Xaviera-02

121K 5.5K 1.5K
                                    


Mengucap panjang Tengku Aryan melihat isi gambar tersebut. Dari mata kasar mereka semua hubungan diantara mereka berdua sangat rapat dan sepertinya mereka sudah saling kenal.

"Astaghfirullahalazim." Istighfar Tengku Aryan dan juga Tengku Faiza melihat kelakuan anaknya. Bukan ini yang mereka ajar Haider.

"Apa Haider dah buat ni? Mummy tak pernah ajar Haider macam ni." Bergenang air mata Tengku Faiza melihat gambar anaknya sedang berpelukan mesra dengan perempuan lain.

"Tak mummy, Haider tak buat benda ni." Haider masih lagi membela dirinya. Rosak namanya hanya disebabkan gambar yang tak betul.

"Viera, tolonglah. Aku tak pernah buat salah dengan kau. Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Tolonglah kau bagi tahu benda ni semua tak betul." Rayu Haider kepada wanita tersebut.

"No Haider! Awak dah janji akan bertanggungjawab atas apa yang awak dah lakukan." Jawab Xaviera tak mahu mengalah.

Encik Rizuan dan Puan Ayu saling berbalas pandang dan kelihatan dari mata mereka bahawa mereka sudah nekad dengan keputusan mereka.

"Maaf, tapi sampai sini sahaja hubungan antara pihak Tengku dengan pihak kami. Biarlah kami mengalah untuk masa depan anak kami." Terangkat kepala Annisa mendengar kata-kata abinya. Dia mahu menyampuk namun uminya meminta agar dia mendiamkan diri.

"Abi, ini semua fitnah. Haider tak buat pun." Haider sudah seperti hilang nyawa apabila mendengar keputusan Encik Rizuan.

"Maaf, sampai sini sahaja jodoh kamu dengan anak abi. Abi tak pernah salahkan kamu dan berdendam dengan Haider dan juga Tengku. Ini adalah jawapan yang Allah dah berikan dan kami terima dengan hati terbuka." Kata Encik Rizuan bersama dengan senyuman yang dibuat-buat manis.

"Nisa jom naik sayang." Ajak Puan Ayu kepada anaknya yang dari tadi hanya menangis.

"Annisa, pujuk umi dengan abah. Ini semua fitnah, kau tak percaya, kan?"

Annisa menarik nafas dengan panjang dan dihembuskan dengan perlahan-lahan. Tangan Puan Ayu yang berada di atas pahanya digenggam dengan erat.

"Saya cinta awak kerna Allah, dan saya akan menjauhi awak kerna Allah. Jodoh kita sampai disini sahaja Haider. Walaupun saya percaya dengan awak tapi kalau umi dan abi saya tak redha dengan perkahwinan ini pun tak ada gunanya. Jadi hubungan kita sampai disini sahaja." Kata Annisa dengan sekali nafas. Dikuatkan dirinya untuk mengungkapkan kata-kata tersebut.

Xaviera yang mendengar dan melihat drama tersebut menaikkan bibirnya ke atas. Tunjuk baik lah tu.

"Maaf Tengku, saya tiada niat nak menghalau tapi saya dan isteri nak bersendirian." Kata Encik Rizuan kepada Tengku Aryan dan yang lain.

Tengku Aryan yang faham akan maksud tersebut hanya menganggukkan kepala dan memberi isyarat kepada yang lain untuk meninggalkan rumah tersebut.

"Saya minta maaf atas apa yang anak saya sudah lakukan. Salah saya kerna masih belum sempurna mendidik Haider." Ujar Tengku Aryan dengan perasaan sedih.

Encik Rizuan hanya menepuk bahu Tengku Aryan dan menghantar pemergiaan keluarga tersebut dengan pandangan kosong. Tiada rezeki untuk mereka menerima menantu.

"Kita bincang dekat rumah." Kata Tengku Aryan tanpa memandang kearah Haider.

Haider yang juga panas hati masuk kedalam keretanya lalu dan dengan sepantas kilat keretanya hilang dipandangan Xaviera.

 HAIDER LUTHFAN || EBOOKWhere stories live. Discover now