Tak terkata Xaviera ketika ini menahan sakit di perut dan belakangnya. Apa yang dia mahu ketika ini adalah baringkan badan namun disebabkan suaminya hendak makan dia perlu utamakan suaminya dan ketepikan dahulu sakit di badannya.Sudahlah dia tak pandai masak, barang di rumah Haider juga tak lengkap, hanya ada telur sahaja.
"Kau dah siap masak ke? Lembap lah kau ni!" tengking Haider dari belakang. Dari tadi dia menunggu di ruang tamu tapi sampai ke sudah tiada pun dia dengar suara perempuan ni memanggil dia untuk makan.
"Sekejap, dah nak masak ni." Ujar Xaviera dengan tangan cepat-cepat meletakkan telur yang sudah siap masak diatas pinggan.
"Kau hidangkan aku telur je?" marah Haider apabila melihat hanya ada telur dadar dihadapan matanya. Telur dan nasi sahaja. Mummy dia pun tak pernah nak hidang makanan macam ni.
"Telur je yang ada di peti ais awak." Jawab Xaviera dengan mata hanya memandang kebawah.
"Yang kau berdiri macam orang bodoh tu dah kenapa? Sendukkan lah aku nasi!" arah Haider dengan nada yang kuat. Dengan tergesa-gesa Xaviera menyendukkan nasi dan juga lauk ke dalam pinggan Haider.
Haider masukkan makanan yang berada di tangannya dan mata tidak lepas memandang Xaviera.
"Puihhhhh! Kau masak apa ni gila?" dikeluarkan makanan yang ada dimulutnya apabila rasanya tidak mengena di tekaknya. Masin!
"Apa je yang kau tahu ha? Tahu jual diri? Tak pun tahu nak hancurkan kebahagiaan orang lain!" pekik Haider dengan tangan menolak pinggan tersebut jauh darinya.
"K-kenapa?" tanya Xaviera dengan gugup. Tadi dia ada rasa masakannya, okey je tak ada masalah pun.
"Kau tanya aku kenapa?" Haider sudah berdiri dihadapan Xaviera. Tangannya terus menarik rambut wanita tersebut sehingga terdongak Xaviera memandang kearah Haider.
"Kau nak tahu dimana salah kau?" soal Haider tanpa peduli akan raut wajah Xaviera yang sedang menahan sakit.
Haider mengambil telur yang berada di atas pinggannya lalu disumbatkan telur tersebut kedalam mulut Xaviera dengan kasar.
"Kau memang sengaja kan letak garam banyak-banyak dalam telur tu. Nak balas dendam dengan apa yang aku dah buat dekat kau?" soal Haider dengan wajah bengis. Xaviera menggelengkan kepalanya menidakkan tuduhan tersebut dengan raut wajah yang sudah bertukar merah.
Tersedak Xaviera apabila Haider tak henti memasukkan telur yang dia masak kedalam mulutnya. Haider yang melihat hanya mendiamkan diri, suka dia melihat wajah keperitan Xaviera.
Xaviera memukul dadanya berkali-kali untuk menghilangkan sedakan tersebut namun ianya tak berkesan. Dengan kekuatan yang ada, dia menolak badan Haider jauh darinya lalu tangan pantas mengambil air yang berada di meja dan diteguk air tersebut dengan rakus.
"Berani kau tolak aku," bertambah api kemarahan Haider apabila Xaviera menolak badannya.
"Tak. Saya tak bermaksud pun nak tolak awak." Jawab Xaviera dengan mata memandang ke bawah. Takut dengan wajah bengis Haider.
Haider menarik lengan Xaviera lalu dibawa isterinya menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas. Xaviera dengan langkah yang tidak teratur sesekali tidak menginjak anak tangga dan dia hanya pasrah sahaja dengan kelakuan suaminya.
YOU ARE READING
HAIDER LUTHFAN || EBOOK
Random[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." Larayne Xaviera x Haider Luthfan All rights reserved by thelifeof_rene Start:Januari 2022 End : Mac 2022 ...