Hatiku direntakan fiil mereka .
Tidak tahukah mereka? Hati ini jerlus ibaratnya
Kendatipun berjingkit berjenang dipagari onak berduri,
kebal menepis sakaratulmaut duniawi,sarunglah kaca mata nurani,
hakikinya bumantara sahaja sudah menendang adrenalina
membawa jauh bersama rengsa yang dikejar upas khayalan.Jika kalian ingin mendesah,
maka binalah dewal semalam.Aku tidak mahu kalian terlarik hati ini lagi.
Biarku sendiri menghembus ventilator, mencipta udarakasa.Aku mahu bercinta.
10.53pagi
; 8 Mac 2023
![](https://img.wattpad.com/cover/295289122-288-k307276.jpg)
YOU ARE READING
Warkah Mimpi
PoesíaKe hadapan kamu, bait aksara ini aku tuliskan tatkala malam menjelma dan kekal menjadi secebis warkah lembaran lalu terbang menerobos mimpi-mimpi yang tidak beralamat ini bukan puisi tohmahan, sayang, ini ialah warkah mimpi aku yang tidak kesampaia...