𝐇𝐚𝐫𝐫𝐚𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 𝐟𝐭 𝐙𝐚𝐡𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚
Known as Anugerah Terindah
Mereka berkahwin kerana keluarga. Selama satu tahun mereka berkahwin mereka memupuk rasa cinta dan mereka berjaya.
Bahagia?
Mikael dan Elviyra bahagia dengan perkahw...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Flower!" Panggil Mikael dengan nada geram.
"Kenapa?" Soal Elviyra malas.
"Nak ke tak esok balik villa?" Tanya Mikael kepada si isteri semula.
Elviyra terdiam mendengar soalan Mikael, balik villa? Nak tu nak, tapi apabila memikirkan Tengku Shuza membuatkan Elviyra sakit hati.
Sejak lima bulan lepas, Tengku Shuza mula melayannya dingin, kasar dan kadangkala sering melukai hati kecilnya.
Alasan Tengku Shuza cuma satu, iaitu cucu. Wanita tua itu mahukan cucu tapi Elviyra masih tidak dapat berikan. Nak buat macam mana? Rezeki masih tiada kan?
Kerana empat tahun sudah berkahwin membuatkan Tengku Shuza menuduh Elviyra itu mandul.
Siapa saja tidak sakit hati apabila di kata mandul oleh wanita yang disayangi sendiri, cuba bagitahu.
"Nak, tapi..." Wajah Elviyra bertukar mendung. Tak sanggup mahu berkata. Sakit hatinya apabila teringat kata-kata Tengku Shuza. Sangat menusuk, kadangkala dia berasa fadeup dengan Tengku Shuza.
Mikael melihat riak wajah mendung si isteri, sudah dia tahu bahawa isterinya mahu mengelakkan diri dari mamanya.
Tetapi dia tidak dapat salahkan Elviyra kerana sudah pasti isterinya terasa, perempuan mana tak terasa bila digelar sebagai mandul.
"Kau jangan pedulikan sangat mama tu, kau ada aku,'' pujuk Mikael lembut.
Dalam diam Elviyra mencebik, kau ada aku. Tapi bila Tengku Shuza mula hina aku tak ada pula kau nak bersuara, bentak hati Elviyra marah.
"Yeke awak ada? Saya tak rasa awak akan buka mulut kalau mama hina dan gelar saya mandul." Tutur Elviyra sengaja mahu melihat reaksi Mikael. Matanya mengerling wajah Mikael yang berubah riak. Tahu pun reti sentap!
"Kau memang sengaja nak bagi aku sentap kan flower."