Di sini saya mau cakap perkara ni memang betul2 terjadi .. siapa2 tidak percaya itu terpulang dri kamu.. saya cuma mahu berkongsi dengan kamu apa yang mama saya pernah hadapi.
Okey jom sambung .~~~****
Mahu 1bulan juga si malina hilang sampai ketua kampung pergi rumah si malina. Sebab orang-orang kampung pun mula risau sudah . Tapi yang pergi melawat ni lelaki semua jadi faham-faham lah kenapa semua lelaki yang melawat . Yang saya dengar-dengar semua perempuan di kampung masa tu tidak suka mama si malina . Sejak dia balik kampung laki orang semua puji mama si malina. Kami kan masih budak manalah tahu apa-apa pasal cemburu ni. Mama saya sama bapa saya sendiri pun pernah bergaduh pasal mama si malina . Bapa saya selalu lepak sampai malam dekat gerai depan rumah si malina tu. Habislah periuk , kayu api di buang oleh mama saya. Memang macam lucu kan . Yang pernah hadapi keadaan ini saja yang tahu betapa takutnya kami adik bradik.
Okey berbalik kepada cerita, ketua kampung datang pergi rumah si malina ni. Saya masa itu tiada lah disana tapi saya dengar cerita dari mama saya yang si malina sebenarnya sakit kena cacar tapi sembuh sudah jadi tinggal dia berehat lagi nanti lepas dia sudah betul-betul pulih baru si malina masuk sekolah. Saya pun happy sudah lah bah kan kawan saya mahu masuk sekolah sudah. Sebab lama sudah kami tidak jumpa . Saya kasih sampai lah berita ni sama kawan-kawan yang lain.. si tuntol sama linda . Kami kawan memang lama lah dari arwah nenek dia masih hidup lagi sampai lah sekarang . Mama saya lah yang tolong malina masa tiada apa2 sudah. Mama saya suru malina tinggal sama-sama kami tapi malina tidak mahu . Dia tidak mahu kasih biar kosong tu rumah. Jadi kalau pasal makan memang kami yang tolong . Kadang-kadang kami pergi kerja sana potong getah kalau cuti sekolah.
Berapa minggu kemudian, malina kembali sudah pergi sekolah. ini paling kami bertiga betul2 tidak percaya apa yang kami nampak. Bukan kami bertiga seja satu sekolah tu tidak percaya. Si malina yang berdiri di depan kami tu cantik gila memang betul-betul cantik . Kami pun boleh terpikat dengan kecantikan si malina apa lagi lelaki yang berada di sekolah tu. Terus si linda datang dekat "oii.. biar betul malina juga ka ini?"
Si linda peluk si malina kuat-kuat .. terus si malina ketawa . "Gila saya lah bah ni" sambil balas pelukan si linda.
"Cantiknya kau sekarang mal" ucap si tuntol sambil cubit pipi si malina. Saya pun happy lah kan sebab muka si malina cantik sudah tapi sebenarnya ada juga lah perasaan cemburu sebab kecantikan si malina betul2 tidak setanding dengan saya."Baru 1bulan lebih kita tidak jumpa sudah kau cantik bergini" ucap tuntol dengan nada bergurau. Si malina pun cerita lah kenapa dia boleh cantik begitu. Malina cakap yang mama dia kasih mandi dia air dari beras yang ada campuran bunga. Lepas tu mama dia letak macam herba lah bah tapi malina sendiri tidak tahu herba apa. Dia jaga permakanan malina .
Si malina jadi macam tu sebab tersalah makan itu yang mama si malina bagitau lah . malina tidak keluar sebab mama dia tidak suruh . Mama si malina ni mahu betul2 anak dia sembuh la .jadi dia tipu orang kampung yang malina ni sakit . Malina cakap jangan bagitau orang lain. Mama dia sebenarnya tidak suruh malina ni buka mulut tapi di sebabkan malina sayang dekat kami jadi dia cuma bagi tahu kami seja.****
Sambung pergi part 4 arr .. susah bah panjang2 kan .. nanti pergi naik lagi balik .. hehehe see u next part ..
YOU ARE READING
SUSUK MAMA
HorrorKisah benar yang terjadi kepada mama saya sendiri. Saya kongsikan sebab saya suka bercerita .. tapi kalau bahasa saya ni kurang menarik ..sorry .. tapi serius kalau kamu baca ni mungkin kamu pun ada rasa simpati kepada kawan mama saya.. Al-Fatiha...