KERANA DENDAM- 20

2 0 0
                                    

BY : SEFFANO KAVANA

KERANA DENDAM

BAB 20



Datin Aghta terkejut melihat pelawat yang datang melawatnya hari itu, tubuhnya mengigil bila duduk berdepan dengan lelaki itu nasib baik ada penghalang diantara mereka. Kalau tidak sudah pasti lelaki itu membunuhnya.

Wajah pelawat itu amat serius dan menatap tajam ke wajah Datin Aghta. Wanita itu tertunduk takut. Tangannya mengigil takut,polis wanita itu hanya memandang reaksi Datin Aghta lalu berdiri tegak dibelakang Datin Aghta.

"Berani-berani you sentuh cucu aku..!! kalau Chung tak cerita semua apa yang berlaku dalam keluarga aku..aku tidak akan tahu kalau cucu aku menderita selama ini...!! disebabkan you..pengkianat..!!!" Bentak lelaki itu dengan wajah yang serius.Datin Aghta telan liur.

"I mi...mint...minta maaf.."ujar Datin Aghta takut-takut.Tergagap-gagap dia menjawab soalan lelaki itu.Wajah lelaki itu cukup bengis sudah cukup buat perutnya kecut.

"Sekarang baru awak nak minta maaf..!! kenapa bukan dari dulu hah.. perangai sombong dan tamak kau tak pernah berubah sejak dari dulu lagi..!! "
Bahu Datin Aghta terangkat bila mendengar herdikaan lelaki itu. Mahu saja dia lari dari situ.

"Si...simon i minta maaf..!"

Simon tersenyum sinis tetapi renungannya sudah cukup buat perut Datin Aghta kecut.Tubuhnya juga mengigil ketakutaan.Macam mana lelaki ini boleh bebas..!!

"You pasti tertanya-tanya siapa bebaskan aku kan...!!"

Datin Aghta hanya mengangguk tapi tidak berani memandang wajah Simon.Terkejut juga dia bila lelaki itu berjaya membaca fikirannya.

"Chung,Hans dan suami you yang bebaskan aku...you tak tahu kar selama ini suami you tu adalah orang kepercayaan aku dan spy aku...segala gerak-geri you selama ini aku dah tahu..! you terlalu taksub pada harta isteri aku..!! hingga you sanggup bunuh isteri aku.. dan cuba bunuh cucu lelaki aku..!"

"I tak bunuh isteri you...dan i.. i ta..tak bu.bunuh Hans..!! lagipun mayat isteri you hilang.."

Simon hanya tersenyum sinis sebab Datin Aghta tidak mengaku tetapi kenapa dia tahu kalau mayat isterinya hilang.

"Macam mana awak tahu yang mayat isteri aku tu hilang.."

Datin Aghta tersentak lalu mengelabah takut ,Simon tertawa kerana Datin Aghta terkantoi sendiri dengan penafiaannya.

"I..i dengar dari mulut Chung sendiri"

"Bila Chung bagitau you...!"

Datin Aghta terdiam lalu menangis sebab dia sedar kini dia berhadapan satu masalah besar pula.Lagipun masa itu Chung masih kecil lagi saat itu, Chung baru berusia 4 tahun saat itu. Datin Aghta terperangkap..!!!!

"You terlalu jahat Aghta..you sedar tak you tu hanya isteri kedua Ben...you cuba Pisahkan Ben dari Queen..tapi you silap Aghta..! Ben lebih sayangkan Queen berbanding you..you juga cuba bunuh isteri Ben bila you tahu yang Ben tak menyintai you,tapi...aku telah ubah plan kejam you tu...aku sengaja buat perjanjiaan antara you dan Ben.. kalau Queen mati sesen pun you tak akan dapat tapi kalau Queen hidup semua harta akan jatuh ke tangan you jika you ada anak dengan Ben..tapi Queen lebih dulu hamil.."

"Rupanya you yang rancang semuanya..!! jika Queen hamil sesen pun i tak akan dapat tapi kalau i hamil i juga akan dapat hak i tu..harta tu milik i..!"Marah Datin Aghta.

"You tak pernah dapat harta tu...you terlalu tamak Aghta..you juga berkerjasama dengan Elora yang sama dengan sikap tamak dan dendam you tu pada keluarga aku.. you berdendam kerana menyangka bapa i yang bunuh bapa you...you dah silap !! yang bunuh bapa you tu adalah selingku ibu awak...!!" Ujar Simon tegas.

KERANA DENDAMWhere stories live. Discover now