Aku terjaga dari tidurku. Mata aku gosok bagi menstabilkan penglihatanku yang kabur ini.
15 minit aku mengambil masa untuk siap mandi dan mengambil sarapan Raisya buat. Raisya punya masakan memang top 2 lah lepas masakan ummi. Haha. Mesti kena dahulukan ummi dulu. Balik minggu ni boleh lah merasa air tangan ummi yang aku rindu. Wah, tak sabar.
"Bahh!!" Lamunan ku terhenti apabila Raisya menyergah aku dari belakang. Aku apa lagi, terkejut. Nasib tak terpelanting cawan kaca ini. Sudah lah ada air panas. Tidaknya melecur nanti tangan aku yang cantik ni. Heh.
"HAHAHA." Gelak Raisya apabila melihat aku yang sikit lagi mahu terjatuh dari kerusi dengan riak terkejut. Aku menggeleng kepala tatkala melihat Raisya yang seronok sangat kenakan aku. "Termenung apa tu?."
"Tak da apa. Rindu masakan ummi je." Keluhku perlahan seraya mencicip air teh panas.
"Ouhh, rilek ahh brader. Air tangan aku kan ada." kata Raisya dengan memikirkan masakan dari air tangan sendiri. Raisya tidak apalah juga kerana rumah keluarganya dekat. Tiap-tiap hari boleh balik rasa air tangan ibunya.
"Kau tak apalah boleh balik jenguk mak kau tiap-tiap minggu.. aku ni rasa macam sebulan sekali saja."
"Okay okay. Whatevahh." Raisya mengangkat kedua tangannya tanda pasrah.
"Yang kau ni. Dah kemas baju ke belum? Esok dah nak balik." soal Raisya.
"Eh yang kau ni, sibuk je tanya hal aku. Yang kau tu dah kemas baju ke belum? Kau nak ikut aku jugak kan?" Rimas.
Raisya tersengih mendengar soalan dari sahabatnya itu. Ye la, nak tahu pun salah. Esok kan mahu bertolak pergi ke rumah umi Rose.
"Alaaa.. apa salahnya?"
Rose meletakkan cawan yang sudah kosong ke dalam singki lalu membasuhnya. Rose mengelap tangan dengan kain pengelap yang sudah tersangkut di tepi singki.
Raisya hanya melihat tindak-tanduk Rose mengambil kunci kereta sambil mencicip air milo panas dibuatnya sebentar tadi.
"Pergi mana dia tu?" soal Raisya perlahan melihat sahabatnya keluar dari rumah dengan tergesa-gesa.
"Cepatlah. Yang kau tengok-tengok aku ni pahal?"
"Cepat pergi mana?"
Aih si minah ni memang tak tengok jam ke apa?
"Kerja lah bongok. Lambat aku tinggal. Ciao. "
"Eh eh, tunggu lah aku!" Raisya meneguk rakus air yang sedang diminumnya walaupun masih suam-suam panas. Panas tak panas, tibai aje.
"Woi!" Jerit Raisya lagi. Macam anjing panggil kawannya pula.
Rose di dalam kereta sudah merengus kasar. Lambat betul minah ni. Getusnya di dalam hati. Rose tidak tahan dengan Raisya yang terpekik memanggil namanya terus menekan hon kereta berkali-kali. Mahu tergelak Rose melihat gelagat Raisya yang tergesa-gesa mengunci pintu rumah tetapi ditahan dengan muka marahnya.
"Haih lambat betul lah kau ni." ujar Rose sambil menahan diri daripada meletuskan tawanya.
"Ceit, kau la punya pasal." Ei geram betul. Getus Raisya.
"Aih, apa salahku? apa salah ibuku?" Rose yang mula menyanyi itu terletus habis gelak tawanya. Suka mengusik sahabatnya.
Raisya apa lagi? Masam mencuka lla mukanya. Haha.
"Daniel, kau sudah siap tarikh temuduga untuk orang-orang yang nak bekerja di sini?" soal Fariq kepada pembantunya tentang temuduga yang bakal diakadakan di syarikat miliknya itu.
YOU ARE READING
Fariq Rayqal's
ActionFariq Rayqal bukan orang yang biasa- biasa. Seorang jutawan a.k.a CEO yang memiliki aura yang sangat dingin. Tidak memiliki mana-mana perempuan atau boleh dikatakan anti-woman. Ya, itulah personalitinya. Kalau lalu bukan sekali pandang tapi lebih...