******
Selepas perang mulut antara mama saya sama mama malina. Mama saya terus bawa saya pergi rumah si linda
Ya lah mahu siasat lah ni kan . Betulkah apa yang linda cakap dekat tu surat. Mahu dekat maghrib juga lah baru kami otw pergi sana .
"Inang, kau tunggu sini jaga si gondu"
Pinta mama saya kepada kakak saya.
"Gondu, kau tinggal sama kakak kau."
Sambung mama saya lagi sambil turun tangga. Saya ni mengikut seja lah dari belakang . Saya sempat juga tengok adik lelaki saya menangis mahu ikut . Tapi mahu malam sudah kan lagipun ada bapa saya juga nanti.
Bapa saya ni selalu balik malam sebab dia kadang bersawah atau pun pergi tangkap ikan. Jadi saya tidak perlu risau kasih tinggal diorang dua.
Berbalik kepada cerita , time kami jalan ni tidak tahu lah perasaan kami anak beranak seja kah atau memang ada sesuatu ikut kami . Mama saya berhenti kejap , mungkin dia nampak muka saya makin pucat kali . Sebab semakin kami jalan semakin tu lah kaki saya bergegar , kamu tahu kah jalan mahu pergi rumah si linda ni jalan sempit . Masih banyak lagi pokok besar di sekitar kampung jadi kami mesti lalu dulu kawasan hutan baru jumpa rumah si linda .
Balik kepada cerita , mama saya berhenti terus dia kasih keluar satu lidi yang dari daun kelapa tu. Terus tu mama saya suruh saya gigit tu lidi , mama saya cakap jangan kasih lepas sampai rumah linda. Saya takut sudah masa tu , mesti mama saya nampak sesuatu tu lah dia suruh saya gigit lidi. Tapi saya pun tidak tahu lah kenapa sampai mahu gigit lidi . Itu kepercayaan orang dulu2 , mungkin masih ada lagi kali orang zaman sekarang guna tu cara . Oh ya! Kamu tahu kaki saya yang bergegar tu terus rasa ringan sudah arr.. baru saya boleh berjalan dengan lancar ...***
Perjalanan kami ambil masa 1minit juga lah , di sebabkan jalan tu gelap memang kena jalan pelan2. Masa kami sampai di rumah si linda, kami sudah kena sambut oleh bapa dia .
Bapa linda memang di bawa masa tu sedang membakar kayu2 yang mati , tu lah kami boleh kena sambut oleh dia . Mama saya mencari lah mama si linda ne kan, bapa linda cakap di atas sedang memasak . Kami pun naik lah atas rumah linda,
"Jang , mama si linda jang ??.." tanya mama saya . Tanpa kena panggil si Linda terus berdiri depan pintu ,
"Kenapa maa??" Tanya linda ..
Di sini saya mahu cakap yang linda ni panggil mama saya dengan sebutan mama juga sebab mama linda sama mama saya ni adik beradik .
"Betulkah apa kau tulis di surat tu?"
Tanya mama saya lagi , pandangan linda terus beralih kepada saya .
"Betul .." jawab linda berpaling ke arah mama saya kembali ..
"Apa juga ju?" Tanya mama linda.
Dari sana mama saya kasih ceritalah apa yang terjadi . Mama linda pun panas lah kan ,
"Kita tidak boleh sudah kasih biar ni!"
Tegas mama linda .. dari sana saya nampak muka linda rasa bersalah sudah, saya pun dengan egois minta pujuk . Linda pun panggillah saya dekat dia , baru dia minta maaf sambil menangis di sana hubungan kami sudah membaik . Tidak lama tu mama si tuntol lagi datang , saya tidak berapa ingat apa yang mereka bualkan . Tapi saya dapat tangkap pasal bapa tuntol sama mama malina .
"Memang sial tu perempuan!!" Marah mama tuntol .."memang tu sundal buat perangai! " Tambahnya lagi.
"Dut, cerita yang kemarin itu apa pasal?" Tanya mama saya .
"Ada orang kampung kasih sampai cerita sama saya yang palang naik rumah tu sundal malam2 hari!!"
Balas mama tuntol , palang tu bapa si tuntol arrr .. bukan nama sebenar saya ganti sudah ni nama2 di cerita ni. Okey sambung ..***
Mama si linda memang sudah tahu tu cerita . Yalah dekat rumah memang la bergosip haha ..
"Astagaa.. jadi macamana lah jawapan palang? Ada kau tanya dia??" Tanya mama saya sambil usap belakang mama si tuntol . "Manalah dia mahu mengaku tu ju.." balas mama tuntol sedih.
Dalam mereka bercerita tu tiba-tiba mama linda buka cerita pasal orang meninggal di sebelah kampung , saya sama si linda ne apa lagi pasang telinga lah .
"Kamu ada dengar ka cerita anak si sami meninggal ??" Tanya mama linda.. " aiii.. jang anak dia mana satu?" Tanya mama tuntol
"Astagaa, kamu belum tahu! Anak perempuan si sami bah!" Balas mama linda .. keadaan menjadi senyap seketika.. mereka bertiga seolah olah berpandangan satu sama lain.
"Bila lagi ?" Tanya mama saya
"Baru tadi masa saya pergi sawa, diorang cakap meninggal anak si sami" balas mama linda .
"Pasal apa dia meninggal ??" Tanya mama tuntol sambil mendekat .
"Yang saya dengar mati sebab keguguran" bisik mama linda .
Saya sama si Linda bertatapan seja masa tu, saya fikir macamna kami mahu balik ni . Malam sudah masa tu,
"Ehh..besok seja lah kita cerita kami balik dulu" ucap mama saya waktu itu sambil berdiri ." Mi, balik kita" sambungnya lagi .. saya pun apa lagi berdiri la cepat-cepat , sebelum balik tu bapa linda bagi lagi obor untuk suluh masa balik nanti. Yalah gelap betul laluan mahu balik tu , nasib seja bapa si linda hantar kami keluar dari tu hutan . Sampai seja di rumah saya tanya mama saya lagi ,
"Maa.. siapa yang meninggal ?" Mama saya suruh saya diam
"Besok ja mama tanya . Tidak bagus bercakap pasal orang mati ni kalau malam sdh." Balas mama saya masa tu .
Malam tu saya rasa lemas , tidak dapat tidur . Saya bangun tengok kakak saya sama adik saya , semua sudah tidur . Mama sama bapa saya di luar dekat kaki lima tidur sudah juga , saya pun kembalilah masuk tidur . Saya baru mahu baring tu tiba-tiba saya terdengar bunyi di bawa rumah . Lantai rumah kami ni kan ada lubang kecil2 grekkk...grekkk.. bunyi di bawa rumah kami , kita ni biar pun takut tapi rasa ingin tahu tu kuat betul . Jadi dengan membekalkan rasa ingin tahu ni saya intailah di lubang lantai kami ni, kamu tidak percaya apa yang saya nampak ni !! Saya nampak macam Ada orang bercangkung di bawa rumah kami sambil makan sesuatu yang saya tidak pasti apa . Suara saya berkunci jarak antara saya sama tu benda tidak jauh . Yang buat saya terkejut tu benda mengeluarkan sesuatu yang panjang dari mulut dia . Saya terus teriak panggil bapa saya .. bukan di sebabkan benda tu tengok saya tapi saya teriak sebab badan saya seolah olah terkunci!! Bergegar rumah tu bila bapa saya berlari pergi tempat saya . Tidak lama tu pandang saya mula kabur lalu pengsan dan saya tidak ingat apa yang terjadi selepas itu .***
Hbis masaaaaaaa😔 saya masuk shif sudah ni.. sorry bsok saya sambung balik .. see u next part 🌼
YOU ARE READING
SUSUK MAMA
HorrorKisah benar yang terjadi kepada mama saya sendiri. Saya kongsikan sebab saya suka bercerita .. tapi kalau bahasa saya ni kurang menarik ..sorry .. tapi serius kalau kamu baca ni mungkin kamu pun ada rasa simpati kepada kawan mama saya.. Al-Fatiha...