Masuk sahaja di bilik Haider, lelaki itu sudah rehatkan diri di atas tilam. Dia, hanya memandang sahaja bilik suaminya. Wangi, terasa Haider peluk dirinya.
Dia tak tahu nak buat apa sekarang, nak tidur sekatil atau macam mana?
"Haider.." panggilnya dengan nada yang cukup lembut.
"Hmm..." balasnya dengan malas. Dia langsung tak mengalihkan matanya dari skrin telefon.
"Saya nak tidur mana?" soalnya.
"Jangan pura-pura bodoh Viera. Kau dah tahu dimana tempat kau, jangan banyak tanya." Malas pula dia melayan soalan bodoh Xaviera.
"T-tapi badan saya sakit tidur atas lantai." Takut-takut Xaviera berkata. Tapi memang betul lah, sakit kena pukul oleh Haider masih belum hilang lagi.
"So? Ada masalah dengan aku?" balas Haider yang langsung tak berniat untuk tahu benda tersebut.
Xaviera mengeluh lemah. Kalau macam tu terpaksalah dia tidur atas lantai.
Sebelum rehatkan diri, Xaviera bersihkan diri terlebih dahulu, badannya melekit dengan peluh dan membuatkan dia tak selesa. Keluar sahaja dari bilik mandi, kelihatan Haider sudah terlelap. Lena sahaja dia melihat wajah Haider.
Xaviera mengambil tempatnya. Haider langsung tak bagi dia bantal mahupun selimut. Dahlah sejuk, macam mana nak tidur dengan keadaan macam ni.
Xaviera hanya pasrah sahaja. Dia tidur beralaskan lengannya. Nak tak nak dia perlu tidur juga kerna dia dah mengantuk.
Dia fikir dia boleh lelapkan mata dengan keadaannya yang sudah mengantuk namun dia salah. Dia memang mengantuk tapi keadaannya membuatkan dia tak boleh tidur.
"Arghhh!" dahlah sejuk, Haider lagi macam sengaja berdengkur nak tunjukkan yang dia lena tidur diatas katil.
Xaviera bangkit dari tidurnya lalu dia memandang wajah suaminya. Xaviera menolak badan Haider yang ketika ini sedang menguasai ruang katil tersebut.
"Malam ni je tau kita tidur sekatil," Xaviera mengambil tempat di sisi Haider dan sempat dia melambaikan tangannya di hadapan wajah Haider untuk memastikan suaminya betul-betul tidur.
"Ini barulah namanya suami isteri. Selamat malam sayang." Dengan beraninya dia mencium dahi Haider. Haider tak akan sedar punya jadi ini je masanya untuk dia buat apa yang dia nak buat.
Haider tanpa sedar memeluk badan Xaviera. Seketika Xaviera kejung di tempatnya sebelum bibirnya membentuk senyuman. Walaupun Haider peluk dia dalam keadaan tak sedar tapi cukup menggembirakan hatinya. Malam ini tidurnya terasa lain. Untuk pertama kalinya dia tidur didalam pelukan Haider.
...
Haider membuka matanya perlahan-lahan apabila ada haruman yang terlalu asing masuk ke dalam hidungnya. Haruman itu sangat menenangkan. Haruman vanilla.
Buka sahaja matanya, wajah Xaviera terpampang tepat dihadapannya. Tindakan refleks, ditolak badan tersebut dengan kasar.
"Macam mana perempuan ni boleh tidur dekat atas?" soalnya dengan geram.
"Woii! Bangun!" ditolak pipi Xaviera dengan kuat.
"Haider..." panggil Xaviera dengan muka berkerut seperti sedang menahan sakit.
Haider diam sahaja. Tak ada niat nak menyahut panggilan tersebut.
"Haider, sakit..." rengeknya bersama dengan air mata.
"Kau mengigau ke?" pelik dia dengan isterinya ni. Tiba-tiba ada di atas lepastu tiba-tiba menangis.
"Sakit..." katanya lagi. Sakit dipinggangnya tiba-tiba datang. Mungkin luka di belakang berdarah dan membuatkan dia rasa pedih dan tak selesa.
YOU ARE READING
HAIDER LUTHFAN || EBOOK
Random[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." Larayne Xaviera x Haider Luthfan All rights reserved by thelifeof_rene Start:Januari 2022 End : Mac 2022 ...