FD - 3

3 3 0
                                    

Setelah sejam aku menghabiskan masa aku berdua dengan Qilah. Aku dan Aqilah terus membuat keputusan untuk keluar dari cafe tersebut, aku melihat ke atas, langit yang tadi biru cerah itu mula hitam. Menunjukkan akan turunnya hujan . Akhirnya, hujan. Ini yang aku tunggu tunggu setelah sebulan lebih tidak turunnya hujan.

"Aku balik dulu lah Aqilah, risau pulak aku nak drive kalu dah hujan nanti." Aqilah hanya tersenyum, dia terus memeluk aku, dan menjadi rutin antara kami untuk memeluk antara satu sama lain sebelum balik ke rumah.
"Jaga diri My princess . Ada hal call aku tau!" Ujar Aqilah.

Aku melangkah masuk kedalam keretaku. Baru sahaja hendak aku mengambil tempat , aku tersedar akan satu nota kecil yang diselitkan di wiper kereta. Aku mengambil dan kembali ke dalam kereta . Kanan dan kiriku dipandang terlebih dahulu lalu pintu kereta itu dikunci. Risau kalau mamat itu muncul tiba tiba .
Kalau tadi abang aku ada , sekarang aku sorang diri.

Aku membuka surat tersebut.

"Once you mine, always mine, darling"
Siapa lagi kalau bukan dari Daniel. Si Jantan tak sedar diri, apa perasaan sofea ya kalau dia tahu yang suami dia ni masih menggatal dengan bekas isterinya. Dulu, bukan main menggatal dengan sofea dari luar negara sampai kedalam negara pun berkepit tanpa pengetahuan aku. Sekarang? Bila dah putus, bila aku dah berjaya buang perasaan tu, dia muncul dengan sekuntum bunga .

Mengharapkan aku akan jatuh kepadanya . Sorry to say, Camelia Nur'Aisya bukan orang yang macamtu, i know what's good for me and what's is not for me .  Kertas itu aku koyakkan sehingga tiada rupa . Aku membuang sisa kertas tersebut kedalam plastik yang aku sedia didalam kereta ku.

Tibanya aku dirumah , aku melihat kereta ibu dan abah tiada dirumah. Sah! Mereka berdua tanpa aku. Sekarang aku seorang diri. Abang aku masih belum tiba , mungkin masih sibuk menyelesaikan masalahnya. Nak atau taknak terpaksa la aku keluar dari keretaku, kunci rumah dikeluarkan lalu pintu rumah dibuka luas . Gelap gelita .

Aku menutup pintu rumah dan membuka suis lampu , aku ni fobia dengan gelap. Kalau boleh semua lampu aku nak bukak. Membazir ? Ye aku tahu tapi lagi bagus dari dibiarkan gelap gelita. Aku tidak mahu segala perkara yang telah berlaku kepadaku 3 tahun lepas kembali berulang. Dimana, aku hampir dibunuh. Aku hampir sahaja dirogol. Aku hampir dikhianati oleh seseorang. Aku masih lagi trauma dan pada masa itulah Daniel melebarkan sayapnya , disitulah dia muncul didalam hidupku, dia banyak menolongku keluar dari sisi itu. Dia berjaya membuat aku menjadi seorang wanita yang kuat .

Tetapi semua telah berakhir . Aku meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadapnya . Sekarang aku sakit. Tanggung lah sendiri Lia!
Aku mengambil cawan yang telah disusun rapi di atas rak itu, terus aku menuang air putih kedalam gelas kaca tersebut.

Aku terus mengambil remote TV dan langsung membuka siaran yang sedia ada . Akhirnya aku tertidur .

"lia? Anak ibu bangun. Kita ada tetamu." Ibu aku mengejutku perlahan. Terkejut apabila melihat beberapa orang sedang melihatku diruang tamu. Mataku yang tadi layu terbuka luas . Muka yang agak familiar itu aku tatap.
Sah! Itu Harriz ! Atau Am! Kenapa dia boleh ada dekat sini? Kenapa pada masa sebegini?
Aku terus bangun dan membaiki rambut panjangku yang sedikit serabut.

