FD - 6

3 3 7
                                    


Terkejut juga apabila mendengar segala luahan yang aku terpaksa dengar olehnya . Baru dua hari aku tak hadir kelas, tapi cerita dia dah macam dua tahun. Panjang beb. Aqilah memandangku sambil menghirup air milo yang baru dibeli olehnya. Katanya, kalau tak minum sehari, hidup dia tak cukup lengkap, hari dia tak sempurna. Boleh murung kalau tak minum. Hadeh.

"Sumpah, aku rasa nak lari dari universiti ni, disebabkan kau , aku jadi mangsa keadaan. Harriz biarkan aku seorang diri dekat taman. Dia biarkan saja lelaki lelaki dekat dengan aku demi nak tanya pasal kau. Hampir nak mencarut aku kau tau tak! Sakit pulak hati kite." Aku ketawa kecil, kelakar pun ada. Tapi tak sangka jugalah ramai yang risaukan aku.

Sedang sahaja aku mengikat rambutku, aku melihat seorang yang agak aku kenali melintasi disebelahku. Bahunya terlanggar bahuku. Aku memandangnya lama.

"S-sofea? Sofea Liyana?"

"Camelia? Bekas isteri Daniel? Atau lebih kurang perampas kebahagian aku?" Dia memandang aku atas bawah. Setahu aku dia dah pindah kampus, tapi asal boleh terserempak dengan dia dekat taman ni.

"Perampas? Aku ke?" soal aku dengan sedikit kuat. Aku pasti aku tidak salah dengar, mungkin telinganya memerlukan bantuan . Atau mungkin sistem pendengaran aku rosak.
"Yes, kau Lia.. tak dapat Zaquan, kau rampas Daniel dari aku. Bagus betul."

Serious? Aku ? Dia memang cari pasal betul.
"Excuse me, saya salah dengar ke? Saya perampas? Bukan awak ke yang hancurkan rumah tangga orang? Buka awak ke yang datang merayu melutut mintak maaf dekat saya lepas kantoi tangkap basah dengan Daniel setahun lepas?"

"Oh and more..bukan awak juga ke yang goda Daniel? Instead of me.. isteri dia yang sah, oh lupa, kami dah bercerai." Aku memandangnya tajam. Darahku mula naik, seluruh badanku terasa panas. Sangat panas. Nak aje aku tumbuk mukanya sampai pecah.

"And one more thing, at least.. at least saya tak melutut mintak maaf.." aku terus menarik Aqilah untuk meninggalnya seorang diri disitu. Aku dapat rasakan dia sedang memaki hamunku dari jauh. Tau takut, langsung tak berbunyi.

Bab kata orang "jangan kejutkan harimau yang sedang tidur". Tapi harimau ni tak tidur pun kau jangan kacau, mau dingap, terus hilang.

Aku dan Aqilah terus berlari ke arah meja kayu berdekatan. Aku terus melabuhkan punggung disitu. Walaupun aku tidak bersenam sejak tadi, tapi aku dapat merasakan badanku terlalu penat. Penat bukan sahaja badan, malah dari segi mental aku juga. Banyak banyak tempat, kenapa harus di taman juga.

Aqilah mengusap badan belakangku dengan lembut. Telefon bimbitku aku keluarkan, nombor telefon Daniel aku tekan. Setelah beberapa kali aku cuba menelefonnya, akhirnya angkat juga.

"Kenapa sayang telefon abang, miss me?"

"Hotak kau, saya nak jumpa awak dekat tempat biasa. I have a few things nak cakap dengan awak. Untuk kali..untuk kali yang terakhir sebelum saya buang awak 100% dari hidup saya."

Aku terus mematikan panggilan tersebut. Aku malas nak mendengar suaranya lagi. Kali ni aku nak luahkan segala perkara yang aku pendam. Biarkan dia tahu perangai sebenar Sofea, biarkan segala hajat aku tercapai untuk kali ini. Aku terpaksa meninggalkan Aqilah berseorangan disitu setelah aku menceritakan semuanya kepadanya. Alhamdulillah, dia faham.

"Goodluck sayang, do your best! Jangan takut. Aku selalu ada dengan kau."

