12 - Kawan, Wasap Group, dan Impian

129 6 0
                                    

Haha, kerap pulak si penulis ni mengeluh kan. Mana taknya topik ni memang sebati dengan aku.
Aku akui aku bukan orang senang,tak pandai, dan banyak merungut.. tapi dalam ni ja aku merungut. Real life aku sorang yang ceria, suka usik orang dan no sad emotion untuk dipamerkan. Bagi aku, aku anggap ni sebagai terapi untuk lepaskan tekanan dan perasaan aku.

Aku mula topik pasal ni, punca topik ni dibangkitkan sebab wish birthday. Simple kan.Benda remeh ja pun. Tapi benda remeh ni memang aku peduli pun dari sekolah lagi. Semua list birthday kawan aku,aku ingat dalam kepala bukan dalam buku or handphone. Ya,aku sanggat peduli pasal kawan-kawan aku.,tapi sampai satu masa aku rasa.. better aku kecilkan bulatan dan persekitaran aku.. Pernah kan orang cakap kualiti lagi baik dari kuantiti. Tapi tak dinafikan berkawan biarlah beribu or puluh ribu atau ratus ribu sekalipun..tu memang penting sebab kita tak selamanya duduk ditempat yang sama. Mungkin bila dah bekerja terpaksa pindah jadi kita dah pun ada kawan yang ramai xkisah la dimana pun kita berada.

Hujung tahun lepas ada sorang kawan aku ni birthday dia ngam 31/12,dan dia perempuan. So aku pun ambik first step untuk wish dalam group whatapps dengan harapan dapat jadi orang pertama dan dapat alertkan member lain harini birthday member kita. Haha, tapi perasaan gembira dan teruja aku berganti kecewa dan rasa bodoh amat. Chat aku pukul 10.00am dan seen oleh si tuan badan pada pukul 10.38am tapi tiada respon.. haha. tu la beriya lagi.. Mesti korang akan kata lenkali wish personal kan.? Aku memang takkan wish personal sebab dia perempuan dan tak elok kalau bf or kawan laki dia nampak time spotcheck hp kan. Lagipun better group ,apa guna group kalau sunyi sepi dan posting politik saja?

Aku pun sekarang ni memang tak ambil port untuk ingat birthday lagi dah sebab tak dihargai macam ni la. So bergantung pada Fb reminder.Aku not into Ig dan twitter. So benda tu pun berlalu tanpa sebarang reply dari birthday Girl mahupun ahli group... Dan semalam sekali lagi.. Ada birthday Boy pulak. Aku pun wish benda yang sama cuma awal sejam... haha guess what.. feedback yang sama.. Tiada respon dari birthday boy mahupun ahli group. Yang seronoknya,si birthday boy tu update story tengah enjoy dekat starbuck dengan member sejam kemudian 🤣..
Mungkin busy?? Haha bukan.. tu bukan busy . tu ignore.. Kalau kau busy macam mana sekali pun. A simple 'tq' tak sampai seminit pun. Haha...dan wish brithday girl dan boy tu atas bawah ja dalam whatapps group tu.. krik2 ..

Aku sedar sebab aku ni tak kerja tetap, pelajaran tak pandai. Study pun level-level bawah ja. Mungkin aku tak layak dan memang tak setaraf kalian semua.. Dalam tu banyak Pengurus ,supervisor, accountant, broker. haha.. yang cikai aku sorang ja.. jadi aku paham kenapa dan mengapa layanan sebegitu diberikan.

Ok. Berbalik kepada kisah sorang lagi kawan aku,kami takda la rapat mana pun. Just rapat time sekolah rendah,bila sekolah menengah dan beza kelas memang jarang la jumpa dan tegur.Dia ni dulu tak la pandai macam aku jugak. Tapi dia pandai cari peluang hidup. Kalau dulu, orang asyik ejek dan hina dia, Sekarang dia dah jadi boss dan mengajikan ramai pekerja dekat restoran dia sendiri. Dah ada brand pun. Cawangan pun dan 3 dekat Semenanjung ni. Dan macam biasa banyak la umang-umang yang dulu benci sekarang sanjung dia. Apa yang dia buat semua pakat puji dan puji. Haha...kenapa manusia senang sangat berubah?? Aku pun ada impian.. tapi bila cerita ramai yang ketawa.. ramai yang sindir.. tak da yang nak bagi sokongan dari apa segi sekali pun.. Dalam ramai2 kawan sekolah aku tu.. sorang dua ja yang masih stay contact.. tu pun sebab aku dekat kot.. kalau tak memang xda la jawabnya. Kalau tengok wayang pun sendiri, apa ada hal haha. berdikari la Fizi..

Stay safe guys.
Take care..

Kisah Aku 2 : SendiriWhere stories live. Discover now