok bangun awal. Siap-siap terus malam ni. Senang sikit esok nak berangkat,"

"Ya, pak. Juri tahu."

"Apa-apa call bapak. Mana tak cukup tu, bagitahu je."

"Baik," aku angguk kepala. Lalu tersedar. Memalukan, bukan bapak nampak pun.

Panggilan speaker itu dimatikan selepas itu. Makin rancak aku menggaru kepala. Serabut. Progresku setakat ini, kira-kira 1/5 jalan kerja dah siap. Yang lain tak gerak langsung. Bersengkang mata juga la aku malam ni.

Aku mengeluh panjang. Telefon di kaunter meja diambil lalu ruang YouTube dilayari. Laju jemariku mengetaip, lantas diletakkan balik telefon ke permukaan meja.

Membiarkan dendangan lagu Hug dari Seventeen mendominasi seisi ruang tamu yang mengosong itu. Entah la. Ada sesuatu pada lirik lagu itu yang mengingatkan aku pada seseorang.

Seseorang yang masih menghuni hatiku, biarpun sedalam-dalamnya dikubur rapi.

***

Aku hampir tidak percaya pandangan dijamu mataku.

Tanganku yang dihulur menggeletar. Namun cepat-cepat aku buat-buat mengelap tangan ke baju. Bila yakin rentak jantung mereda, baru aku hulurkan semula.

"Hi, Juri. Manager sementara di restoren ini."

Lelaki itu langsung mengorak senyum. Anggun senyumannya. Juga timbul lesung pipit di kedua-dua pipi, hatta menambahkan seri mukanya. Pesona itu... Setelah sekian lama didamba.

Huluran tanganku disambut.

"Hi. Jungwon. Chef di sini."







Today, too, the words can't be said,
And can only be reflected in one's heart,
It's hard, it's hard, it's hard,

Whenever it's hard,
You can get a hug from me,
I am the same.

Lain Waktu | JUNGWONWhere stories live. Discover now