KRINGG!!
Loceng sekolah yang berbunyi tepat jam 6:15 petang telah menceriakan suasana sekolah dan tidak lupa juga menceriakan pelajar-pelajar yang sudah kebosanan menghadap buku sahaja.
Semua pelajar berpusu-pusu menuju ke pintu pagar sekolah untuk mencari kelibat orang tua mereka.
Tidak terlepas juga Mikayla dan Malik. Mereka mencari kelibat bapa mereka. Namun, Malik sahaja yang muncul. Apabila menunggu Mikayla, Malik mula bosan dan meminta izin daripada bapanya untuk masuk ke kereta terlebih dahulu.
Encik Muzaffar hanya menggangguk kepalanya sahaja. Dia juga pelik. Di mana Mikayla Aafiya? Lewat juga.
Dalam beberapa minit kemudian, kelibat gadis kecil yang amat dikenalinya muncul.
"Papa!" Seraya belari anak menuju ke arah Encik Muzaffar.
Encik Muzaffar hanya senyum nipis. Comel sungguh anak gadisnya yang kecil ini.
Mata Encik Muzaffar setia memandang Mikayla. Jatuh pula bola matanya pada sebuah plastik yang dijinjit oleh anaknya pada tangan kanan sebelah kiri.
"Apa tu Kayla?" Encik Muzaffar melepaskan pelukan hangatnya. Mikayla yang perasan akan soalan bapanya terus menjawab.
"Oh, nie. Kawan Kayla bagi hadiah macam salam kenal-kenal gitu ha." Mikayla cuba sehabis baik untuk melindungi kebenaran. Tidak mahu membongkarkan semua yang terjadi pada hari pertamanya.
"Papa nak tengok-"
"No! Papa tak boleh tengok! Sebab mainan nie Hana bagi Kayla. Bwerk!"
Encik Muzaffar hanya senyum sinis. Dia mahu sahaja picit dan cubit pipi anak gadisnya itu. Comel sangat.
"Hahaha, ada-ada je lah kamu nie. Yalah, ya. Papa tak tengok. Jom balik. Abang kamu penat tunggu kamu."
"Heheh, sorry papa. Tadi sembang dengan Hana. Lupa terus nak balik." Mikayla menjelaskan alasan mengapa dia lewat.
Mereka pun beransur pulang . Hari semakin lewat petang untuk menyambut kedatangan langit gelap. Setelah pulang, Mikayla dan Malik menceritakan pengalaman mereka pada hari pertama mereka bersekolah. Begitu semangat ya. Belum sempat mereka mengeluarkan sepatah kata lagi, Puan Maya menghalang niat mereka yang ingin bercerita itu.
Puan Maya memerintahkan mereka berdua naik ke atas. Mereka harus membersihkan diri dahulu kerana mereka sekeluarga akan solat Maghrib secara berjemaah.
"Pergi naik atas dulu. Mandi apa semua, lepastu turun balik nak solat Maghrib. Dah pergi cepat. Awak berdua tu mandi dah lah buat tandas sekali." Puan Maya menolak secara lembut kedua tubuh anaknya ke arah tangga. Tak disorong, takdenya nak bergerak.
Rumah Encik Muzaffar sangat meriah selepas solat Maghrib. Puan Maya yang sibuk di dapur memasak makan malam selepas solat Isyak nanti hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Ketiga beranak itu seronok bermain. Sekejap dengarlah celoteh, ketawa,bergaduh anak-anaknya. Encik Muzaffar pun tak nak kalah. Nak juga masuk campur celoteh dua insan kecil itu.
Kira-kira 9:15, keluarga mereka berkumpul di meja makan untuk menjamah makan malam. Sesi makan malam pada malam itu sangat menghiburkan hati kedua orang tua itu. Mikayla dan Malik masing-masing berebut nak bercerita.
"Papa nak tahu, tadi kat sekolah ada sorang budak ni nak kawan dengan Malik tapi kan, Malik tak suka dia." Malik yang mulutnya masih penuh itu semangat nak cerita pasal kawan yang dia tak suka tu.
"Dah kenapa pulak?" Puan Maya bertanya. Apa yang budak tu buat sampai tak nak kawan dengan budak tu?
"Takdelah, ada ke hasut orang jangan kawan dengan sorang budak ni. Dia kata budak yang depan Malik tu tak baik. Namanya Azim, pa."
Encik Muzaffar menggelengkan kepalanya sambil memandang isterinya yang masih membuat riak wajah tidak percaya.
