10 - Retail and Stress

159 8 0
                                    

Buat apa tu readers? Harap sihat dan tabah menghadapi ujian mendatang.

Dulu aku ada dengar satu quote ni...
"Try to love what you have, Dont try to have what you love"

lebih kurang macam tu la bunyi dia.. So aku pun pegang la prinsip macam tu dalam kehidupan aku menjelang alam pekerjaan iaitu menyayangi pekerjaan aku.

Retail.. Retail ni macam kerja yang jadi cashier apa semua tu kan..👉👈.. kalau tak betoi gtaw aku wei.. satgi malu silap fakta...komen noo..

Yes Aku dulu pernah keja sebagai part time promoter sebagai pekerjaan pertama aku. Waktu tu gaji kira masyuk juga dengan persekitaran kos hidup yang agak rendah sikit berbanding sekarang.

Kerja sebagai promoter ni, macam-macam orang yang akan hang jumpa.. yang pandai,yang pandai-pandai dan yang tak pandai tapi buat-buat pandai pun ada. Waktu aku kerja ni,masih belum zaman pakai mask. Jadi nampak la muka acah mentah dengan pakai baju putih macam budak sekolah menengah nerd dengan spek lagi huhu.
Aku ditugaskan jaga bahagian kasut. Masyuk gak,Rm5.00 per hour. So basically aku dapat Total Rm1169.00 plus Elaun Rm250 untuk sales komisyen. Haha waktu ni dah happy sangat dengan gaji first dan time ni jugak la kereta kena servis.😂

Dalam keseronokan ni, mesti la ada kepahitan di awalnya. Bukan senang nak puaskan hati semua geng promoter yang ada. Kebanyakkan yang masuk kerja ni just lebih kepada 'Nak Duit' bukan 'Nak Kerja' . kiranya mindset kerja tak pernah abes, kerja ikut time, tak payah over buat kerja dah diamalkan. Bagi aku, cukup la aku buat kerja ni bagi menghalalkan gaji aku, supaya berkat dan tak perlu bocor gaji aku nanti sebab kerja tak ikhlas.

So kat sini, aku kenal persekitaran toxic tu apa. Dari customer,pengurusan,dan geng kerja.Jujur cakap sejak aku kerja ramai kata aku cina/siam dan ada ja yang tegur dalam bahasa ni. Aku macam biasa blur. Tang mana part muka aku yang cina/siam pun aku tak tahu. So benda pertama aku tak suka ialah arahan dalam bahasa lain. Contoh, supervisor chinese jadi dia bagi arahan chinese dekat staff lain, dekat kami cakap Bahasa Melayu dan kadang English. Jadi bila aku tak paham ada la staff ni kacuk cina dan siam translate kan. Jadi paham la sedikit sebanyak ada la sindiran yang kami tak paham,dia bocorkan huhu.

Yang kedua, customer. Serius cakap,bila ang kerja bahagian ni baru la hang taw banyak rupanya orang kita yang tak berapa cerdik tapi belagak cerdik.. Tak boleh langsung terima pendapat dan arahan..Contoh bila dah bagi detail size kasut ,harga dan tunjuk semua,dia paham dia nak beli. Bila sampai kat cashier dia cakap lain plak... last-last promoter la salah..

Kes lain bila aku kerja dekat kedai 24jam lak. Dia masuk beli topup rm5 tapi hulur duit rm50 .. adeh nak plak haritu busy dengan budak outing beli slurpee.. Memang duit kecik hampir habes. Nak taknak kena control dan kena tanya pelanggan jika ada duit kecik. Last aku kena sound, "kedai besar tapi duit kecik pun tak dak!!" dah tu.. nama pun kedai bukan tempat tukar duit kecik. Jenuh toi.. sama juga kes beli slurpee hulur duit Rm50. Siap minum depan muka aku dan tunjuk wallet dia semua duit RM50.. ceh..nak bagitahu duit berkepok?

Tu belum kira geng budak sekolah yang scam topup paper tu. Konon beli silap then tukar pastu scam aku yang baru kerja ni. Last2 aku yang kena tolak gaji. Rasa halal dan hebat sangat la tu guna duit cara haram.

So customer ni memang macam-macam ragam. Ditambah pula slogan
"Customers always Right " memang makin melampau.Ada sekali tu zaman kubid-19 (covid-19 😅) Ada orang laki pertengahan umur 40an. Masuk ke kedai tapi taknak spray sanitizer, Dia siap cakap
" Saya tak mau spray, kalau saya x spray saya masuk neraka ka? nak panggil polis ka? berdosa besar ka?"

ni antara contoh customer yang aku paling malas nak layan..Mampu jauhkan diri sebelum aku maki dan kena viral ..

Ada lagi kes yang masuk kedai just untuk sembang, yang ni selalunya warga emas dalam 60 keatas. Mau dekat satu jam jugak dia sembang, Tapi yang ni aku layan ja selagi takda customer lain..pikir positif mungkin depa sunyi ja dan perlu teman berbual di usia ni.

Pengurusan..baik pengurusan sesuatu tempat tu. semakin lama la tempoh operasi dan ketahanan pekerja stay dekat situ. Dalam semua pengalaman kerja aku, akan ada satu kekurangan dari setiap segi tapi diatasi dengan kebaikkan segi yang lain. Pendek kata mustahil la nk jumpa tempat kerja yang perfect.
Jadi pada yang masih ada pekerjaan.. hargailah sebaiknya..jangan terlalu benci dengan perkerjaan anda buat masa yang kritikal ni. Disaat ramai yang hilang pekerjaan.. jadi hargai sebaiknya.. Penat berkerja lebih baik dari penat menganggur..

Dalam tempat kerja juga mesti ada kaki kipas, kaki ampu, kaki report, talam dua muka dan geng bawang.
Pendek kata hampir semua tempat la ada benda ni. Dan ni la punca terjadinya puak dalam kalangan staff. Sebab tu aku jadi ralat sikit bila kerja tempat yang ramai orang ni. Nak kena elakkan join mana-mana puak tapi sebaliknya bersifat neutral... Nak taw satu cerita? Walaupun aku dah jadi macam plu ni.. aku still suka dekat satu budak perempuan dari sekolah aku ni.. nak jadi cerita.. aku minta kerja dekat satu company ni.. dan guess what.. crush aku ni pun keja situ tapi dia ada pangkat tinggi la.. aku punya mood kerja hari-hari memang full la.. sampai satu ketika.. aku dapat tahu.. dia dah ada bf dekat situ dan... bf dia plak lagi muda dari aku..dan lagi menyakitkan nombor whatapps aku tu.. crush aku xsave pun and takda dp.. tapi bila aku tnya member sekolah aku .. yes ada dp crush aku tu terpampang dan status wasap pun ada.. lastly aku amik keputusan.. aku berhenti awal tahun ni.. walaupun kerja susah dapat tapi hati aku sakit sangat..
perasaan yang aku simpan 10tahun ni.. aku kuburkan awal tahun ni.. Kenapa aku tak luahkan isi hati aku sebelum ni? Sebab aku xda kerja tetap..aku lambat sambung belajar dan now aku rasa.. aku memang tak layak untuk dia.. Harap dia bahagia dengan pilihan hati dia.. orang kata hidup xselalu indah kan.. tapi bagi aku.. memang tak indah pun.. im a failure ..tak da apa yang dibanggakan pun... nite dunia...

Kisah Aku 2 : SendiriWhere stories live. Discover now