FD - 1

13 5 5
                                    

"Camelia!" , aku memandang ke belakang dan melihat budak kecil yang mungkin berumur 5 tahun sebegitu, aku mendekatinya perlahan. Semakin dekat aku dengan budak perempuan itu, semakin dia cuba berjauh denganku.

" you're not my sister " tapak tanganku berhenti, aku yang baru sahaja hendak mengukir senyuman manis itu terhenti , budak perempuan itu mula menangis keesakan seperti sedang menahan kesakitan. Aku mula curiga , aku mula takut. Tanganku mula jatuh, sedikit demi sedikit, kepalaku juga tertunduk ke lantai.

Aku memejam mataku dengan rapat , sambil tanganku mengusap dadaku perlahan. Aku usap dan usap. Sampailah nama aku dipanggil panggil oleh suara yang aku harapkan untuk tidak dengar lagi. Boleh termimpi .

Aku membuka mataku perlahan, dan melihat banyak mata yang memandangku. Aku membaiki rambut kusutku dengan lajunya .
"Dah puas tidur tuan puteri? " soal lecturer English ku, Hans Aiman.

Aku terus membaiki kedudukanku, walaupun kedua dua mataku itu masih kuyu . Tapi apa aku kesah. Setakat dia yang mengajar, bukan setakat tidur je boleh, ponteng pun boleh. Yelah, Hans Aiman , abang sulungku .. tak sangka boleh jadi lecturer english aku dekat universiti ni, ish macam tak ada universiti lain je .

" Awak nak saya dukung awak ke? " soal Hans bertalu talu ke arahku, aku terus menjeling ke arahnya lalu bangun dan keluar dari bilik tersebut. Aku terus berjalan ke tandas untuk membaiki penampilanku yang kusut masai ini.
Hendak sahaja aku melangkah keluar . Telefon bimbitku yang berdering itu diangkat .

" Daniel ?"

Daniel? Apa dia nak dari aku ni? Tak cukup selepas ceraikan aku dan kahwin dengan kawan aku sendiri , wah bagusnya ! . Dasar jantan tak guna . Panggilan itu terus aku tutup, biar tanpa jawapan.

Aku menyimpan kembali telefonku ke dalam poket seluar lalu berjalan ke arah dewan makan. Disebabkan sudah hampir pukul 12 tengahari, perut pun dah berbunyi . Aku mengambil keputusan untuk makan dahulu sementara menunggu kelas seterusnya .

Hendak sahaja aku mengambil pinggan yang berada dimeja tersebut. Cawan yang sudah aku isi air orange itu jatuh tertumpah disebabkan ada seseorang yang berbadan tegap melanggarku. Habis terkena dress putihku .

" damn it! Are you okay dear? "

Aku memandang lelaki tersebut, manisnya mulut , nak marah pun tak jadi. Aku hanya mengangguk sahaja, terpegun dengan ayatnya . Dear? Serius ? Aku mengangguk sahaja .

" wait , ambik kain ni lapkan mana yang basah. Saya kena cepat ni, lainkali saya tebus kesalahan saya ya , bye!"

Aku mengambil kain tersebut lalu mengelap dress putihku yang terkena akan percikan air tersebut. Niat aku untuk memarahi lelaki tersebut terpaksa dibatalkan . Tak jadi. Aku perlahan lahan membawa pinggan yang berisi nasi itu ke meja makan.

Disebabkan sudah tengahari, ramai pelajar juga yang telah turun di ruang makan ini untuk menjamu selera . Kedua dua sudu dan garfu aku itu dipegang . Baru sahaja hendak aku menyuapkan satu suapan ke dalam mulut .
Badan ku ditepuk kasar dibahu.
"CAMELIA!" .

Aqilah yang baru sahaja habis dengan kelas seninya itu terus mengambil tempat disebelah aku. Kami sememangnya rapat sejak dari sekolah menengah lagi, tak sangka boleh sampai ke universiti hubungan kami berdua .
Aqilah yang tersenyum manis itu hanya memandang aku yang sedang menjamah makanan tersebut.

" Awal kau keluar hari ni makan, biasanya aku makan sorang sorang je , kau ponteng eh?"
Soal Aqilah sambil dia mencuit pinggangku. Hampir sahaja garfu yang berada ditanganku itu dilempar . "AQILAH!" Jeritku sedikit.
"Mana ada aku ponteng, aku tak sedap badan.. lagipun kelas abang aku ajar tu bosan .. better keluar."

