Duhai gadis solehah,
semesta tahu itu.Semesta tahu kamu itu gadis yang solehah, segala-galanya syurga untukmu dan layaknya hanya kamu yang peroleh.
Lalu tinta ini kutitipkan buatmu untuk berpesan kepadamu.
Berpestalah di syurga.
Berpestalah hanya dan selamanya di syurga hakikiNya sahaja.
Di sini, kamu buktikanlah pada Rabbmu bahawa kamu sangat-sangat layak untuk miliki Firdausi!
Buktikanlah, kamu itu mampu bersaing dengan bidadari syurga!
Buktikanlah, berikan keyakinan itu pada Rabbmu agar Dia bersenang hati berikan syurga tercintaNya buat kamu, sayang.
Dengan cara,
Bercinta denganNya.
Beri, hati kamu itu seluruhnya kepada Dia.Cukup itu.
Maka, kamulah permaisuri Firdausi.12 JamadilAwal 1443
17 Disember 2021
YOU ARE READING
Warkah Mimpi
ŞiirKe hadapan kamu, bait aksara ini aku tuliskan tatkala malam menjelma dan kekal menjadi secebis warkah lembaran lalu terbang menerobos mimpi-mimpi yang tidak beralamat ini bukan puisi tohmahan, sayang, ini ialah warkah mimpi aku yang tidak kesampaia...