Setelah hampir 15 minit aku menunggunya di luar kampus berdekatan dengan rumahku. Akhirnya dia tiba dengan senyuman manisnya sambil membawa sejambak bunga rose merah.
Kerusi dimeja ditarik, bunga rose merah tersebut diberikan kepadaku.

Sempat aku tersenyum sinis, lalu aku melemparnya ke lantai. Aku juga memijaknya sehingga hancur . Seperti hati aku yang retak seribu ini. Mungkin lebih dari itu. Daniel memandangku dengan penuh kecewa. Mungkin dia berharap aku akan sukakannya.

"B..bukan sayang suka bunga rose ke?"

"Siapa sayang? Siapa sayang? Kita , dah .. tak ada apa apa."

"No. Kita masih ada special relationship, walaupun tali diantara kita tak diikat ketat."

"Saya jumpa awak . Kali ini. Untuk beritahu, yang isteri tercinta awak, oh atau bidadari dunia awak tu untuk berhenti cari gaduh dengan saya, eh maksud saya, cari pasal dengan aku. Aku malas nak berbaik dengan kau , jantan tak guna.."

"And more , tolong jaga isteri kau tu elok-elok sikit sebelum aku buat BBQ panggang bagi anjing makan. Understood ? Sebab aku cakap bahasa melayu, bukan bahasa Korea. Lagi, tak payah nak bersayang sayang dengan aku dah, geli , jijik, terasa seperti aku sedang sentuh .."

Aku sempat mendekati mukaku ke mukanya . Kali ni biarkan segala yang aku pendam aku lepaskan. Biar dia faham siapa Camelia Nur'Aisya.

"Seperti sedang sentuh.. sampah. Yes you are a piece of shit." Terus aku bangun dari kerusi tersebut. Aku memandangnya tajam. Dia memanggil namaku dengan nada yang geram, marah. Peduli apa aku, kau yang cari pasal, kau tanggung.

Baru sahaja pintu kereta dibuka, tanganku ditarik kasar. Tersangat kasar. Aku cuba untuk melepaskannya. Tapi apakah daya, dia lebih kuat. Badanku semakin membelakang, terasa badanku telah rapat dengan pintu keretaku.

"A piece of shit? Really? Aku buat semua benda sebab kau, tapi ini yang kau balas. Kau panggil aku sampah? Kalau aku tahu kau macam ni, aku biarkan kau kena rogol, aku biarkan kau mati. Aku patut biarkan kau ..kau diseksa, menyesal babi."

Dahiku ditolak kasar dengan jarinya. Main kasar nampak, nasib aku teringat lagi tentang cara melindungi diri aku. Aku terus membuka tenagaku. Segala cara yang aku ingat semasa aku belajar taekwando dahulu aku keluarkan. Aku menolak badannya kasar sehingga terjatuh, tangannya aku tarik dan dipijak kasar.

Kakinya juga aku tekan dengan kasut tumit tinggiku. Perutnya aku tekan sehingga terdengar suaranya menderus kesakitan. Puas? Ya hati aku terlalu puas.

"CAMELIA!"
Aku pandang ke belakang , aku melihat Sofea berlari ke arah aku, dia terus mendekati Daniel. Badan Daniel dipapah. Dia memandangku dengan penuh hasrat. Dengan penuh rasa marah.

"You're too much idiot, kau tunggu masa kau. Akan aku balas sampai kau mati. No wonder lah, tiada siapa nak dekat dengan kau, betina."

Tanganku tiba tiba naik, terus aku memberi satu tamparan dipipi kanannya. Sehingga meninggalkan satu tapak tangan yang agak jelas. Aku dah cakap, jangan masuk campur. Jangan kejutkan aku. Darah aku masih tinggi kau tambah lagi.

Dia memandangku sambil menggosok pipi kanannya.

Aku terus membuka pintu kereta, kereta itu dihidupkan serta merta. Cermin mata hitam yang setia di mataku aku tanggal. Misi selesai.
Aku terus membuka lagu "bang bang bang" dari kumpulan kegemaranku "bigbang".

Terasa vibenya. Auch.

Final Destiny . (OG)Where stories live. Discover now