"Malik, dengar cakap papa ni. Awak tu baru je masuk sekolah baru. Memang lah ada orang nak kawan dengan awak. Tapi, Malik tak payah ambil kisah sangat pasal hasutan kawan Malik tu. Malik kawan je dengan budak Azim tu dulu. Dah kawan nanti baru lah Malik tahu perangai i Azim tu. Dah tak payah kisah sangat." Encik Muzaffar tidak m ahu anaknya mudah dihasut dengan kata-kata daripada mulut orang sebegitu.
Seketika kemudian, Encik Muzaffar memandang Mikayla. Senyap semacam. Tadi masuk rumah bukan main nak bercerita.
"Kayla, takder cerita ke? Tadi bukan main berebut dengan abang Malik."
Mikayla hanya senyum. Malas pula dia mahu bercerita. Lagipun takde benda menarik pun rasanya kecuali...Huh, dia tak tahu.
"Sama je dengan abang Malik. Seronok je hari pertama ni. Kawan Kayla yang Hana tu siap bagi lagi mainan kat Kayla." Mikayla bercerita mana yang patut je. Takut dia mahu bercrita tentang kejadian siang tadi.
Jarum jam berlari ke angka 10:30. Puan Maya sudah bangun dari duduknya di sofa memanggil anak-anaknya yang sedang leka menonton televisyen. Masa untuk beradu ya.
"Malik, Kayla. Jom. Dah nak dekat pukul 11 dah ni. Esok liat nak bangun. Jom."
Malik dan adik perempuanya itu hanya menurut sahaja perintah mama mereka. Mata mereka juga sudah menjerit mahu tidur. Encik Muzaffar pula sudah menghilangkan diri ke bilik kerjanya. Pembantu peribadinya baru saja menyuskan fail kerja barunya.
"Selamat malam anak mama. Tidur tau. Esok liat mama simbah je air baldi atas katil ni. Faham tak?" Puan Maya mengugutnya anak lelakinya itu. Malik ni boleh tahan liat juga nak kejut pagi-pagi. Kalau abangnya macam gitu perangainya, adik dia jangan tanya ya. Sekepala saja.
"Faham, ma." Malik membalas dengan malas. Sudah berapa kali mamanya mengulangi ayat itu. Kita tak suka lah. Lantak engkaulah Malik.
Puan Maya mengucup dahi anak lelakinya itu sebelum melangkah keluar daripada bilik tidur anaknya itu. Terus langkah diatur menuju ke bilik tidur anak perempuannya yang terletak di hujung koridor tingkat dua itu.
Belum sempat pintu diketuk, pintu itu dibuka. Puan Maya terkejut tau.
"Kayla, terkejut tau mama. Mama baru nak ketuk." Puan Maya mengurut dadaanya. Sumpah terkejut.
"Hehehe, sorry, ma. Mama lambat sangat. Kayla baru nak pergi bilik abang nak cari mama."
Puan Maya terus menarik lembut lengan Mikayla dan menuju ke katilnya. Menggeleng kecil sebelum membuka mulutnya. Pantang lambat sikit, mula risau.
"Dah, tidur ya. Esok bangun lambat pula. Selamat malam Mikayla." Puan Maya mengucup dahi Mikayla.
Anak perempuan yang paling disayangi. Bukan kasih sayangnya tidak diberi sama rata terhadap Malik. Tetapi, Mikayla satu-satunya anak perempuan mereka. Lagian, anak perempuan itu perlu dijaga sebaiknya. Luka sedikit sahaja membuatkan dia lagi bertambah menjaga anak perempunnya itu.
Anak perempuannya itu akan membesar. Sekejap saja. Jadi dia perlu menghabiskan masa sebaiknya dengan anak perempuannya itu sebelum anaknya itu melangkah keluar bersama pilihan hatinya kelak hari.
"Mama jugak. Selamat malam. Nanti cakap kat papa jugak tau." Pesan Mikayla.
Puan Maya hanya menggangguk kecil bersama senyuman kecil. Sayang betul dengan papanya. Puan Maya terus bangkit dari duduknya. Lampu kecil di nightstand dibuka dan menutup lampu utama sebelum melangkah keluar bilik tidur itu.
Mata dicelik untuk memeriksa keadaan bilik tidurnya. Setelah dia pasti yang mamanya sudah keluar dari biliknya, dia bangun semula dan bersandar pada kepala katilnya.
Kejadian siang tadi sangat menghantui dirinya. Adam Luthfi. Umur budak lelaki itu tidak pula dia ketahui. Mungkin tua setahun atau dua tahun darinya.
Mana mungkin dia sebaya dengan lelaki itu. Tubuh lelaki itu boleh dikatakan tinggi sedikit daripada tubuh Mikayla.
"Dah lah. Tidur, tidur. Esok nak sekolah." Mikayla menepuk perlahan kedua belah pipinya. Tidak mahu memikirkan dengan lebih lagi. Mungkin esok akan jadi hari yang lebih baik. Mungkin?