Picu pistol ditarik apabila mendapati sasaran yang hendak ditembak.
"Je te vois..3..2..1" (I see you)
BANGGGG!!
"Gotcha" senyuman di hujung bibir diangkat sedikit apabila mengena sasaran yang telah ditembak.
"ROSE!!!" panggil seseorang.
Rose menoleh kebelakang sambil mengangkat kedua-dua keningnya apabila terdengar seseorang memanggil. "Ada apa Aiqar?" sahut Rose.
"UISHHH HEBAT LA KAUUU!!" puji Aiqar.
ye, Aiqar atau dikenali sebagai bff aku lah. dia tu beza dua tahun je dengan aku.
"heh" sengih Rose apabila dipuji sebegitu. Maklumlah dah lama buat kerja macam ni.
"Macam mana dengan kerja kau? okay?" soal Aiqar.
"okay je..kenapa?" jawab Rose sambil mengemas barang-barangnya.
"Tuan Eriq nak jumpa kau dekat office balik nanti" kata Aiqar sambil menyilang tangannya ke dada.
"okay" balas Rose yang hendak pulang. Rindu akan tilamnya yang empuk tu. arghhhh tak sabar!! "Yang engkau tak nak balik ke?" soal Rose apabila melihat Aiqar yang masih tercegat di tempatnya.
"eh mestilah nak" balas Aiqar apabila tersedar dari lamunannya. Rose cuma geleng kepala melihat tingkah laku Aiqar.
Pintu diketuk. "Masuk" jawab Tuan Eriq. Tombol pintu dipulas dan Rose melangkah masuk apabila mendapat arahan dari Tuan Eriq.
Tuan Eriq mengangkat kepala apabila mendengar seseorang melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya.
"Duduk" arah Tuan Eriq. "Ada apa tuan panggil saya?" soal Rose.
"by the way saya dah agak apa yang awak nak tanya saya kenapa saya panggil awak untuk masuk ke dalam bilik saya" Rose hanya memasang telinga . "Saya ada tugasan yang awak perlu selesaikan di satu tempat ni" sambung Tuan Eriq.
"Tempat apa tu Tuan?" soal Rose.
"Kelab.. ada satu kumpulan anjing ni buat masalah dekat kelab" jawab Tuan Eriq.
"Masalah apa?" soal Rose lagi.
"Dekat sana ada satu kumpulan anjing ni agih dadah dan buat perempuan simpanan as pelacur" terangnya.
"Okay dan siapa lagi yang akan jalankan tugas ni?"soal Rose.
"Awak, Aiqar dan ada lagi empat orang yang akan ikut kamu" jawab Tuan Eriq. "Saya pilih awak pun sebab awak memang mahir dan pandai handle bab-bab ni" sambung Tuan Eriq. Rose hanya mengangguk.
"Baiklah kalau macamtu tiada apa-apa lagi yang awak nak tanya. Awak boleh mula tugasan ini lusa malam. You may leave" katanya lagi.
"Terima kasih tuan" kata Rose. Tuan Eriq hanya mengangguk tanpa menoleh ke arah Rose sambil menyambung tugasannya yang tertangguh.
"Haih" keluh Rose sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik itu.
"Uit" cuit Raisya. Ha Raisya ni jugak bff aku sama macam Si Aiqar tu lepastu couple dengan bestfriend sendiri. Pelik kan?
"Kau kenapa keluh semacam?" tanya Raisya.
"Aku ada kerja lusa malam nanti dekat kelab.. aku baru nak plan cuti ni nak buat apa." kata Rose.
"Tabah lah Rose. Anggap je kerja overtime. Baru dapat gaji banyak." kata Raisya sambil menepuk bahu Rose. Rose hanya mengangguk lemah.
"Jom lah aku belanja kau makan. okay?" ajak Raisya. Soalan hanya dibalas dengan anggukan.
"Wei kau nak makan apa?" soal Raisya kepada Rose sesudah sampai di depan pintu restoran. Baru Raisya hendak menolak pintu itu.
Pintu ditarik daripada dalam. Terpampang figura seseorang dihadapan mereka.
Terlopong mulut Raisya apabila melihat seseorang yang tak dikenalinya berdiri di hadapan Raisya 'Uishh handsome betul mamat ni.' Dalam hati Rose menyumpah seranah apabila melihat kawannya yang tidak tau malu hanya tercegat di hadapan pintu masuk itu.
"Daniel ! Yang berdiri depan pintu tu kenapa?" datanglah seseorang lagi figura lelaki di hadapan mereka.
Lagilah mulut Raisya melopong. HAHAHA. 'Uishh ni manusia ke bidadara? handsome semacam.'
Seorang lagi lelaki yang berdiri dihadapan pintu pantas menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. Rose pantas menampar perlahan bahu kawannya. "Woi sampai bila kau nak tercegat depan pintu ni?!" marah Rose sambil menatap tajam ke arah Raisya.
"Ehh sorry sorry!" pantas meminta maaf apabila tersedar dari lamunannya.
"It's okay.. not a big problem." Daniel hanya tersenyum dengan tingkah laku Raisya sebelum melangkah meninggalkan tempat itu.. 'Alahai jangan senyum macamtu aku ni dah la dah ada bf'
Seorang lagi figura yang bersama dengan Daniel itu hanya memandang mereka datar dan meneruskan perjalanannya.
"Perghh bapak kerek mamat tu.. rasa nak hempuk je dengan beg tangan aku" kata Rose sambil menyilang tangannya ke dada.
"Alah kerek-kerek pun tetap handsome" nafi Raisya sambil melangkah masuk ke dalam restoran.
"Apa-apa aje lah" kata Rose sambil menjulingkan matanya ke atas dan mengekori Raisya dari belakang.
okayyy akk story? 😩 too cliché siakk!!
dah jangan lupa vote !! ya gaisek 😧💓🤭🙄😃❤️😭💀promote la story gwe ni awak! 😲
murah rezeki!! - author yang pandai berkarya 😙✌️
YOU ARE READING
Fariq Rayqal's
ActionFariq Rayqal bukan orang yang biasa- biasa. Seorang jutawan a.k.a CEO yang memiliki aura yang sangat dingin. Tidak memiliki mana-mana perempuan atau boleh dikatakan anti-woman. Ya, itulah personalitinya. Kalau lalu bukan sekali pandang tapi lebih...