Si Mawar

23 6 4
                                    

Puisi ini aku tuju khas setelah menyaksikan ketabahan engkau dalam kehidupan , Aida Umairah.

Ditulis pada 2021.



Sinar bahagia terang memancar
Menyinari mawar yang tersenyum mekar
Datang ribut datang kilat,makin melebar
Biar air mata si mawar biar
Kerana pada akhirnya
Mawar yang memeluk mawar.

Kumbang hadir meminta simpati
Si mawar memberi tak hirau duri
Sayang, duri melukai sendiri
Jauh dalam lukanya
Duri hati menghangat sendiri
Jauh dalam lukanya
Si mawar terus memaksa.

Si mawar bukan gembira
Si mawar bukan berduka
Cukuplah bahagia si mawar cuma
Punya kelopak syukur yang mendewa
Punya rama-rama tersayang bersama
Punya duri hati yang menerima
Punya Tuhan yang selamanya.

Ketahulah si mawar
Bahawa ada yang mendengar
Ada yang setia memerhati
Ada yang semakin mendekati
Hakikat kamu tidak sendiri
Hanya bersama rama-rama yang memahami
Ada, si Dia ada
Pandanglah zatNya
Kerana bagaimanalah nasib si mawar
Berdiri tanpa tabahnya si Dia?

Buat kamu si mawar sayang,
Teruskan berjuang,
Kerana Tuhan sentiasa sayang.

23 Julai


Warkah MimpiWhere stories live. Discover now