BAB 7 - Zafran X Aira

114 7 3
                                    

" Nanti kamu bawa Aira pergi jalan-jalan. Kesian kat dia " pesan Madam kepada Zafran yang sedang kusyuk menonton Jujutsu Kaisen di telefonnya.

Zafran hanya membatu tidak menjawab. Matanya masih berada pada skrin telefon
Redmi 9A.

" Kamu dengar tak ni ? " Tanya Madam lagi. Zafran masih diam.

" Tengku Zafran Mikael ! " Jerit Madam sambil mencengkak pinggang di hadapan Zafran.

" Apocot Gojo putih ! "

Zafran terduduk berhadapan dengan Madam sambil mengangkat tangannya seperti paras bahu.

" Pergi. Bawa. Aira. Jalan. Jalan. Sekarang ! " Kata Madam satu per satu. Matanya dibesarkan hingga menampakkan seluruh bentuk biji mata.

" Okay okay " kata Zafran takut-takut lalu bergerak naik ke tingkat atas untuk bersiap.

Aira dan Aura tinggal di rumah Madam kerana arahan Madam sendiri. Darlene pula keluar dengan Vicky untuk beli hand phone baru Vicky.

Zafran menyarung hoodie hitam bertulis " ZM " yang dibeli Daniel semasa mereka di London.

Zafran mengetuk pintu bilik Aira dan Aura. Bilik mereka berdua berada dibahagian belakang daripada ruang tamu.

" Kenapa wak ? " Tanya Aira yang baru sahaja membuka pintu bilik. Dia memakai tuala sebagai penutup aurat kepalanya daripada dilihat Zafran. Nampak sangat terkejut pada Zafran.

" Siap. Madam suruh bawa kau keluar " kata Zafran sambil menaip sesuatu di aplikasi Whatsapp di telefonnya.

" Tapi..saya tak solat Zohor lagi " balas Aira sambil membetulkan tuala di kepalanya.

" Dah tu ? Solat je la. Aku tunggu kat ruang tamu. Pakai yang simple je. And jangan lambat " pesan Zafran sebelum melangkah turun ke ruang tamu. Aira masuk kembali ke dalam biliknya.

Zafran menunggu Aira di ruang tamu selama sepuluh minit.

" Mana dia ni ? " Tanya Zafran kepada dirinya sendiri. Dia naik kembali ke bilik Aira.

Tombol pintu dilegang. Namun, telah dipulas dari dalam.

" Eh..apa awak buat kat sini ? " Tanya Aira pelik yang baru sahaja membuka pintu dari dalam. Dia memakai t-shirt muslimah bewarna coklat gelap dan seluar slack hitam. Tudung bawal bewarna cream disarungkan.

Zafran hanya diam melihat pakaian yang dipakai oleh Aira. Matanya masih fokus pada wajah putih Aira yang dihiasi dengan matanya yang cantik.

" Dah ? Jom " ajak Zafran lalu turun kembali ke bawah dan diikuti oleh Aira dari belakang.

Mereka menaiki Myvi kuning milik Madam. Bukan selalu boleh naik kereta power macam ni

" Mana kita nak pergi sebenarnya ? " Tanya Aira sebaik sahaja memakai tali pinggang keledar.

Zafran mengangkat bahunya beberapa kali.

" Ikut kau je la " kata Zafran mendatar. Dia memandu keluar dari perkarangan rumah itu.

" Kita pergi makan dulu lah. Saya tahu tempat yang sedap. Nanti saya belanja " ajak Aira sebelum melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Zafran tergelak kecil mendengar ajakan Aira. Kau ingat aku tak ada duit ?

Aira menyuruhnya menghentikan kereta di sebuah kedai buruk di tepi jalan. Kedai mamak

" Ni kedai ke ? " Tanya Zafran minta kepastian. Seumur hidupnya, dia tidak pernah datang ke kedai macam ini.

" Kedai makan la " jawab Aira sebelum keluar dari kereta. Dia tergelak kecil melihat Zafran yang terkejut beruk.

" Selamat ? " Tanya Zafran lagi. Bila Mat Salleh celup yang dah duduk kat London lebih dari lima tahun tiba-tiba datang kedai macam ni memang macam rusa masuk kampung la.

MR. SPLIT [EDITING]Where stories live. Discover now