Chapter 2

30 8 2
                                    

" YAHHH ATY !! BANGUN LAH WEYY !!!! " jerit Isa dengam geram . " mmm ye ye aku dah bangun " jawab Aty tapi dia kembali sambung tidurnya . " Bangun lah nyah !! Kau tidur pukul berapa malam tadi hah ?! " tanya Isa , tetapi tiada balasan dari kawannya .

Isa dengan perasaan yang tidak berpuas hati , lalu pergi ke bilik air .

SPLASHHH

" ARGHHH " jerit Aty kerana disimbah air , bukan sedikit tetapi satu baldi . " KAU ASAL SIMBAH AIR HAH ?!! " marah Aty kepada Isa yang sedang menahan ketawa kerana kelakar dengan muka terkejut Aty , " Habis tu takkan kau nak aku simbah api atau pisau dekat kau ?? Mati katak kau kat atas katil tu nanti . Cukup baik aku simbah air tau " jelas Isa dengan muka selamba .

Aty dengan muka memerah berkata , " Takda lah tapi boleh kan kejut elok-elok hishh " , " ehh kak ponti ! Kau tahu tak aku kejut kau macam nak roboh rumah ni tau ! Lepas tu kau kata tak boleh kejut elok-elok ?? Eh eh ehh geram lak aku- " belum sempat menghabiskan ayatnya , seseorang mencelah ...

" Kenapa terjerit-jerit and belum bersiap lagi ni ? " yaa orang itu ialah Eve , dengan nada yang mendatar .

" Siapa pulak yang mencelah ni ! Baby betul l- " kata Isa sambil memusingkan badan ke arah pintu kerana dia daripada tadi membelakangi pintu , dengan suara yang makin lama makin perlahan setelah mengetahui siapa gerangan yang mencelah ayatnya . Eve hanya mengangkat kening sebelah menandakan ' apa ' manakala Isa hanya tersengih dan menggeleng .

Aty ? Aty awal-awal lagi sudah lari macam lipas kudung setelah melihat Eve .

" Dah pergi siap " lalu Eve turun ke dapur untuk membuat sarapan . Nak harapkan 2 ekor beruk tu ?? Heh ! Bukannya memasak tapi sepahkan dapur dan gaduh ada lah .

Isa berlari untuk bersiap setelah Eve menyuruhnya kerana takut singa mengamuk.

< setelah beberapa minit berperang di dapur >

" Morning Eve ! " sapa Aty kepada Eve yang sedang menghidangkan makanan . " Morning too " balas Eve . Aty menarik dan duduk di salah satu kerusi lalu ingin mengambil spaghetti carbonara tetapi tangannya di ketuk dengan sudu " auchh ! Sakitlah " . ' tch tak kuat pun aku ketuk ' kata isi hati Eve . " Tunggu semua ada sekali " kata Eve . " Ishh yelah " jawab Aty dengan wajah cemberut .

" Morning y'all !! " jerit Isa . " Ish bising lah minah ni ! Kau perempuan kan ? Perlu ke jerit-jerit ?? " marah Aty ." Ehh suka hati aku lah ! Yang kau sebok asal ?? Aku memang perempuan bukan macam kau ! " balas Isa sambil berjalan dan duduk di meja makan .

" Aku perempuan lah ! Suara kau tu buat telinga aku berdesing tahu tak ?! " , " tutuplah telinga tu , takkan tu pun aku nak ajar " kata Isa sambil mengambil makanan .

Eve dari tadi hanya menggelengkan kepala lalu mencelah sebelum terjadi medan pertempuran antara kak ponti dan monyet . " Dah makan ! Depan rezeki pun nak bergaduh , siapa lambat kena kemas semua ni " ugut Eve seraya meleraikan pergaduhan tersebut . Aty yang ingin membalas terdiam kerana terdengar ugutan Eve lalu mereka berdua makan dengan cepat tetapi tidak gelojoh . Eve menyambung makan yang tergendala tadi .

Tiba-tiba terdengar bunyi kerusi , Eve melihat lalu terkejut sedikit tetapi muka tetap tenang dan datar .

Eve terkejut kerana mereka berdua sudah selesai makan lalu berebut untuk membasuh pinggan . ' dua orang tu manusia ke tak ? Laju betul makan ' kata isi hati Eve . Lalu menyambung makan semula .

< Setelah selesai makan dan kemas , mereka bertiga bergerak pergi ke sekolah dengan menaiki motor >








Hye ! Okay tak ? Sorry if tak best ')
Selamat berkenalan !

( sambung chapter seterusnya~ )

OG || Evyiana TrishaWhere stories live. Discover now