BAB 12 - Atisya

87 6 6
                                    

Tiga hari kemudian, Zafran, Daniel, Madam, Aura dan Aira menghadiri majlis pemakaman Haris di Johor Bahru. Mereka tinggal di hotel berdekatan sementara menunggu proses soal siasat dijalankan.

" Korang dah siap ke belum ?" tanya Madam dari luar pintu bilik Zafran dan Daniel. Madam memakai jubah serba hitam disertakan dengan selendang hitam. Berbeza dengan dua orang di sebelahnya yang memakai jubah hitam dan tudung bawal hitam. Menyerlahkan lagi kecantikan mereka berdua.

Ditambah pula dengan belitan-belitan yang entah apa-apa tu. Lagi cantik

" On the way " jerit Daniel dari dalam bilik. Dia masih sibuk membutangkan baju kemejanya itu.

" Ish..lambat mengalahkan perempuan. Cepat sikit. Kami tunggu dalam kereta " Ujar Madam sebelum berjalan menuruni tangga hotel diikuti Quin bersaudara. Hotel bukan main besar tapi lif pun tak ada.

" Ye lah "

Zafran yang baru keluar dari bilik mandi berikatkan tuala dipinggang terkejut melihat penampilan Daniel yang memakai serba hitam. Nasib baik muka putih kalau tidak gelap masa depan.

Siapa suruh layan anime kat netflix semalam. Kan dah bangun lewat.

" Bapak aa..Lawa baju kau " kata Zafran sambil memandang Daniel atas bawah. Saling tak tumpah macam baju aku siot !

" Eh..aku lupa nak cakap, aku pinjam baju kau. Thanks bro " balas Daniel sambil tersengum manis. Memang minta kaki ni.

" hmm..jangan bagi kotor pulak " pesannya sebelum mengambil baju t-shirt hitam dalam almari hotel. Entah baju siapa. Rembat je lah

" Kenapa kau nak tolong dia ? Maksud aku pasal Haris. " tanya Daniel tiba-tiba.

Zafran menyarung pakaiannya lalu memakai jam ke pergelangan tangannya. Dia saling berpandangan dengan Daniel yang sedang duduk di atas katil. Dia faham Daniel bercakap pasal apa. Zafran dah bayar semua bayaran untuk proses pengebumian Haris siap dengan kenduri tahlil untuk dia.

" Entah, aku rasa aku nak tolong dia. Lagipun dia bukan ada duit. Kenapa tanya ? " ujar Zafran. Daniel mengangguk faham.

" Saja "

" Hmm..jom la. Mati kering pulak Madam dalam kereta japgi. " sambung Daniel lalu melangkah keluar dari bilik itu diikuti Zafran dari belakang.

Sebaik sahaja keluar dari bangunan hotel itu, ada beberapa kumpulan media sedang menunggu di hadapan pintu hotel. Nasib baik ada pengawal yang menghalang mereka dari merempuh masuk.

" Encik, betulkah ada khabar angin yang mengatakan Tengku Zafran Mikael dan Putera Daniel Airiz terlibat dalam kematian seorang lelaki bernama Haris ? " itulah soalan yang dilontarkan oleh salah seorang wartawan yang dapat ditangkap oleh telinga Zafran dan Daniel.

" Minta maaf. Kami berdua tidak dapat berikan apa-apa komen disebabkan kes ini belum selesai. " balas Zafran mendatar sebelum masuk ke sebuah kereta Range Rover yang diparking di depan hotel.

Kereta yang dipandu Daniel itu meliuncur laju meninggalkan perkarangan bangunan hotel tiga bintang itu.

" Cepat betul media buat kerja. " kata Aura mendatar. Dia duduk di tempat duduk tengah diantara Madam dan Aira.

" Hmm..memanglah cepat. Letupan tu kuat. " balas Zafran sambil memandang ke arah luar tingkap.

" Dah beritahu Vicky ke kita kat Johor ? " tanya Madam pula. Dari semalam Vicky tak cakap apa-apa pun.

" Dah. Dia kata dia pergi rumah adik dia. " balas Daniel. Madam mengangguk faham. Madam tidak tahu siapa adik Vicky itu disebabkan adiknya tak mahu sesiapa mengenalinya.

MR. SPLIT [EDITING]Where stories live. Discover now