Setelah tiba di hadapan pintu pagar sekolah baru mereka, Encik Muzaffar memarkirkan keretanya. Encik Muzaffar turun juga untuk menyelesaikan segala pembayaran yuran pada hari pertama anak-anaknya.
Malik dan Mikayla menuruti sahaja segala pergerakkan Encik Muzaffar. Mata bundar gadis kecil itu memang tidak lepas daripada terus memandang kawasan sekolah itu. Baginya kawasan sekolah itu merupakan kawasan yang besar dan luas berbanding sekolah lamanya dahulu.
Dengan keluasan dan kelebaran kawasan padang sekolah itu, membuatkan hati Malik. Terdapat juga kawasan taman herba dan sebuah taman permainan mini untuk kanak-kanak berusia 5-6 tahun iaitu, budak prasekolah. Mikayla tu, entahlah. Nak main juga katanya. Haih!
Kelas-kelas juga tidak lepas daripada menarik perhatian mata bundar kedua cilik itu. Cantik, bersih dan meriah. Kolam ikan yang mini juga terdapat dengan dipenuhi pelbagai ikan. Senag kata, sanub arinya teruja dengan sekolah barunya.
"Mikayla, Malik, ikut cikgu nie. Nanti cikgu nie tunjukkan kelas Mikayla dengan kelas Malik sekali." Tutur Encik Muzaffar dengan lembut sambil tangannya mengusap lembut kedua kepala anak-anaknya.
"Baik, papa!" Balas keduanya dengan serentak. Teruja saja bunyinya.
"Papa pergi dulu ya. Kalau ada apa-apa masalah, just bagitau saya je cikgu. Masalah macam kelakuan ke, ha, cikgu cepat-cepat bagitau saya." Encik Muzaffar menyuarakan isi hati tuanya. Penuh kerisauan nadanya.
"Baik, Encik Muzaffar. Jangan risau. Saya tengok anak-anak Encik nie memang boleh jaga kelakuan mereka." Kata Puan Zuriati. Dia ialah seorang guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris selaku guru kelas Mikayla.
Setelah pamit diri, Puan Zuriati mengiring Malik ke kelasnya. Malik ditempatka di kelas 3 Teratai. Kelas yang berada pada urutan pertama daripada 7 itu telah menempatkan Malik mengikut prestasi akademik Malik semasa berada di sekolah lamanya dahulu.
"Assalamualaikum, cikgu Badri. Maaf ganggu kelas cikgu. Nie ha, ada pelajar baru." Kata Puan Zuriati dengan penuh sopan. Perhatian murid-murid dan cikgu Badri semuanya tertumpu pada dua susuk tubuh yang berada di luar kelas.
"Waalaikummusalam, eh, tak. Tak ganggu pun. Jemput masuk." Cikgu Badri dengan senang hati menjemput Puan Zuriati.
Kedua tubuh itu berjalan masuk ke dalam kelas. Malik yang sudah gugup dari tadi lagi hanya mencuba mengawal riak wajahnya agar tidak kelihatan gugup. Setiap mata yang memerhatinya dengan terus-menerus seperti ingin tembus badannya cuba dihiraukan. Ada juga yang berbisik-bisik seperti mengatakan sesuatu. Entah apa pun, Malik tidak mahu ambil tahu.
"Malik, perkenalkan diri kamu." Puan Zuriati mengarahnya.
"Assalamualaikum, nama saya Malik Uqashah. Boleh panggil saya Malik jer." Ringkas sahaja pengenalannya. Dia tidak mahu berdiri lama-lama di hadapan kelas itu, Yang dia mahu sekarang ini hanya duduk dan terus belajar sahaja.
"Awak tinggal kat mana?" Salah seorang daripada kalangan kawan baharunya bertanya.
"Saya tinggal di Taman Anastoria."
"Dulu asal mana?" Seorang perempuan berani bertanya.
"Dulu asal Perak." Sangat ringkas. Seperti yang kita tahu, Malik sangatlah malas orangnya.
Keadaan yang sudah senyap dan janggal itu telah ditangkap oleh cikgu Badri. Dia terus memecahkan suasana itu.
"Memandangkan semua dah senyap, cikgu jemput Malik duduk barisan kedua tengah nie. Syakir dan Halim. Sila ye" Jari telunjuknya terus menunjukkan arahnya.
Tanpa membuang masa, cikgu Badri terus menyambung pengajiaanya iaitu, subjek Bahasa Malaysia.
"Okay, kita sambung balik apa yang kita belajar tadi."