Pintu executive suite itu dibukanya dengan kad akses ditangan. Selesai menutup pintu, langkah terus diatur ke bilik tidur. Fikirnya, dia mahu terus mandi dan tidur saja. Siapa kata kahwin tu tak penat? Lagi-lagi kena sentiasa berlakon senyum 24 jam di depan tetamu. Penat otot muka, penat lagi nak pura-pura bahagia!
Songkok di kepala dicabut dan diletakkan di atas meja berdekatan dengan katil. Kelihatan, perempuan itu duduk di sofa membelakangi dirinya. Dari bunyi yang didengarnya, dia tahu ada yang sedang menangis sendirian ketika itu. Dia hela nafas panjang.
"Kau menyesal dengan apa yang dah jadi tadi? Kau menyesal sebab kahwin dengan aku?" soalan pertama yang diucapnya tatkala dia cuba menanggalkan jam di pergelangan tangan.
Hanya sunyi yang menyapa pertanyaannya tadi. Dia sendiri tahu jawapan kepada soalan tersebut. "Aku tahu, kita terpaksa buat semua ni untuk keluarga kita. Kau nak happykan keluarga kau dan aku pun nak penuhkan permintaan mummy aku. Jangan risau, aku tak akan sentuh kau tanpa izin kau atau buat sesuatu yang kau tak rela dan aku tak kisah kalau kau tak nak jalani tanggungjawab kau sebagai isteri sekalipun. Aku izinkan kau untuk lepaskan tanggungjawab tu asalkan kau tak buat sesuatu yang boleh mengaibkan aku sebagai suami kau, aibkan diri atau family kita" ujar Amir sepenuh hati.
"Aku tahu tiada perasaan sayang ataupun cinta yang wujud diantara kita tapi aku harap kau bertahan sikit untuk teruskan perkahwinan ni. Mummy aku tak sihat sangat dan aku tak nak dia jatuh sakit sebab kita. Itu je aku minta dari kau. Aku harap kau boleh consider pasal hal ni" tuala yang dilipat menjadi bentuk hati itu dicapai dari katil dan dibukanya besar-besar. Kelopak bunga ros yang melekat pada tuala itu ditanggalkan satu persatu. Mengarut betul lah hiasan-hiasan semua ni. Dia tahu, suite dan hiasan bilik itu semuanya ditempah oleh mummynya. Yang bukan-bukan saja tau mummy ni request!
Tuala disangkut pada bahu. Langkah diatur untuk ke bilik mandi yang terletak di hujung bilik,
"Apa jaminan awak yang awak tak akan sentuh saya tanpa consent saya?" akhirnya perempuan itu bersuara. Langkahnya terus mati.
Amir senyum kecil. Lebih kepada senyum sinis. Wanita itu dikerlingnya seketika.
"Aku jenis lelaki yang akan kotakan apa yang aku dah janji. Kau jangan risau pasal tu"
**
JARUM PENITI disematkan dibahagian atas kepala. Biar shawl yang dipakainya itu tak mudah bergerak-gerak nanti. Sambil melihat pantulan diri dicermin, mata Hani Amellia bergerak melihat suaminya yang masih lena tidur di sofa berdekatan dengan katil itu. Dia mengeluh kecil,
"Puas betul kejutkan dia ni. Asyik-asyik suruh bagi dia lima minit.. Lima minit. Last-last tak bangun sampai sekarang" omelnya sendirian. "Dah sejam aku kejut.. Langsung tak ada tanda-tanda nak bangun pun. Kejap lagi nak check out.. Lepastu nak pergi rumah mak dia.. Dianya seronok tidur lagi tu hah"
"Amir" panggilnya sambil tangan sibuk melilit selendang di atas kepala. "When are you gonna wake up? Mummy awak, family saya semua dah tunggu dekat luar tu nak makan breakfast sekali dengan kita. Awak lebih nak utamakan tidur awak tu ke dari breakfast sekali dengan family? Sampai hati betul biarkan orang tunggu dia sedangkan dia disini sedap je tidur" ujar Hani, separa berbohong.
