Special Chapter II

1.4K 51 1
                                    

Rayyan Miqael berjalan perlahan-lahan menuju ke arah kakak kembarnya yang sedang termenung jauh di gazebo

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Rayyan Miqael berjalan perlahan-lahan menuju ke arah kakak kembarnya yang sedang termenung jauh di gazebo. Senyuman jahat terukir dibibirnya.

Bah!

"Mak kau hijau!" Latah Maysara akibat terkejut.

Rayyan Miqael menahan senyum melihat wajah buruk Maysara. Idea jahat mula datang di dalam kepalanya.

"Mama! Kakak cakap mama hijau! Dia cakap mama macam shrek!" Laung Rayyan Miqael sengaja.

Ternganga Maysara memandang Miqael. "Kau kenapa Qael? Dah lama hidup ke?" Soal Maysara tidak puas hati.

Rasa seperti mahu ganyang mulut Miqael menggunakan cili merah!

Itulah Maysara, perwatakan disekolah dan dirumah sangat lain. Di sekolah nerd, dekat rumah singa!

Miqael tersenyum mengejek memandang wajah bengang Maysara.

"Look I care?"

Miqael menjelirkan lidahnya selamba.

"Rayyan Miqael!" Maysara menjerit kuat nama kembarnya. Sungguh hatinya terasa bengang. Kalau boleh mahu saja di potong lidah Miqael.

"Yes? Miss Orked Maysara?" Miqael setia mengusik kakak kembarnya.

Rayyan Miqael tidak pernah berubah. Hobi Rayyan Miqael ialah mengusik kakak kembarnya.

Maysara mencebikkan bibirnya. Kaki dihentak ke lantai. Cecair jernih sudah bertakung di kelopak mata tunggu masa untuk rebah saja.

"Mamaaa!" Rengek Maysara lalu berlari meninggalkan Miqael sendirian.

Rayyan Miqael meneguk air liurnya yang terasa pahit.

"Aduh Qael! Kenapa kau suka sangat usik kakak kau yang manja tu?" Miqael menyoal dirinya sendiri. Kepalanya di ketuk kasar. Seakan kesal dengan perangai tak semengahnya.

"Rayyan Miqael!" Kedengaran suara jeritan Tunku Elviyra dari dalam rumah.

"Mampus!"

Tunku Elviyra berjalan menuju ke arah Miqael lalu telinga anak lelakinya di tarik kuat.

"Aduh! Mama sakitlah!" Miqael mengerang kesakitan. Boleh capang telinganya nanti!

"Tahu pula sakit, yang awak kacau kakak awak dah kenapa?" Tunku Elviyra mula membebel. Tangannya masih lagi memulas telinga si anak.

"Alah mama, abang usik sikit je awww... Mama!" Miqael menjawab sebelum menjerit kesakitan.

Tunku Elviyra menguatkan lagi. "Adu maaaa, kalau capang telinga abang macam mana? Tak handsome la anak mama nanti!"

"Ada nampak mama kisah? Biar capang, jadi macam ceplos. Kerja awak mengusik saja kan?"

Miqael memucungkan bibirnya. "Sampai hati mama. Abang punyalah hensem macam ni nak suruh jadi ceplos. Bagaikan langit dengan bumi ma." Balas Miqael selamba.

𝐄𝐥𝐯𝐢𝐲𝐫𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 [𝐂]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang