"Yeay! Hari nie Kayla masuk sekolah baru!"
Teriakan teruja daripada peti suara seorang gadis kecil itu memecah suasana pagi yang indah itu. Mikayla Aafiya Muzaffar, seorang gadis kecil yang baru menginjak usianya ke angka 7 sangat bersemangat pada awal pagi itu kerana hari itu merupakan hari pertamanya kesekolah baharu.
Keluarganya yang baru sahaja berhijrah ke Selangor disambut mesra jiran tetangga. Keluarga Encik Muzaffar berpindah ke sini atas sebab syarikat milik keluraga Encik Muzaffar yang terletak di Selangor telah diserahkan sepenuhnya kepada Encik Muzaffar. Untuk berhijrah ke Selangor bukanlah satu keputusan yang mudah diputuskan oleh Encik Muzaffar.
Keluarga kecilnya sangat selesa menetap di Perak sehinggakan dia harus memikirkan beribu kali jua untuk memberikan kata putus kepada keluarga besar dan keluarga kecilnya. Kata si isteri, jikalau pilihan dia adalah memilih untuk berpindah ke Selangor juga, isterinya, Puan Maya tidak akan membantah malahan dia memahami dan menghormati keputusan suaminya itu.
Mendengar kata putus isterinya itu telah menenangkan hatinya itu sedikit sebanyak. Tetapi, dia memikirkan keselesaan anak-anaknya.
Anak-anaknya yang sudah bersekolah di Perak semestinya merindui rakan-rakan mereka. Puan Maya yang mampu menahan ketawanya semasa perbincangan itu hanya memandang suami tercintanya.
Berkat sokongan daripada Puan Maya, Segala puji bagi-Nya, Encik Muzaffar menzahirkan kata putusnya kepada ahli keluarganya. Dia meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada Yang Maha Esa dengan keputusannya. Dia yakin hikmah yang tersirat bakal ditunjukkan suatu hari.
"Kayla sayang anak mama, dengar sini ye sayang. Kayla jangan nakal-nakal tau dekat sekolah nanti. Jaga kelakuan kamu ye sayang? " Puan Maya mengusap lembut pipi mulus gadis kecil itu. Penuh dengan kasih sayang. Lembut suaranya menzahirkan kerisauannya terhadap anaknya. Memandangkan ini hari pertama anak gadisnya berpindah ke sekolah baru.
"Ye, mama. Kayla ingat pesanan mama nie. kita dah besar tau mama. Umur kayla dah 7 tahun tau." Mikayla yang ingin membuktikan sekali lagi bahawa dia sudah masuk ke alam gadis 'matang' baginya seraya tangannya menunjukkan angka 7.
Mengimbau peristiwa hitam gadis kecil itu, mengeluarkan tawaan kecil daripada Puan Maya. Sungguh benar anak kecil seperti Mikayla membuktikan yang dia sudah 'besar'.
"Mama gelakkan kita kencing atas tilam kan? Eeii, sakitnya hati kita! bencilah gini!" Mikayla sudah menahan sebek kegeramannya. Ada ke patut mama dia mematahkan semangatnya di pagi hari ini.
Puan Maya cuba menahan gelaknya daripada terletus sekali lagi. Anaknya itu sudah merajuk. Karang merajuk susah nak halau pergi sekolah. Haih!
"Mama bukan risau apa. Cuma ini kan hari pertama Kayla kat sekolah baru. Jadi mama saja bagi nasihat dan ingatan supaya anak mama yang sorang nie jaga kelakuan dia. Takderlah nanti Mikayla susah, abang susah and mama papa pun tak susah." Berjela patah perkataannya. Puan Maya sungguh risau.
Anggukkan kecil dibalas daripada si kecil menandakan dia faham akan apa yang disampaikan oleh ibunya itu. Huluran yang disuakan oleh Puan Maya disambut ceria setelah mendengar sesi leteran di pagi hari.
Mereka berdua mengaturkan langkah mereka untuk turun ke bawah. Mengisi perut yang kosong merupakan perkara wajib bagi keluarga ini untuk menggelakkan sebarang risiko sepanjang hari.
"Morning pa, abang!" Jeritan si gadis itu membuatkan kelibat yang sedang menunggu mereka menoleh ke arah suara kecil itu.
Senyuman manis diukirkan setelah Mikayla dan Puan Maya melabuhkan punggung mereka untuk makan. Riak wajah MIkayla yang sangat menggambarkan kelaparannya menghiburkan hati Encik Muzaffar di pagi hari. Makanan merupakan 'teman lelaki' bagi Mikayla. Jangan berani untuk ceraikan mereka.