Amir meneliti sejarah fail pesakit di ruang kerjanya. Perkembangan pesakit dibaca satu persatu. Sekadar untuk tahu latar belakang pesakit-pesakit itu kerana sebentar lagi dia perlu lakukan morning ward round bersama beberapa doktor praktikal dibawah seliaannya. Telinganya kemudiannya menangkap suara keluhan. Terus, dia menoleh
"Hai.. Awal mengeluh kak? Ada patient buat hal yang menguji kesabaran dan keimanan akak ke tadi? Patient bed mana?" Amir menyoal sambil tersenyum kecil. Jururawat itu terus berhenti menggeledah ruangan kerjanya.
"Bukan patient yang uji kesabaran akak.. Tapi doktor" kak Raihan, staff nurse disitu menundingkan jari ke arahnya.
Amir ikut sama tunding jari ke arah dirinya sendiri. Dahinya mulai berlipat.
"Aik? Saya pula yang jadi mangsa? Saya baru saja sampai ni hah dah kena tuduh macam-macam dengan-"
"Doktor asyik hilangkan pen saya je. Minggu ni saja dah 5 batang pen saya beli. Semuanya lesap. Kata nak pinjam je tapi dia hilangkan terus. Bayang pun langsung tak nampak dah! Entah kemana hala dicampaknya tak tau" Amir sengih tayang gigi. Pen yang ada ditangannya itu juga pen milik jururawat itu. Terus, dia hulurkan ke arah perempuan yang sedikit tua darinya itu.
"Nah saya pulangkan balik. Janganlah marah-marah kak.. Nanti saya ganti pen akak yang lain tu ya? Sekali dengan kedai buku pun saya belikan nanti untuk akak. Jangan marah ya" kak Raihan juih bibir. Pen yang dihulurkan Amir itu direntap kasar.
"Uish marah betul tu" jelingan seterusnya diberikan kepadanya.
Ah! Ada orang merajuk. Petanda sekejap lagi selepas ward round, dia perlu belikan makanan buat rakan kerjanya itu. Dengan cara itu saja rajukknya cepat nanti.
Tak lama, telefon bimbitnya berdering. Menandakan ada panggilan masuk. Skrin dijeling sekilas sebelum panggilan itu dijawab. Panjang senyum di bibirnya.
"Assalamualaikum mummy.. Sihat ke? Dah sarapan belum?"
"Waalaikumussalam.. Sihat. Mummy makan roti canai dengan mak Timah awak tadi.." jeda. "Mummy nak tanya awak ni, mummy nak stay rumah awak satu dua hari ni boleh ke?"
"Eh apa pula kena tanya-tanya kita ni.. Datang sajalah mummy bila-bila masa yang mummy nak.. Pintu rumah tu sentiasa terbuka untuk mummy. Password pintu pun masih sama"
Fail pesakit yang terbuka dihadapannya itu ditutupnya. Fokus kepada panggilan telefon mummynya.
"Datang nak spotcheck kita dengan Hani lah tu" tambah Amir, sekadar menduga niat wanita itu. Kedengaran, Dato' Ramlah ketawa kecil. Umpama mengiyakan telahannya tadi,
"Tak adalah.. Mummy ada event dekat KL esok. Mummy tengok map, lokasinya dekat sangat dengan rumah awak.. Itu yang mummy plan nak stay di rumah awak je. Senang mummy nak commute"
"Bila nak datang tu?"
"Esok mummy sampai. Dalam tengah hari sikit. Awak off day hari apa?"
"Lusa. Esok Amir shift malam so sempatlah nak jumpa mummy sebelum pergi kerja"
**
"MAJIKAN yang gagal mencarum ni ada apa-apa update tentang dia ke kak? Rasanya haritu katanya bulan ni nak selesaikan bayaran yang tertunggak.. Ni saya cek sistem masih merah je lagi statusnya" soal Hani kepada keraninya di meja sebelah. Matanya ketika itu sibuk membaca detail yang tertera di skrin laptop. Meneliti sejarah transaksi yang telah dibuat oleh majikan tersebut sebelum-sebelum ini.
"Majikan yang mana?"
"John Autopart Enterprise" jeda. "Dah dekat lima bulan tertunggak ni. Kalau dia tak bayar juga bulan ni, saya nak usulkan nama syarikat ni dekat bos dalam meeting hujung bulan ni. Kita proceed dengan legal action je.. Biar dia naik turun mahkamah. Macam tu saja nak mengajar majikan yang liat nak mencarum ni" ujar Hani sambil berkerut dahinya.
"Kejap lagi akak cuba call majikan ni tanya pasal payment caruman bulan ni.. Kalau dia tak angkat, akak beritahu kamu" ujar kak Ani sambil mencatat nota pada buku di atas meja.
Waktu di skrin komputer dilihatnya sekilas. Sudah masuk waktu makan tengah hari ni. "Udah lah tu kerjanya.. Moh kita makan dulu.. Akak lapo ni" punat pada monitor ditekan dan tak lama, skrin bertukar gelap.
Hani lihat waktu di skrin computer ribanya. Tepat pukul 1 petang. Tak sedar waktu cepat sangat berlalu. Leka sangat buat kerja dari pagi tadi!
"Kak Ani pergi dulu.. Kejap lagi saya turun. Saya nak ke tandas dulu" kak Ani mengangguk. Dompet diraihnya dari tas tangan lalu keluar dari ruangan kerjanya.
"Akak tunggu kamu dalam kereta ya"
Hani melangkah keluar dari pejabat sambil matanya berlegar-legar mencari kelibat kereta Honda City putih milik kak Ani. Biasanya dia parkir tak jauh dari perkarangan ofis.
"Kak Ani park dekat mana ni.. Tak nampak pun keretanya dekat sini" telefon bimbit dikeluarkan dari tas tangan. Nombor kak Ani didailnya. Sambil menanti kak Ani menjawab panggilan, matanya dilegarkan di sekitar itu. Masih cuba mencari kereta kak Ani.
Matanya tertancap kepada sepasang lelaki dan perempuan berambut panjang itu sedang bergelak ketawa, berjalan ke arahnya. Akalnya membuat imbasan warna pakaian yang dipakai oleh suaminya pada pagi tadi. Mengapa warnanya sama dengan warna pakaian yang lelaki itu pakai? Dan kenapa corak tali leher yang dikenakan pada leher suaminya tadi sama seperti yang tergantung di leher lelaki itu?
Mereka kemudiannya menghentikan langkah di hadapan kafe dan lelaki itu membukakan pintu kaca dan membiarkan wanita itu masuk ke dalam terlebih dahulu. Kedua-dua mereka tidak perasan akan kehadiran Hani disitu. Mungkin, lebih selesa untuk kekal berada dalam dunia mereka sahaja.
Air muka Hani terus berubah. Panggilan kak Ani yang sudah berjawab itu diabaikannya. Yang dirasakannya sekarang adalah sesak di dada. Nafasnya jadi tersekat-sekat dan dia sukar bernafas. Masih cuba untuk mencerna apa yang dilihatnya tadi.
Bukankah hari itu lelaki itu berjanji dia tak akan curangi dia? Kenapa apa yang dilihatnya itu bertentangan dengan apa yang lelaki itu ucapkan?
Tak mungkin kemesraan yang ditonjolkan sebegitu hanyalah sebatas 'teman'!
YOU ARE READING
Hanya Untukmu Cerpen - COMPLETE
RomanceBeruntungnya saya pernah menjadi milik awak walau hanya untuk seketika waktu tapi dia lebih beruntung kerana bisa memiliki awak sepenuhnya dan untuk selamanya