" amboi! Mentang mentang abang sendiri ajar. Kau gunakan sebagai kad hijau eh? Apapun Daniel , bekas suami kau tak berhenti telefon aku. Aku malas angkat, dia tak telefon kau ke lia?" Terangkat kedua dua keningnya memandangku pelik. Aku bukan taknak angkat, serabut dengan perangainya . Katanya tak boleh hidup tanpa aku disisinya . Habistu, mana dia nak letak sang isterinya tu? Curang tak fikir aku, sekarang dah jadi milik orang lain, baru terhegeh-hegeh nak aku!.

"Aku malas angkat, kau pun tahulah aku ni dah muak dengan dia sejak apa yang dia buat dekat belakang aku. Bila dia kahwin dengan Sofea , hati aku ibarat pecah seribu, aku tak sanggup lagi nak dengar suara dia , muka dia pun aku tak nak hadap lagi..please, sakit sangat"
Aku menenung nasi yang masih lagi banyak diatas pinggan. Selera makanku mula hilang.
Disebabkan dia , aku hilang selera. Disebabkan dia jugak, aku trauma dengan lelaki.

Disebabkan Daniel.

Jam ditangan ditilik sebentar, dah pukul 4 petang , bermakna kelas pada hari ini juga telah berakhir . Akhirnya , aku dapat survive juga sampai ke akhir kelas . Kunci kereta Myvi ku aku keluarkan dari beg aku. Pintu kereta dibuka lalu segala baranganku diletakkan disebelah .

Hendak sahaja aku mengunci pintu kereta . Muncul lah seorang lelaki bernama Daniel. Ye, dia. Aku bingung akan tindakannya . Dia membuka pintu kereta ku dan mengambil tempat disebelahku seperti tiada apa yang berlaku. Seluruh badanku kaku.

"Camelia, look at me please.. bagi abang satu peluang , tolong." Aku terus mengeluarkan telefon bimbitku yang aku letak didalam poket dress ku . "Better awak keluar, sebelum saya telefon polis! Pergi!"

"Camelia Nur'Aisya! Please, bagi abang peluang. Abang nak betulkan semuanya . Abang nak jadi suami yang sah buat Camelia buat kali kedua , tolong, give me second chance " aku menolak badanya kasar sehingga badannya mula bergerak dan jatuh keluar dari keretaku.

Aku melihat dia mengadu kesakitan yang aku lakukannya untuknya . Geram! .
"Dont. Ever. Call. Me. I hate your Voice. I hate to see your ugly face , Daniel Ahmad."
Seluruh badan Daniel kaku, riak mukanya luruh. Marah? Marahlah. Aku tak kisah langsung.

Pintu kereta aku ditutup kasar olehnya . Sempat kedengaran suaranya sebelum pintu itu ditutup serapatnya. " i need you, tapi.. ini yang abang dapat? Ugly? Hate my Voice? Really Camelia?" .

Kereta aku dipandu laju keluar dari situ. Terasa pipiku dibasahi dengan air mata . Aku cuba untuk mengawalnya tetapi aku tidak mampu. Aku tidak kuat, selama setahun aku bertahan untuknya , selama setahun juga aku memberi harapan dan peluang untuknya tapi apa yang aku dapat? Hati aku dipecah, sehingga lah aku nampak Daniel berpegangan tangan dengan kawan aku sendiri, Sofea didepanku.

Aku trauma . Aku takut dan aku tidak mahu lelaki seperti dia muncul lagi dihadapanku.
Kedengaran telefon aku berbunyi , aku tahu itu dia, aku biarkan . Sehinggalah aku tiba dihadapan rumah agam keluargaku.
Aku melihat ibu dan abah telah pun menunggu kepulanganku dengan senyuman yang lebar.

Air-mata yang mengalir tadi aku lap dengan tapak tanganku. Aku tak mahu nanti kalau diorang masih anggap yang aku belum 'move on' sepenuhnya . Pintu kereta ku dibuka, segala baranganku aku ambil .

"Assalamualaikum , abah ..ibu" ibu aku terus memeluk badanku dengan erat . Tenang, dan sangat tenang. "Awal hari ni balik, biasa lepak dulu? Kenapa ni? Camelia okay tak?" Soal abah dengan sedikit risau.

Aku mengangguk dan tersenyum walaupun sebenarnya tidak. Daniel masih mencariku, Daniel masih muncul dihadapanku. "Camelia mesti penat kan? Ibu dan siapkan makanan tu, makanan kegemaran Camelia .. apa lagi kalau bukan, Spaghetti oglio olio." Terasa seperti segala masalah yang penuh diotak fikiran itu hilang serta merta . Yeay! Akhirnya spaghetti !
Aku terus masuk kedalam rumah, segala barangan ku diletakkan di atas sofa .

Akhirnya ! Masa untuk makan.

Final Destiny . (OG)Where stories live. Discover now