Pandangan tajam diberikan kepada Amir yang sedang membuat bayaran pada barista di ruangan pandu lalu itu. Senyuman manis dan keramahan barista perempuan berbual dengan Amir juga sedikit sebanyak bikin hatinya menggelegak.
Ish! Tak nampak ke aku ni ada dekat sebelah Amir? Gatal betul senyum-senyum macam tu dekat suami orang! Dalam hati, berbakul-bakul sumpahan dihadiahkan buat barista itu. Geram!
Selesai mengambil kopi yang dipesan, Amir kembali memandu seperti biasa. Hani betulkan duduk, menghadap ke tingkap. Sengaja dia duduk membelakangi suaminya itu. Air yang dibeli oleh Amir tadi juga tidak disentuhnya walaupun tekaknya betul-betul haus ketika itu. Biar air tu jadi pameran! Tak ada hati dah nak minum!
"Kau dah kenapa ni? Tadi kata nak air sangat.. Ni aku dah belikan, tak minum pula"
"Tak dahaga"
"Pulak?" dan Amir seterusnya diam dan terus memandu dengan tenang. Diam Hani itu seolah-olah langsung tidak membawa apa-apa kemusykilan kepadanya.
"Kerja tadi macam mana? Okay ke?" soal Amir, sekadar memecahkan sunyi dalam kereta itu.
"Hmm"
"Kau penat tak?"
"Tak penat tapi sakit" balas Hani sambil menjeling walaupun dia tahu jelingannya itu tak mungkin dilihat oleh lelaki itu memandangkan dia sedang duduk membelakangi Amir.
"Sakit apa pula? Kenapa tak beritahu aku pun?"
"Sakit hati tengok orang menggatal tadi?"
Amir memerlahankan kenderaan setelah lampu isyarat bertukar merah. "Menggatal apa pula ni? Aku tak faham. Siapa yang menggatal?"
Hani hela nafas ikut mulut. Tenangkan hati yang membara. Boleh pula buat-buat tak faham!
"Kau maksudkan aku ke yang menggatal tu?" soal Amir lagi, cuba untuk dapatkan kepastian.
"Dahtu? Siapa lagi?"
"Dengan siapa?"
"Barista tadi" jawab Hani pendek. Dari bunyi yang dihasilkan Amir itu dia tahu Amir masih lagi keliru dengan jawapannya itu.
"Bila masanya aku menggatal dengan dia? Dia yang menggatal dengan aku ada lah tapi aku tak melayan pun.. Aku senyum dekat dia pun tak.. Kau sendiri pun nampak muka aku tadi macam mana" Hani diam.
Memang, ada betulnya apa yang Amir cakapkan tu. Perempuan tu yang menggatal manakala dia beriak biasa saja. Tak melayan pun.
"Kau tak perlu risaulah.. Macam mana aku dekat depan kau, macam itulah aku dibelakang kau. Aku tak akan menggatal dengan perempuan lain di depan atau dibelakang kau sebab aku ni bukannya reti sangat nak multitask. Aku tak pandai nak sayang ramai orang dalam satu masa. Selepas mummy, aku hanya ada kau saja dalam hidup aku. Itu dah cukup untuk aku"
Hani diam. Rasa bersalah pula sebab tuduh suaminya seperti tadi. Tapi bukankah fitrah seorang perempuan tak mampu untuk mengelak ataupun mengawal diri dari rasa cemburu dan terlalu berfikir jauh-jauh, lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan seseorang yang disayanginya?
Ah.. Kau mula sayangkan dia ke Hani?
"Aku faham kau cemburu.. Cemburu tu bukan tak boleh, boleh tapi berpadalah.. Jangan terlampau cemburu tak tentu pasal.. Takut nanti perasaan tu akan makan diri kau nanti"
Minuman yang dipesan tadi dihulurkan oleh Amir ke arahnya. Lambat-lambat dia menyahut huluran itu. Duduknya juga dibetulkan. Biar pandang ke depan.
"Sorry.. Saya tak dapat kawal diri tadi"
Amir senyum kecil. Kepala isterinya itu diusap perlahan,
"Aku tak akan curang. Terpulanglah kau nak percaya ataupun tidak tapi aku betul-betul tak ada niat untuk buat semua tu kat kau.. Aku sayang kau" dia berjeda seketika
"Eh boleh sentuh kan kepala ni? Ke tak boleh?"
"Mengada" Hani pura-pura marah sambil menjeling manja ke arah suaminya itu.
YOU ARE READING
Hanya Untukmu Cerpen - COMPLETE
RomanceBeruntungnya saya pernah menjadi milik awak walau hanya untuk seketika waktu tapi dia lebih beruntung kerana bisa memiliki awak sepenuhnya dan untuk selamanya