Aku menunduk maaf kepada mereka .
"Is this your daughter, Puan Amirah?" Soal lelaki yang berbaju kemeja kelabu itu. Ibu aku hanya tersenyum lalu memperkenalkan aku kepada tiga orang tersebut. Dari sisi aku dapat melihat senyuman nipis Am. Mungkin dia sedar akan kelakuan ku yang secara tiba tiba itu.

"Cantik orangnya, boleh Aunty nak kenal kenal Camelia ?" Aku tersenyum senget. Pelik pun ada . Aku hanya kembali duduk disofa tersebut. "Tak sangka dekat sini kita jumpa jugak. I thought we only met in university."
Puan Alia hanya memandang Harriz dengan agak terkejut.

" Am kenal ke Camelia? " . Harriz  mengangguk malu. "Kami satu college, satu course. Kpopers girl." Mukaku membahang sedikit, sampai ke situ dia kenakan aku, tak perlu kut sampai nak mention 'kpopers girl' malu beb! Nanti apa pulak mak dia cakap .

"Bagus lah kalau macamtu, boleh lah Am tengok tengok kan anak Aunty ni. Nak harapkan abang dia , Busy je kerja. Tak ada masa untuk adik dia ni." Ha sudah! Sekarang dia nak Am jadi bodyguard aku, ibu! Camelia boleh jaga diri lia elok elok. Ish!

"Boleh je Aunty, i have no problem with that. Lagipun Lia cantik, nanti mesti ramai yang nak tackle dia . At least Am ada ." Aku mengerut sedikit. Terpaksa gelak walaupun perkara itu janggal . Aku cantik? Tipu lah, nak dibandingkan dengan ratu cantik, 100 kali ganda cantik dia dari aku. Kuat penipu betul !

Setelah sejam lebih menatap ketiga tiga wajah mereka , akhirnya mereka membuat keputusan untuk pulang ke rumah. Aku menarik nafas lega . Lega ! Akhirnya boleh rehat. Katil pun telah memanggilku . I'm coming darling!
Pintu rumah ditutup dan dikunci. Ibu terus menarik tanganku kasar.

"Kenapa ni ibu?"

"Tak sangka Lia kenal Am! Bagus la kalau macam ni."

"Ibu ni pelik semacam je. Siapa mereka tu? Dia kawan ibu ke?" Ibu mengangguk laju. Katanya, anak sulung Puan Alia akan melangsungkan perkahwinan pada Sabtu ini, patutlah mereka datang ke rumah. Nak jadikan cerita , Am baru sahaja tiba di rumah, alang alang itu Puan Alia ajak dia sekali. Tak sangka perkenalan yang agak sekejap pagi tadi itu dibawa ke rumah .

"Nanti, tackle la Am tu. Dia pun helok orangnya. Puan Alia pun cakap Am tak berpunya lagi, boleh la slow slow ."
Aku berpeluk tubuh, agak dah. Aku agak mesti itu tujuan sebenar ibu aku. Aku ni dengan masalah banyak tambah lagi masalah baru. Tackle Am? Bukan aku lah. Hilang maruah aku nanti. Dahla kena ejek 'kpopers girl' depan tetamu . Malu sangat.

Setelah aku membersihkan badanku, aku terus menghempaskan badanku ke katil. Disebabkan hari ini hari pertama aku period jadi aku membuat keputusan untuk rehat sepuasnya. Tambah lagi dengan cramp di area perutku, buatkan lagi sakit. Telefon samsung aku capai. Melihat beberapa message dari Daniel yang masih lagi belum aku periksa . Setahu aku, aku dah delete , aku dah block nombor dia .

Tapi apakah daya , tak serik! . Aku terus mematikan telefonku, penat nak layan perasaan yang tak menentu ni, baik aku layan NCT. Laptop yang berada di atas meja diambil lalu aku membuka segala rancangan yang terpapar diskrin laptop.

Indahnya hidup! I Like This!.

Final Destiny . (OG)Where stories live. Discover now