𝐇𝐚𝐫𝐫𝐚𝐳 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 𝐟𝐭 𝐙𝐚𝐡𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚
Known as Anugerah Terindah
Mereka berkahwin kerana keluarga. Selama satu tahun mereka berkahwin mereka memupuk rasa cinta dan mereka berjaya.
Bahagia?
Mikael dan Elviyra bahagia dengan perkahw...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Elviyra meletakkan Miqael dengan hati-hati di atas tilam setelah selesai sedawakan Miqael. Si kakak telah lena setelah selesai menyusu.
"Cepat betul anak-anak mama lena." Ujar Elviyra. Badannya di sandarkan ke kepala katil. Mata di pejamkan sebentar. Hari ini dia sedikit penat kerana semenjak usia Maysara dan Miqael masuk ke 20 hari si anak sudah mula membuat perangai.
Pada hari pertama dia pulang dari hospital dua minggu lepas, Laila, Nadiah, Afiq dan Syarif datang melawat dia dan baby. Banyak juga hadiah empat manusia itu berikan kepada Maysara dan Miqael
Terkejut jugalah mereka apabila mengetahui suami Elviyra sudah ada di kampung sejak sebulan lalu. Mana taknya, mereka jarang berjumpa sekarang ni kerana masing-masing sibuk.
Jadi, apabila terjumpa pertama kali itu terkejut beruk keempat mereka. Satu, terkejut kerana Tunku Harraz merupakan suami Elviyra dan yang kedua kerana mereka tidak menyedari dari awal akan kehadiran Tunku Harraz.
"Awak," panggil Elviyra sedikit kuat. Mana pula suami dia pergi ni?
"Awak!" Panggil Elviyra lagi.
Melihat tiada kelibat Mikael membuatkan Elviyra mengeluh.
"Umi!" Laung Elviyra memanggil Tengku Syaza.
Tengku Syaza yang berada di dapur itu mendengar suara Elviyra memanggilnya laju meninggalkan dapur.
"Ya El, El nak apa sayang? Cucu-cucu umi merengek ke?" Soal Tengku Syaza bersama senduk di tangannya.
"Umi, Mika mana?'' Tanya Elviyra dengan wajah masam.
"Suami kamu keluar dengan Afiq dan Fran tadi." Jawab Tengku Syaza. Elviyra mengerutkan dahinya mendengar balasan Tengku Syaza. Sejak bila si Mikael rapat dengan Afiq senget tu? Pelik betul dia.
"Pergi mana?" Soal Elviyra lagi. Kenapa Mikael tidak memberitahu dia dahulu?
"Pergi pasar."
"Kenapa dia tak bagitahu El!" Jawab Elviyra geram. Mukanya masam mencuka, geram dengan Mikael.
"Dia cakap kamu tertidur tadi. Kesian kamu penat jaga Maysara dan Qael. Sebab tu dia tak kejutkan kamu." Balas Tengku Syaza lagi.
"Ouh, kalau Mika balik suruh dia jumpa El. El ada benda nak bagitahu Mika."
"Okay, nanti umi tolong bagitahu. Kamu rehatlah dulu. Maysara dan Qael pun tidur tu."
"Baiklah umi, terima kasih." Ucap Elviyra Badan diturunkan sehingga kepala mencecah bantal. Mata ditutup, tidak sampai seminit dengkuran halus kedengaran.
Tengku Syaza tersenyum melihat wajah penat si anak yang sedang tidur. Wajah cucu-cucunya juga di pandang. Comel saja dia lihat anak dan ibu itu tidur.