Bab 1

334 76 41
                                    

2 Tahun sebelumnya...

              Qasha melangkah turun tangga rumah dengan penuh berhati-hati. Hari ini dia ada interview di salah satu kedai cafe yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Hati penuh rasa debaran, tak tumpah juga dengan rasa semangat baru yang ditanam dalam diri.

Ini merupakan pekerjaan pertama yang dia ingin cuba dapatkan selesai sahaja tamat pengajiannya selama 2 tahun. Kini Qasha berumur 20 tahun. Umur yang sesuai untuk memulakan dunia pekerjaan.

"Selamat pagi ibu," sapa Qasha ramah kearah Puan Mawar, ibu kandungnya Aqasha Nurin.

Kerusi sebelah Aqasha Marina ditarik sebelum gadis itu terus melabuhkan punggungnya. Aqasha Marina merupakan kakak kembar kepada Aqasha Nurin. Muka mereka sangat mirip, tidak banyak yang berbeza tetapi masih boleh membezakan antara mereka berdua. 

Aqasha Nurin tampak lebih tinggi berbanding kakak kembarnya yang hanya 162cm. Manakala ketinggian Aqasha Nurin mencecah sehingga 168cm. Selain daripada ketinggian, perangai mereka juga bagaikan langit dan bumi. Bukan terlalu buruk sangat, cuma Aqasha Marina lebih sopan dan pendiam berbanding adiknya.

"Ibu harini Qasha ada interview," nada Qasha jelas terdengar ceria. Memang sudah lama dia impikan untuk bekerja di cafe itu. Sejak zaman kolejnya lagi.

"Ouh ya ke? Buat elok elok, selawat banyak banyak" kata Puan Mawar yang sibuk membasuh peralatan memasaknya sebentar tadi.

Marina mencedukkan sepinggan mee goreng basah yang baru sahaja selesai dihidangkan oleh Puan Mawar, kemudian pinggan itu dihulurkan pula kepada adik kembarnya itu.

"Jauh ke dik cafe tu?" Soal Marina prihatin.

"Tak jauh sangat pun. Dalam 20 minit dari rumah" jawab Qasha, senyum. Pinggan itu disambut.

"Lepas tu kan kak..."

"Hah Rina, apa cerita dengan kerja haritu? Okay? Boss kakak okay tak?" Laju Puan Mawar memotong percakapan Qasha. Senyuman di bibir Qasha mula kendur. Sedikit terasa namun cepat cepat dia menepis perasaan itu.

Tak apa, dia dah biasa.

"Okay je ibu, boss semua okay" jawab Marina mendatar, sesekali matanya melirik kearah adiknya yang sudah terdiam. Bukannya dia tidak perasan keluarganya ini terlalu memilih kasih. Dirinya sering dimanjakan sehingga kadang kala Aqasha Nurin terabai.

"Boss kau yang kau tunjuk haritu ke dik? Yang hensem hensem tu?" Soal Faris yang baru sahaja melangkah masuk ruang makan. Faris ini merupakan abang kedua mereka. Umurnya juga tidak jauh beza sangat. Hanya tua dua tahun.

"Aah," jawab Marina ringkas sambil menyuapkan mee ke dalam mulutnya. 

Aqasha Nurin hanya diam. Kalau tadi senyuman ceria terhias di seraut wajahnya, kini bibir itu hanya menguntum senyuman terpaksa.

"Fuhyoo, mesti gaji kau besar kan nanti?" Tegur Faryan, merangkap abang sulung mereka yang sudah berkahwin. Tetapi dia masih lagi tinggal dalam rumah ini, memandangkan isterinya duduk jauh di luar negeri atas urusan kerja. Umurnya pula hanya 2 tahun tua daripada Faris.

"Bolehlah, diorang bayar guna Us dollar" jawab Marina acuh tak acuh. Kemudian dia menoleh kearah Aqasha Nurin.

"Adik pergi kerja naik apa? Nak akak hantar kan?" Soal Marina lembut sahaja memujuk. Ingin mengambil hati adik kembarnya itu.

"Adik pe-"

"Eh kau dah ada kerja ke? Kerja dekat mana?" Soal Faris dengan nada yang begitu sarkastik. Sekali lagi percakapannya dipotong.

Qasha menggeleng perlahan.

"Baru nak interview harini, dekat Cafe Sunrose..." jawabnya perlahan. Nada suaranya tenggelam.

BOOK 9 | Berakhir Tanpa Ikatan [SUDAH DIJADIKAN E-BOOK] Where stories live. Discover now