Bab 5

240 46 8
                                    

             Marina tarik sengihan senget. Wajah Qasha yang memerah tak hilang itu dilihat dengan mata yang memincing kecil. Ini pasti ada kaitan dengan bossnya yang duduk bersama Qasha di luar kedai sebentar tadi. Tiba-tiba timbul idea jahat untuk menyakat adik kembarnya itu.

"Qasha suka Sir Danish eh?" Teka Marina selamba. Muka tenang. Air minuman miliknya disedut haus.

"Eh! Mana ada! Sukahati kau je kata macam tu" jawab Qasha laju menidakkan kenyataan karut yang keluar dari mulut Marina.

"Yeke ni? Dah tu kenapa muka merah semacam je? Takkan merah merah sebab nak cendol" masih tidak berhenti. Marina masih lagi cuba mengorek rahsia Qasha.

"Ah kau, tak ada maknanya aku nak suka. Kan baru je jumpa tadi. Takkan tiba-tiba dah suka. Mengarut lah" Qasha tepuk tepuk lembut pipi sendiri. Ish kau ni bila nak hilang merah.

"Love at first sight, maybe" Marina angkat bahu.

"Itu dalam novel bolehlah, real life tak ada" tegas Qasha. Seboleh-boleh ingin menidakkan kata kata Marina. Nak menunjukkan yang dia benar benar bukan seperti yang disangka.

"Hmm bagus lah kalau betul sekalipun, apa salahnya" Marina guman perlahan. Cukup hanya dia sahaja yang mendengar. Nafas panjang dilepas. Entahlah, kalau boleh dia teringin juga melihat Qasha bahagia. Bukannya dia tidak tahu yang Qasha sering makan hati daripada kacil lagi, sejak mereka membesar bersama. Marina tahu, dia nampak. Bukannya dia buta melihat layanan teruk yang Qasha dapat. Tapi hendak melawan keluarga sendiri itu dia belum cukup berani.

"Hi korang? Berdua je? Boleh join tak?" Hampir tersembur, pantas kepala berpaling sebelah. Kini Estella, Aryaan dan juga Danish berdiri betul betul di sebelah meja mereka berdua. Masing-masing tayang sengihan mulut kecuali Estella yang hanya berwajah datar.

Muka yang tadinya sudah redha kini semakin memerah semula apabila bertentang mata dengan Danish.

"Eh, sir. Jumpa lagi kita. Duduklah join sekali. Kitaorang berdua je ni" pelawa Marina sopan, sekali sekala matanya melirik kearah Qasha yang sudah semakin tidak senang duduk. Mereka bertiga terus mengambil tempat. Estella duduk di sebelah Marina manakala Aryaan duduk di kerusi tengah menghadap yang lain. Danish? Selamba je dia duduk di sebelah Qasha. Tak peduli muka gadis itu yang semakin bertukar warna.

"I think i pernah jumpa you. Am i right?" Soal Aryaan memulakan bicara. Wajah Qasha direnung dengan mata yang sedikit mengecil.

Qasha berdehem sedikit membetulkan suara.

"Yeah, orang yang terlanggar air haritu, ingat tak? Dalam kedai ni jugak" berbalas soalan. Aryaan angguk kepala beberapa kali.

"Ooo aah, betul tu. Patutlah macam pernah jumpa. Dan you adik Marina ke?"

"Kembar, Marina akak kembar i" jawab Qasha laju.

"Ouhh, macam tu"

Mata Qasha curi curi melirik ke sebelah. Sekali lagi tatapan mereka bertembung. Menyebabkan Qasha semakin tak tentu arah.

"Kejap eh korang bual bual lah dulu. I nak beli kek kejap. Tiba-tiba rasa teringin" laju membuat alasan, Qasha cepat cepat bangun dari kerusinya. Entah kenapa dia jadi tidak selesa dengan Danish. Jantung asyik berdegup lari dari trek yang sepatutnya. Nak kata ada penyakit jantung tiada pula.

"Hmm pergilah, belikan untuk akak sekali" Qasha angguk kepala sebelum kaki terus membawa pergi.

Sedang asyik leka memilih kek yang disukai, tiba-tiba ada satu gerangan menghampiri Qasha yang sedikit membongkok.

"Kek Red Velvet sedap" sedikit terhinjut, terus kepala Qasha menoleh kearah suara yang amat dikenali itu.

"Errrr, yeke?" Sama seperti tadi. Tiba-tiba sahaja terasa macam kekok apabila Danish datang mendekat. Dah kenapa pulak ikut dia pilih kek! Orang bangun sebab nak lari dari dia. Dia boleh pulak ikut sama.

BOOK 9 | Berakhir Tanpa Ikatan [SUDAH DIJADIKAN E-BOOK] Where stories live. Discover now