Prolog

334 24 0
                                    

Suasana ballroom hotel terkemuka yang indah dihiasi bunga-bunga ros segar bewarna putih itu meriah sekali dengan kehadiran para tetamu. Rata-rata yang hadir mengenakan pakaian bewarna putih, mengikut tema yang telah ditetapkan di dalam kad undangan. Flash kamera juga tak henti-henti memancar di segenap ruang, masing-masing tak mahu lepaskan peluang untuk merakamkan momen indah itu untuk dibuat kenangan.

Suara imam membaca khutbah tentang nikah kedengaran. Satu persatu perkataan yang dituturkan oleh imam itu masuk ke dalam telinga Amir Hakimi dengan baik. Diangguk-angguk saja tatkala diingatkan tentang tanggungjawab yang bakal digalasnya sebagai suami nanti. Berat rupanya tanggungjawab seorang suami namun dia sudah tiada pilihan untuk berpatah balik, apatah lagi untuk membatalkan majlis ini.

"Sebagai suami dan isteri, masing-masing perlu ada persefahaman. Faham dalam erti kata saling membantu antara satu sama lain. Misalnya, jika diuji dengan kesakitan atau kemiskinan, maka bersabarlah. Insya Allah tuhan itu tidak menzalimi hamba-NYA. Berdoa dan berusahalah agar dikurniakan rezeki yang halal serta diberi tahap kesabaran dalam menghadapi cabaran kehidupan"

Dan ketika itu, dia mengambil kesempatan untuk mengerling ke arah pengantin perempuan yang hanya tertunduk diam di atas pelamin. Jadi tertanya-tanya juga dia tentang perasaan yang perempuan itu rasakan pada ketika itu. Tak lama lagi, mereka akan dihalalkan dengan akad yang bakal dia lafazkan nanti.

Adakah perempuan itu bakal redha dengan status yang bakal dipegangnya dan jalani kehidupan sehari-harinya bersama dirinya nanti? Ataupun.. Mampukah mereka bertahan dan mempertahankan perkahwinan yang bakal dibina ini sehingga ke akhir hayat mereka? Entah, dia tak punya jawapan untuk itu.

Pelbagai rasa yang membelenggu dirinya ketika itu sehinggakan dadanya terasa sesak. Harapnya majlis itu akan segera selesai supaya dia bisa beredar dari situ secepatnya.

Hanya Untukmu Cerpen - COMPLETEWhere stories live. Discover now