KERANA DENDAM -15

1 0 0
                                    

BY : SEFFANO KAVANA

KERANA DENDAM

BAB 15



Puan Elora terduduk ditepi katil bila menerima surat cerai dari Tuan Chung..dan lebih dahsyat lagi rupanya selama ini dia hanya lar isteri kedua dari lelaki itu..! kenapa dan mengapa selama ini dia tidak pernah tahu akan hal itu..mungkin sebab dia terlalu taksub pada cinta Tuan Hans...hingga tidak menyedari yang dirinya ditipu selama ini..!

Sudah seminggu dia dan Tuan Chung bercerai dan lelaki itu sudah berhijrah ke Hong kong tempat isteri pertamanya. Tuan Chung pergi begitu saja dan tidak mahu bertemu dengannya buat kali terakhir dan mengucap selamat tinggal juga tidak kepadanya.

Patut lar suaminya jarang ada dirumah rupanya dia juga ada beli sebuah banglo mewah yang dirahsiakan tempatnya, menurut Vanidah rumah itu jauh lebih mewah dari banglonya.Dan amat sukar orang mahu memasuki tempat itu.

Dia bernasib baik kerana Tuan Chung tidak mengambil banglo ini dan kereta mewahnya.Puan Elora mula rasa kehilangaan seseorang dalam hidupnya...! Vanidah sudah banyak kali menasihatinya tapi dia tidak mahu mendengarnya kerana buta pada Cinta Hans.

"Puan...i terima surat dari PA Tuan Chung...dia suruh i serah pada Puan.."

"Vani...kan i dah cakap jangan panggil i puan i tak suka tau you panggil i macam tu..panggil i Lora ja..!"Bebel Puan Elora,Vanidah hanya tersenyum saja,Puan Elora mengambil sampul surat coklat besar itu lalu dibuka.

Mata puan Elora terbesar lalu bersorak riang,berkerut dahi Vanidah dibuatnya.Pelik pula Vanidah tengok lepas tengok isi surat itu bukan main lagi Puan Elora bersorak riang.

"Akhirnya Chung lepaskan i...dia nak bercerai dengan i besok...senang sikit i dekat dengan Hans..i sangat happy lar Vani...!"Ujar Puan Elora teruja sambil melompat-lompat dan bertepuk tangan suka. Mulut Vanidah
terlopong lalu ditutupnya cepat-cepat takut lalat masuk pula.

Ya lar siapa tak sangka mereka akan bercerai padahal dimata orang mereka pasangan bahagia dan romantik.Pasangan serasi lagi...tapi.. kenapa sampai bercerai..!

"You kena fikir baik-baik Lora... perkara cerai ni tak boleh dibuat main-main tahu..!"

"I dah lama tunggu saat ini Vani.."

"You sedar tak you tu bukan muda lagi dah umur 45 tahun...! you tak risau kar harta you akan dirampas.. "

"I tak kisah lar..i tua kar muda kar janji i nak rampas Hans dari Heidi...!harta i adalah Hans.."ujar Puan Elora senang hati,tapi gedik pula Vanidah melihatnya.

"Tuan Chung kan lelaki baik...!"

"Nanti i dah bercerai dengan dia besok...you ambil lar dia..hahaha"

"Amboi...banyak sedap mulut you suruh i ambil suami you...i dah ada Farid lar..!" Rungut Vanidah geram pada wanita yang duduk didepannya sekarang.

Puan Elora meraup mukanya tidak mahu lagi mengingati perbualaannya dengan Vanidah minggu lalu.

Terbit rasa kesal juga dia melepaskan lelaki kaya itu dan ini membuatkan Datin Agahta sangat marah padanya kerana sekali lagi plan mereka gagal sebab kebodohaannya sendiri mengambil keputusan tanpa memikir kan apa yang terjadi nanti.

"Yang you bodoh bersetuju minta cerai pada Chung kenapa..!! habis lar plan kita..!! you tahu tak disebab kan kebodohaan you ni kita dah terlepas semua harta Hans...!!"

"I memang dah lama tunggu Chung ceraikan i...i tak bahagia dengan dia lar...!!"

"Siapa yang tergedik dulu pada Chung kalau bukan you..!! siapa yang merayu-rayu pada i dulu..hingga you fitnah Chung meniduri you...!!kalau dah rahu tak bahagia dengan anak i kenapa you gatal sangat nak kawin dengan Chung.." Marah Datin Aghta pada Elora. Elora terdiam.

KERANA DENDAMWhere stories live. Discover now