KERANA DENDAM -05

3 1 0
                                    

BY : SEFFANO KAVANA

KERANA DENDAM

BAB 05


Puan Heidi memandang keluar beranda biliknya,dibiarnya angin petang itu meniup lembut ke wajahnya,air matanya mengalir laju dipipinya, mengenangkan nasib anak-anaknya yang hilang itu.


Ya,dia pernah kehilangaan anak sulungnya dan sekarang anak bongsunya pula,dia tidak akan memaafkan suaminya kerana kecuaiaan suaminya sebanyak dua kali itu mengakibatkan dia kehilangaan kedua-dua anak-anaknya. Sebabnya pun Puan Heidi tidak tahu...kenapa!? Kenapa penculik-penculik itu mahukan anak-anaknya.


"Dimana kamu sayang, anak-anak mama..!"Puan Heidi menangis lalu mencium baju-baju anaknya.Puan Heidi yakin dan percaya anak sulung dan anak bongsunya masih hidup, Puan Heidi mencium baju anak sulung dan anak bongsunya itu.


"Kamu dah besar sekarang sayang.. mama harap akan dapat bertemu semula dengan kamu berdua..!" ujar Puan Heidi lalu memeluk dua helai baju itu.

"Heidi..."panggil satu suara lembut. Puan Heidi cepat-cepat mengesat air matanya lalu memandang ibunya..! Dia tidak mahu ibunya tahu yang dia sedang bersedih dan menangis lagi.


"Oh,mami...masuk lar..!"ujar Puan Heidi lalu mengesat air matanya, Puan Sonea masuk sambil membawa segelas jus strawberry lalu memberi pada anaknya.

"Terima kasih mami..."

"Sama-sama sayang.."

Puan Sonea duduk dikerusi rotan lalu memandang wajah anaknya,mata Puan Heidi bengkak.

"Jangan terlalu bersedih Di...kau kena rajin berdoa,mami percaya cucu-cucu mami pasti berada ditangan orang yang baik..!"

"Heidi berharap macam tu lar mi.. "


"Mami dan dadi nak bawa Heidi tinggal dikuala Lumpur,Hans juga dah benarkan,senang sikit Hans nak lawat kau nanti..mami tak mahu Heidi terus membenci Hans macam tu.."Lembut saja tutur bahasa ibunya.

"Tapi dia yang buat anak-anak Heidi hilang..! dan dia tak pernah cari pun anak..."

"Heidi yakin kah Hans tak cari anak-anak kamu...awak pernah tanya kah dia kenapa selalu lambat balik dari kerja..."

"Sudah tentu lar dia kerumah kekasih hatinya..."

"Awak yakin kar Hans ada hubungan sulit dengan Elena..!"

"Heidi dah nampak..." ujar Puan Heidi lalu menangis,sakit hatinya bila terbayang kemesraan suaminya dengan sahabat baiknya itu.

"Nampak apa sayang..."

"Nampak dia dan Elena
berpelukaan..!"


"Atau Elena yang peluk suami awak tu..!" Teka Puan Sonea.Puan Heidi hanya diam saja..kenapa ibunya sangat membela menantunya itu.


"Sini rupanya kamu berdua..puas dadi cari kamu..ni,ha..Malam ni kita berangkat ke kuala lumpur..Hans kemalangan..!"

"Apa..!! kemalangan!!"ujar Puan Sonea terkejut,Puan Heidi turut terkejut lalu menangis risau.

"Pergi kemas pakaian kita berdua sekarang,kita kena bersedia awal pergi airport,takut jem pula petang ni..tau lar cuti sekolah sekarang ni jalan raya pasti sesak dengan kereta..!" ujar Tuan Morgan lalu membelai rambut puan Heidi. Puan Sonea bergegas keluar dari bilik Puan Heidi.


"Heidi tak mahu pergi dadi...Heidi benci Hans..!!"


"Jangan terlalu fikirkan masalah ni..tak guna juga kalau kau asyik menangis saja tapi tidak bergerak cari anak kamu buat apa..kita ke KL pun bersebab juga sebab nak cari anak kau... jangan asyik salahkan Hans saja...Kau bukan tak tahu siang malam Hans cari anak-anak kau..! kau pula asyik menangis,menangis dan menangis mana lagi Hans fikirkan nasib anak-anak kamu mana lagi dia fikirkan awak disini.. tolong lar,Heidi jangan terlalu penting diri sendiri...
Hans perlukan kau disisinya.. jangan sampai Heidi menyesal sudah..!" Ujar Tuan Morgan lembut tapi kata-katanya sedikit menyentuh hati puan Heidi.



KERANA DENDAMWhere stories live. Discover now