Automatik, lelaki itu terus bangun duduk dan terus bergegas ke tandas tanpa sebarang kata. Hani ketawa kecil. Geli hati lihat suaminya kalut begitu. Selesai bersiap, dia mengemas katil dan juga tempat tidur Amir di sofa itu. Bantal dan comforter diletakkan semula ke atas katil. Beg pakaian yang sudah siap dikemas diatur elok-elok di tepi pintu. Sengaja dia kemas semuanya awal-awal. Biar tak kalut nanti.
Mata Amir Hakimi tajam memandang ke arah isterinya yang sedang menekan butang untuk ke tingkat 1 di pintu lif itu. Muka selamba Hani itu menambahkan lagi rasa geram di hatinya. Tergamak betul perempuan itu menggunakan nama 'keluarga' untuk membangunkan dia dari tidur tadi? Tak pasal-pasal semua benda dia lakukan secara rushing tadi gara-gara tak mahu keluarga disebelah dia dan Hani ternanti-nantikan mereka untuk makan bersama.
"Kenapa saya rasa macam ada aura-aura negatif dalam lif ni eh" soal Hani sambil menjenguk ke arah sekelilingnya. Mata perempuan itu langsung tidak bertembung dengan matanya. Mungkin saja dia sengaja mengutarakan soalan itu.
Amir Hakimi kecilkan mata. Ish budak ini kan! Aku sekolahkan baru tahu!
"Bukan aura negatif yang kau rasakan tu. Mungkin tu dosa lampau yang kau buat pagi tadi dekat suami kau. Aku harap kau cuba reflect diri tu lepas ni" balas Amir lurus. Hani kemam bibir, tahan diri dari ketawa.
Sepotong kek red velvet diambil dan diletakkan ke dalam pinggan untuk dimakan sebagai pencuci mulut nanti. Mata Hani liar berlegar-legar di sekitar meja di hadapannya itu. Sibuk meninjau juadah apa lagi yang mahu dimakan untuk sarapan pagi. Terasa mewah betul melihat buffet makanan yang terhidang disegenap ruang sehingga dia sendiri tak tahu apa yang dia mahu makan terlebih dahulu.
Terasa seperti lengannya seolah-olah dipegang, terus dia menoleh. Senyuman mesra Dato' Ramlah itu dibalasnya.
"Mummy nak makan apa? Hani boleh tolong ambilkan.. Mummy nak muffin tak?"
Dato' Ramlah senyum lagi. Dia kemudiannya menggeleng pula seolah-olah memberi isyarat bahawa dia tidak mahu Hani untuk ambil apa-apa makanan buatnya. "Terima kasih sebab sudi jadi menantu mummy dan terima kasih juga sebab sudi terima anak mummy, Amir"
Terus gerak geri tangannya mati. Keningnya terangkat dan dia kemudiannya menoleh ke arah wanita itu.
"Anak mummy tu bermacam ragamnya dan susah untuk dibaca perangainya" spontan, matanya beralih ke arah suaminya yang sedang bergelak ketawa dengan keluarganya di meja makan. Pandangannya kemudiannya dialihkan ke arah wanita itu semula.
"Mummy harap Hani tak jemu untuk cuba kenal dia dengan rapat nanti.. Mummy tahu dia akan jaga Hani dengan baik dan Hani akan bahagia dengan dia. Please bear and be with him, for the rest of your life ya, sayang" belakang tangannya kemudiannya dipegang dan digenggam oleh wanita itu. Sentuhan hangat itu buat dia hilang kata seketika.
Tak lama, Hani pamer segaris senyuman. Terus, dia mengangguk tanpa berfikir terlebih dahulu.
"Insha Allah mummy.." jeda. "Insha Allah Hani akan cuba ada dengan dia selamanya"
![](https://img.wattpad.com/cover/295991277-288-k479907.jpg)
YOU ARE READING
Hanya Untukmu Cerpen - COMPLETE
RomanceBeruntungnya saya pernah menjadi milik awak walau hanya untuk seketika waktu tapi dia lebih beruntung kerana bisa memiliki awak sepenuhnya dan untuk selamanya