KERANA DENDAM-16

1 0 0
                                    

BY : SEFFANO KAVANA

KERANA DENDAM

BAB 16




Apa yang Donna fikirkan memang betul-betul terjadi semua beg sekolah diperiksaa oleh pengawas sekolah, Heidi pandang Donna,Donna angkat bahu saja.

Tetapi Donna tahu ini mesti Elora yang lapor sebab tadi Donna ternampak Elora senyum sinis bersama Lilly tadi.

Patut lar Chung mengambil duit itu tadi,semasa dia hendak ke tandas tadi.Donna memang terkejut juga tadi takut pun ada juga.

"Duit ni nanti aku bagi awak balik, lepas balik sekolah faham...awak dalam bahaya..!"ujar Chung serius ,Donna terkaku juga bila Chung sedikit membungkuk dan merenung matanya..alahai.. romantik gitu...!

"Donna..!! mana beg awak..!" ujar Khairul selaku ketua pengawas disekolah itu.Donna mengambil begnya dan Khairul merampas begnya dengan kasar lalu diperiksaanya.

Tapi mata Khairul tajam memandang kearah Elora dan Lilly.Kedua-dua gadis itu tertunduk malu.

"Elora,Lilly awak berdua ikut aku sekarang..!!" Tegas Khairul. Semua pelajar terdiam ya lar kalau Khairul sudah marah dan bertegas begitu semua menjadi takut guru disiplin pun kalah dengan kegarangan Khairul itu.Garang macam komander pula.

Elora dan Lilly mengekori Khairul dari belakang dan empat pengawas juga mengikuti Khairul tapi mereka berada paling belakang takut dua gadis itu meloloskan diri pula.

Elora memaki hamun dalam hatinya bila dia dan Lilly dihukum mencuci tandas guru setiap hari selama seminggu.Siap diawasi oleh Mak Rina tadi.Ya lar dia dan Lilly dikira buat fitnah keatas Donna dan Hans tadi,jadi sesuai lar hukuman yang mereka terima.

Kelas Hans juga di spot Cheak tadi tetap juga tidak menemui apa-apa sampul yang dilapor oleh Elora dan Lilly tadi.Chung juga diperiksaa tetap saja tiada.

Dimana pula Chung sembunyikan sampul surat itu.Wajahnya tetap tenang saja.

💙💙💙💙💚❤❤❤💚💙💙💙💙

Heidi terkejut bila Hans menarik kerusi didepannya dan warna baju biru mereka juga sama dan itu adalah baju untuk pasangan kekasih. Donna pura-pura tergaman,lalu cepat-cepat menutup mulutnya.

Hans hanya tersengih dan dengan selamba saja dia menarik buku latihan Heidi,Chung dan Alex hanya tersenyun-senyum saja.

"Awak berdua ni pasangan kekasih kar..."ujar Neo tumpang gembira.

"Ti.."

"Yup...Heidi kekasih hati saya..dan kami dah seminggu jadi kekasih..."

TAP..!!!

Heidi memukul meja itu dengan keras semua mata memandang kearah mereka Donna dan Neo berpura-pura berbincang begitu juga dengan Alex dan Chung.Heidi menjadi malu bila dipandang begitu.Hans berdiri lalu membungkuk macam orang korea dan jepun pula.

"Sorry..! aku pukul semut..!" ujar Hans lalu berpura-pura mengambil sesuatu dimeja lalu dijentiknya dan meniup jarinya.Semua orang didalam perpustakaan itu percaya dan kembali membaca seperti biasa.

Heidi pandang Donna dengan tajam sekali dan Donna buat-buat tidak tahu pula tapi bukan main erat lagi dia gengam tangan Neo,Neo juga diam-diam takut Heidi memarahi mereka berdua pula,padahal,Neo tidak tahu apa-apa yang berlaku.Heidi mengemas buku-bukunya lalu berlalu pergi.

"Sayang..!!"Panggil Hans dengan suara agak kuat.

"Syyyttt..!!"

Hans hanya tersengih macam kerang busuk.Alex dan Chung menahan tawa.

KERANA DENDAMWhere stories live. Discover now