" Err..Aira, aku nak tanya something boleh ? " Tanya Aura tiba-tiba. Dia memandang tepat ke arah Aira yang sedang memandu kereta itu.
" Tanya apa ? " Balas Aira pelik. Radio kereta diperlahankan.
" Kau mengandung ke ? " Tanya Aura sambil mengecilkan matanya.
Kereta yang dipandu Aira itu hampir melanggar kereta lain apabila soalan itu diajukan.
" Apa kau merepek ni adikku sayang " tanya Aira semula. Jantungnya hampir sahaja terkeluar dari badan disebabkan soalan itu.
" Manalah tahu. Sebab kau asyik sakit perut je dari tadi " ujar Aura pelik.
" Hmm...entahlah. aku pun tak tahu " balas Aira selamba.
" Nanti ajaklah Zafran pergi check. Kau ni pun " kata Aura sambil tersenyum-senyum. Kakaknya dah nak jadi ibu.
" Hmm..kau tak takut ke kalau betul aku mengandung ? Gelaran Quin ni macam mana nanti ? " Soalan Aira itu membuatkan Aura pula terdiam. Memang benar, gelaran Quin mereka ini pun telah banyak menyebabkan masalah kepada Zafran dan Daniel.
" Alaa..takde masalah la. Zafran dan Daniel kan ada ? " Kata Aura cuba meyakinkan kakaknya.
" Ayah ? " Riak wajah Aura berubah apabila perkataan itu keluar dari mulut Aira.
" Jangan sebut nama lelaki tak guna tu. Kalau betul dia ayah kita, dia tak akan seksa kita. Kau pun tahu kan apa yang dia dah buat kat kita " kata Aura dengan marahnya.
" Hmm..aku ingat " balas Aira. Mereka berdua kembali diam.
:
" Mana kau nak bawa aku ni ? " Tanya Katerine dari tempat duduk belakang BMW itu.
" Diam. " Balas Mikey sepatah.
Radon hanya tersenyum nipis mendengar suara Katerine. " Akhirnya dia bangun pun. Ingatkandah mati tadi. " Bisiknya dalam hati
" Lepaskan aku. Kau siapa ? Aku tak kenal kau pun ! " Marah Katerine lagi. Tangannya telah diikat dengan cable tie jadi dia tak dapat melepaskan diri. Pintu pula dah dikunci dari luar.
" Habis tu ? Ada aku kesah ? " Balas Mikey selamba.
" Daripada awak terpekik-pekik tu lebih baik awak tidur. " Ujar Radon dengan tenang sambil matanya masih kusyuk mengekori kereta yang dipandu oleh Aira seperti yang dirancang oleh Vicky.
" Saya tak kira. Lepaskan saya sekarang juga ! "
" Pergilah terjun sekarang. Biar mati tak sempat taubat " balas Mikey dengan marah.
" Uish kau..sembang macam kau tu baik sangat. Bunuh orang je kerjanya " perli Radon.
" Biarlah. "
Radon menggulingkan matanya. Dah kena batang hidung sendiri baru tahu nak menyampah.
" Saya nak tanya sikit boleh tak Katerine ? " Kata Radon tiba-tiba.
" Tanya apa ? " Balasnya sopan. Amboi kau..dengan Mikey memekik-mekik, tapi dengan Radon boleh pula cakap elok-elok.
" Apa yang Tuan kau nak sebenarnya ? " Tanya Radon. Mikey terkejut mendengar perntanyaan yang jujur dan jelas itu.
" Apa yang saya dapat kalau saya beritahu pun ? " Tanya Katerine dengan sinis.
" Lelaki yang kau jumpa dalam toilet pesawat haritu tak akan bunuh kau. Tu jelah " ujar Radon mendatar. Katerine terdiam.
" Okay saya beritahu. Dia nak tamatkan generasi Quin dari dunia ni. That's all " balas Katerine.
YOU ARE READING
MR. SPLIT [EDITING]
OverigTengku Zafran Mikael dikenali sebagai Mr. SPLIT dan merupakan usahawan berjaya di London yang juga merupakan lelaki ketiga terkaya di dunia. Namun dia mempunyai pelbagai personaliti yang saling bercelaru. Yang hanya mampu dikawal oleh orang yang kua...