Aku dan Aqilah tiba kembali ke hotel kami berdua. Aku terus mencampakkan badanku ke katil. Pelipis dahiku dipicit. Pening dan penat. Sudah hampir pukul 8 malam. Aku terus mengambil laptop hitam milikku yang berada didalam bag galas hitam itu. Segala fail aku keluarkan demi menyiapkan assignment yang tertangguh sejak minggu lepas.Kali ni aku berazam untuk siapkan sepenuhnya, walaupun aku yakin aku masih ada masa. Tapi seperti apa yang Emir cakap tadi, agak terasa juga. Zup! Menusuk kedalam hati. Auch!. Maka dengan itu masa lapangku dihabiskan dengan menghadap skrin laptop.
Setelah hampir 4 jam, akhirnya satu assignment daripada lecturer mathematics ku, Syafiq. Dahlah banyak, complicated pulak tu, ini dah kali kedua kerja assignment aku ditolak mentah-mentah. Harap kalini dia terima dengan hati yang lapang. Aku memandang ke sebelah katil kananku, terlihat Aqilah telah pun lena dibuai mimpi. Disebabkan itu, aku turun daripada katilku perlahan. Sweater kelabu disarungkan ke badanku.
Aku perlahan membuka pintu bilik lalu keluar daripada bilik kami. Aku berjalan keluar, jam ditelefon ku menunjukkan sudah lewat malam, agak seram juga tetapi nasiblah masih ramai yang lalu-lalang di bahagian dobi hotel ini.
Aku keluar lalu berjalan ke salah satu taman didalam hotel itu, terang benderang! . Dah macam masuk syurga pun ada, pedih mataku.Bangku kayu yang tersedia itu, aku duduk. Cuaca pada malam ini agak sejuk, nasib baik la aku teringat untuk bawak sweater, kalau tak memang aku tak tidur malam ni.
Menahan kesejukan. Tiba-tiba namaku disebut lembut dari belakang. Aku menoleh, dan melihat Emir berpakaian hoodie putih dan rambut serabai itu memandangku atas bawah.
"Kenapa tak tidur lagi? Dah lewat." Katanya sambil tangannya memeluk tubuh. Kalau dari segi bajunya, macam baru lepas bersenam. Habis satu hoodie yang dipakainya basah.
"Saya baru siapkan assignment , saja nak ambik angin sebelum tidur.""Aqilah dah tidur?" soalnya sambil dia memandangku. Aku mengangguk dan tersenyum nipis. Aku bangun dari kerusi tersebut, lalu pergelangan tanganku dipegang kasar olehnya. Aku menoleh.
"Teman saya sekejap, borak-borak. Nak minum minum ke? Saya belanja." Kata Emir sambil dia melepaskan pergelangan tanganku.
Aku hanya memandangnya. Aku mengangguk perlahan . Lalu kami berdua berjalan ke arah cafe yang terletak disebelah dobi . Masih ramai yang belum tidur, ada yang baru sampai. Patutlah hotel ni jarang sunyi.
Kerusi dimeja kayu itu aku tarik. Telefon samsung ku diletakkan diatas meja. Emir hanya memandangku tanpa berkata apa-apa.
"Nak borak apa? Saya dah mengantuk ni , Emir.""Tipu, awak nak mengelak dari saya kan?" Soalnya sambil bermain main dengan rambut hitam pekat nya. Aku menggeleng. Sumpah, aku mengantuk, dengan tadi 4jam straight hadap skrin, sakit mata.
"Awak sebenarnya okay tak? Cuba cerita sikit. Awak nampak macam serabut. Full with problem, isn't it Camelia?" Soalnya sekali lagi. Memang ya! Memang penuh dengan kacau bilau di kepala otak aku ni. Tapi , aku takkan cerita. Aku tak percaya lelaki lagi.
"Saya okay, saya sihat. Saya tak ada masalah. Saya balik dulu." Kataku mendatar. Aku terus bangun meninggalkan nya. Tetapi aku kedengaran tapak kaki yang laju mengikuti aku dari belakang. Tanganku ditarik sekali lagi.
Sehingga menyebabkan badan aku terpusing menghadapnya. Dia menundukkan sedikit kepalanya untuk memandangku. Telan liur aku dibuatnya. "You lying, Lia. I might don't know you well. But my heart knows everything. Ibu awak dah cerita dekat saya pasal awak dengan Daniel. That's why I'm here.."
"To protect their little girl. Trust me, tell me.Please, saya tak boleh tengok perempuan macam awak ni pendam sesuatu yang awak tak sepatutnya pendam. " aku terkedu sedikit . Patutlah dari awal kami berjumpa, memang cara layanannya agak kasar dan sedikit kerisauan. Mungkin semuanya disebabkan kisahku. Disebabkan lelaki bernama Daniel.
