Splash!
Simbahan air mengejutkan gadis yang sedang tidur itu terjaga.
"Hoi! Bangun!" Jerkah seorang lelaki sambil memegang baldi yang kosong kerana menyimbah air ke wajah Rose.
Rose dengan tercungap-cungap mengambil nafas. Kus semangat. Rose melihat tempat disekelilingnya dengan perasaan yang sungguh hairan. Tempat asing dimana dia tidak pernah berada sebelum ini. Persoalannya diamanakah tempat dia berada sekarang ini?
"Well, look who's here. Pembunuh upahan yang paling hebat di negara ini." Suara yang memecahkan suasana hening itu mengambil perhatian Rose.
Wajah yang sedang merenungnya dengan pandangan tajam.
"KAU NAK APA DARI AKU ?!" Jerit Rose. Dia terkejut apabila dia bangun, dia sudah diikat dikerusi.
"Wo wo. Relax lah. Kau tanya aku nak apa dari kau? Kau yang sepatutnya tanya diri kau kenapa kau ada kat sini!!" Jerkah Fayro dengan wajah yang bengang.
"KAU CARI MASALAH DENGAN BOS AKU! Kau ingat aku tak tahu apa misi kau sekarang ni?" Sambung Fayro sambil mengangkat sebelah keningnya tanda menyoal aku.
Deruan nafas Fayro dapat aku rasa kerana Fayro betul-betul jerkah didepan aku.
Bos? Adakah Fayro ini... Huh, jangan-jangan.
"Kau nak tahu macam mana boleh terbongkar? Huh. Sebab kau punya kawan yang bodoh."
Kawan? Siapa? Kata-kata Fayro memeningkan lagi pikiranku yang sudah buntu ini. Raisha? Aiqar? Olen? William? Atau yang lain?
Tawa Fayro melihat aku yang sedang bingung memikirkan siapa yang dimaksudkan kawan itu.
"Hahaha. Sabar ye, nanti kau tahu juga." Serasa mahu menumbuk mukanya tetapi tiada apa yang boleh dia lakukan.
Pada masa yang sama aku perhati disekeliling tempatku untuk mencari cara melepaskan besi yang diikat ditubuhku.
"Oh ya, kejap lagi bos aku nak datang so behave ye. Sebelum tu, aku nak tengok alat mana yang aku nak bagi dekat bos aku." Fayro tersenyum sinis melihat aku.
Dia melangkah ke arah suatu tempat dimana terdapat berbagai alat senjata api seperti rifle, glock, revolver yang digantung dari kecil hingga ke besar.
Manakala disebelahnya pula, ada berbagai jenis pisau yang tersusun dan tempat pengasahnya juga ada di situ. Di bawahnya, terdapat satu peti yang aku pun tidak tahu.
Fayro yang sedang membuka peti itu aku perhati. Nampak seperti peluru. Haish tak akan nak tembak aku. Yang aku tahu, kelajuan peluru senapang berbeza antara 600 dan 5000 kaki (180 dan 1500 meter) sesaat. Sesetengah peluru boleh mengenai sasaran sejauh 6000 ela (5000 meter).
Klak!
Bunyi seperti pintu terbuka menarik perhatian aku untuk melihat figura yang sedang melangkah maju ke arah aku.
Aku tidak dapat melihat dengan jelas kerana lampu metol betul-betul diatas kepala aku dan membuatkan mataku menjadi silau. Tambahan pula, figura itu berdiri statik ditempat yang gelap.
"Haha." Tawa dia melihat aku yang diikat dan tidak boleh berbuat apa-apa. Sambil itu, dia menyeluk tangannya ke dalam kocek seluarnya.
Dapat aku lihat urat-urat yang timbul dilengannya.
"Chaton." Katanya dengan suara yang mendalam.
Suaranya macam aku pernah dengar. Jangan-jangan...
.................................................................
Hi! Yang mana dah baca cerita ni. Author tak tukar apa-apa pun cuma mungkin ada segelintir yang akan author tukar cerita dia. So yang ni author tambah prolog aje. Okay tu je . Bye 😼❤️
YOU ARE READING
Fariq Rayqal's
AcciónFariq Rayqal bukan orang yang biasa- biasa. Seorang jutawan a.k.a CEO yang memiliki aura yang sangat dingin. Tidak memiliki mana-mana perempuan atau boleh dikatakan anti-woman. Ya, itulah personalitinya. Kalau lalu bukan sekali pandang tapi lebih...