Hari semalam,
Mahajana kata,
Mahkota itu indahnya pada lunak suara.Hari ini,
Mahajana kata,
Mahkota itu cantiknya pada lenggok badan.Hari esok,
Mahajana kata,
Mahkota itu anggunnya di dada.Hari lusa,
Mahajana kata,
Mahkota itu menariknya di lengan.Hari tulat,
Mahajana kata,
Mahkota itu lawanya di tubuh kaki.Mahajana terus berkata,
Entah apa yang kekal jelita.Oh
Rupanya mahajana lupa,
Sampai bila-bila pun,
Mahkota itu jelitanya di atas kepala,
Dijunjung tinggi dijulang megah,
Menjatuhkan seluruh mahkota mahajana dan seisinya.Sekali lagi,
Jangan leka memahkotai diri,
Takut ada hamba yang melupai,
Bahawa engkaulah permaisuri yang bermaruah tinggi.19 JamadilAwal 1443
24 Disember 2021
![](https://img.wattpad.com/cover/295289122-288-k307276.jpg)
YOU ARE READING
Warkah Mimpi
PoetryKe hadapan kamu, bait aksara ini aku tuliskan tatkala malam menjelma dan kekal menjadi secebis warkah lembaran lalu terbang menerobos mimpi-mimpi yang tidak beralamat ini bukan puisi tohmahan, sayang, ini ialah warkah mimpi aku yang tidak kesampaia...