Xaviera sudah menggigil di tempatnya. Dia tak tahu nak lari kemana untuk selamatkan diri melihat kepada Haider yang semakin menggerunkan.
"Kau memang cari nahas dengan aku Viera." Tali pinggang yang terletak elok di atas sofa diambil lalu dia lilit di sekitar tangannya bersedia nak serang Xaviera.
Xaviera kecut perut melihat setiap gerak geri Haider yang sedang melilit tali pinggang di sekitar tangannya. Jangan kata yang Haider nak serang dia guna benda alah tu.
Haider tersenyum sinis melihat Xaviera yang berusaha mencari jalan keluar. Lari lah sejauh mana pun, dia akan pulang semula ke rumah ni dan dia akan jadi tawanannya.
"Kau nak lari mana? Kau dah fitnah aku, sekarang masanya untuk aku balas apa yang kau dah buat dekat aku, Viera." Tambah kecut perut Xaviera mendengar nada Haider yang sudah berubah.
"Aku bagi kau pilihan. Menyerah atau aku sendiri yang tangkap kau. Kalau aku dapat kau, memang habis aku kerjakan." Kaki Haider semakin menghampiri kearahnya.
Xaviera menggelengkan kepalanya. Dua-dua dia tak nak, kerna hujungnya tali pinggang tu pasti akan menyentuh badannya.
"Okey sayang. Nampaknya kau memang sayang sangat dekat aku sampai kau nak aku sendiri yang tangkap kau." Haider meregangkan terlebih dahulu lehernya. Muka itu juga sudah berubah menjadi sangat menakutkan.
Jarak antara mereka semakin dekat. Xaviera cuba nak larikan diri namun Haider lebih pantas bertindak. Dia menolak badan Xaviera lalu bahu Xaviera dicengkam dengan kuat apabila wanita itu masih cuba nak larikan diri.
Tanpa kata, Haider terus melayangkan satu penumbuk tepat mengena di perut Xaviera. Berkerut-kerut mukanya menahan sakit yang ditinggalkan oleh Haider.
Disebabkan tumbukan tersebut, Xaviera menundukkan hampir keseluruhan badannya dan tangan sempat mencengkam baju Haider melepaskan segala rasa sakit yang dia rasa saat ini.
Haider yang tiada belas kasihan terhadap Xaviera menarik rambut panjang milik isterinya dengan kuat sehingga badan tadi yang tertunduk terpaksa berdiri dengan lurus disebabkan tarikan tersebut.
"Sakit?" soal Haider. Cengkaman di baju Haider semakin kuat kerna sakit di perutnya semakin menjadi-jadi.
"Ini masih sikit Viera. Sakit yang kau tinggalkan dekat aku disebabkan fitnah bodoh tu tak masih terasa dan selagi sakit di hati aku tak hilang, selama tu lah badan kau akan hancur di tangan aku." Satu penumbuk dilayangkan lagi tepat di perut Xaviera.
"Haider sakitttt!" jerit Xaviera dengan kuat. Dia sudah tak mampu nak menahan sakit disebabkan tumbukan tersebut.
Haider langsung tak menghiraukan teriakan tersebut. Dia semakin suka nak buat Xaviera menderita selepas dengar teriakan tersebut.
Tanpa ada rasa belas kasihan, perut Xaviera ditumbuk berulang kali. Bukan sekadar hanya di perut, Haider menumbuk muka Xaviera dengan tangan yang sama iaitu yang berlapik dengan tali pinggangnya.
"H-Hai..der..." suaranya semakin lemah dan kedengaran seperti suara berbisik sahaja memanggil suaminya.
"Kau perangkap orang yang salah Viera." Ujarnya dengan tangan sibuk meleraikan ikatan tali pinggang di tangannya.
Terlerai sahaja tali pinggang itu dia melipat dua lalu badan Xaviera pula menjadi mangsa kekejaman Haider.
"Haider, sakit!!!" pedih belakangnya disebabkan libasan tersebut. Tak tahu nak ungkap macam mana rasa sakit tersebut.
Haider langsung tak ada rasa belas kasihan dengan apa yang sudah dia buat. Rasa sakit yang dialami oleh isterinya langsung dia tak hiraukan.
YOU ARE READING
HAIDER LUTHFAN || EBOOK
Random[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." Larayne Xaviera x Haider Luthfan All rights reserved by thelifeof_rene Start:Januari 2022 End : Mac 2022 ...