" saya okay, saya betul betul okay."
Kataku, tetapi aku tidak tahu bagaimana air mataku keluar. Aku cepat cepat mengelap air mataku. Malu! . Emir memandangku risau, lalu ibu jarinya mengelap airmataku yang masih berada dihujung mata.
"Don't cry, saya tak suka. Nanti orang cakap saya sakitkan awak pulak."
Aku sempat ketawa kecil. Kalau ikut logik, tak ada siapa siapa disebelah kami . Hanya burung sahaja yang menyaksikan kami berdua disini.
"Jom balik, awak penat tu."Dia terus menghantarku balik ke bilik dengan selamat. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya, lalu satu plastik berisi biskut chocolate diberikan kepadanya sebagai hadiah. Baik kan aku? Patutlah selalu kena pijak.
"Saya tak makan chocolate, ambiklah." Kataku. Lalu dia mengambilnya tanpa was was. Dia tersenyum manis. "Terima kasih Lia, tau tau je saya lapar sekarang ni. Goodnight, esok saya tunggu dekat bawah ya."
Aku tersenyum manis lalu pintu ditutup. Aku menarik nafas lega. Lalu aku menoleh. Agak terkejut apabila melihat satu kelibat yang sedang berdiri dihadapanku dengan rambut panjang yang serabai .
"Aqilah!" Jeritku.
"Kau keluar pergi mana? Tak ajak aku? Sampai hati. Ini ke kawan?" Soal Aqilah tanpa memberiku ruang untuk menjawab segala pertanyaannya. Marah sangat nampak.
"Aku. Aku keluar ambik angin kejap. Kau kan tidur, tidurlah ."aku terus menariknya kembali ke katil. Mengigau kut.
Aku terjaga apabila alarm di telefonku berbunyi . Aku menggosok kedua dua kelompok mataku. Ternyata telah pukul 6:30 pagi. Aku bangun lalu bersiap siap untuk solat.
Selesai sahaja aku menunaikan kewajipanku, aku terus bersiap siap untuk makan pagi di bawah. Aqilah yang telah siap itu terus menarik tanganku keluar.Aku berjalan sambil menikmati pemandangan yang indah ini. Ya Allah! Indahnya ciptaan mu. Dengan kedengaran kicauan burung, dengan haruman bau bunga. Tenang.
Setelah hampir dua minit, kami berdua tiba di ruangan makan. Nasib baik datang awal, tak adalah penuh nanti. Nak cari tempat pun senang, banyak ruang.
Aku terus mengambil satu pinggan berisi nasi lemak dan satu lagi mangkuk yang berisi bubur pedas. Dah cukup! Kalau tak cukup boleh ambik lagi. Aqilah juga mengambil satu pinggan yang berisi mee goreng.
Kami menjamu selera sambil melihat satu persembahan daripada ahli muzik. Sangat tenang, aku suka! . Pada masa itulah, mataku tertarik dengan pakaian yang dikenakan oleh Emir. Berpakaian kemeja putih kosong, seluar jean hitam dan berkasut hitam. Baru aku perasan, kalini jambang dia dah hilang.
Setahu aku, semalam masih ada. Dia melambai ke arah kami berdua . Aqilah yang sedang mengunyah mee goreng itu tersedak seketika.
Lalu badanku dipeluk . "Weh! Dia handsome yang amat, habibi."Aku sedikit kaku, hampir semua mata memandangnya sekarang. Aura dia boleh tahan. Hot! ,aku menyedarkan diriku. Kerusi didepanku ditarik. "Sorry lambat, saya packing barang tadi. Dah makan?" Mataku turun ke arah pinggan mangkuk.
Depan aku ni haiwan ke? Dah sah sah makanan, mestilah tengah makan. Soalan pun.
Dia terus mengambil makanan yang terhidang diatas meja diruangan makanan lalu kembali duduk didepan kami. Semalam bukan main, panas. Sekarang sejuk? Cepat betul mood bertukar.Maka dengan itu, kami hanya senyap sepanjang makan pagi. Hanya Aqilah yang tidak pandai duduk diam.
I need help !
YOU ARE READING
Final Destiny . (OG)
RomanceHidup Tak selalunya bahagia, tetapi sekiranya dengan orang yang betul. Maka, setiap serpihan kaca yang pecah akan bercantum semula dengan lebih sempurna. "Dont. Ever. Call. Me. I hate your Voice. I hate to see your ugly face , Daniel Harraz" - Came...