♤6♤

72 5 1
                                    

Pim pom pim pom{nada dering Iphone Iris}

Iris lihat di screen Iphone nya siapa yang call dia pagi-pagi buta ni. Orang tengah syok tidur, boleh pulak ada orang call. BERUK LEO🐒 . Aduhhh, Pakcik ni nak apa lagi. Monyet betul lah.

"Hmm, Hell-" Kata-kata aku terhenti apa bila si malaun ni potong ayat aku.

"WOI!!! PEREMPUAN!! KAU KAT MANA HA?!! KAU TAU TAK SEKARANG DAH PUKUL BERAPA?! KITA DEAL PUKUL 2 KAN!!" Malaun ni menjerit bagai nak rak. Pekak telinga aku pagi-pagi ni.

"Ishh!! Jangan jerit-jerit boleh tak. Saya nak tidur laa... Bukan kita deal esok ker. kenapa kacau saya ni... Kacau jer" Marah aku balik dan menutup panggilan itu tanpa menghiraukan si Leo tu. Apa aku kesah, dia yang kacau aku. Aku sambung tidur Zzz.

Pim Pom Pim Pom (Iphone aku berdering lagi)

"APA!!!" aku marah sebaik sahaja angkat call itu.

"Woii!! Suka hati mak nenek kau jer letak . Kepala ayam kau esok!! Kita deal hari Rabu ,and Harini hari RABU!!! kau tau tak sekarang dah pukul 1.30!!! lagi 30 minit client aku dah nak sampai!!!"

Hah?!! Rabu? bukan harini selasa ker. Aku tengok, tarikh di phone aku. Dan sudah terang lagi bersuluh juga tertera discreen bahawa harini hari RABU!! OMG, mati lah aku. Dah la aku main letak jer call dia. MACAM MANA AKU BOLEH LUPA NIH!!!

"Perempuan!! kau sempat lagi mengelamun kan. Kau datang sini cepat. Kalau kau tak sempat datang and menyusahkan hidup aku. Kau tengok la apa yang aku akan buat dekat kau." Ugut Leo pada ku.

Aku telan liur pahit. Meremang bulu roma aku dengar dia cakap macam tu.

"O-ok, s-saya minta maaf a-awak. Sekarang jugak saya siap. Dan saya janji tak menyusahkan awak!!" Kata aku dengan gagap. Takut weh bila lelaki marah. uuuu serammm

"Kau takyah nak gagap sangat. Buang masa dengan kau punya gagap tu. I want you to get ready NOW!!!" Kata Leo lalu meletakkan call itu.

Tachod titew awaks👉👈. Uwekk gedik lak kau. cepat la siap!!

Aku berlari masuk ke bilik mandi dan mandi cartoon jer. Rambut pun tak basuh. Aiyaya. Usai mandi aku bersiap dan terus menuju ke destinasi ku.

Ahhhh, Dah 1.59!!! Mana pulak cafe yang Leo suruh pergi ni. Sesat aku. fuhhh, akhirnya jumpa.

2.05. Aku sampai di cafe tersebut. Mata aku melilau mencari batang hidung Leo yang mancung macam mat saleh tu. Aku nampak dia duduk di sebuah meja di bahagian hujung kedai. Privasi lah katanya. Aku tengok dia keseorangan. Maybe client dia belum sampai. Tengah syok aku tenung dia, menyempat eh nak tenung.

Mata helang dia seakan-akan dapat merasai kehadiran aku, Terus dia menoleh kearah aku. Dia memberi pandangan tajam tepat di mata aku. Aku boleh rasakan gunung berapi yang sedang menggelegak didalam matanya. Hesy, mati lah aque.

Perlahan-lahan aku melangkah untuk menuju ke arahnya. Mata Hazelnya, masih tepat memandang aku. Setiba aku didepan mejanya, aku hanya menundukkan pandangan. Tak berani nak bertentang mata dengan nya.

"DUDUK." arah leo dengan nada yang dingin.

Aku seperti dipukau, patuh pada arahannya.

"Kau hanya bernasib baik, yang client aku lambat sampai. Kalau kau buat lagi untuk kali kedua, aku takkan teragak-agak untuk tukar deal kita kepada benda yang lagi susah dan teruk dari ini. FAHAM!" Leo berkata dengan serius.

Perlahan aku anggukkan kepala.

Beberapa minit kemudian client Leo tiba. Leo memberikan senyuman 'Bussiness' nya kepada clientnya dan bukan aku. Kalau lah dia boleh cakap lembut-lembut and bagi senyuman tu dekat aku jugak. Hmm. Agak kecewa. Its okay Iris, everything gonna be alright. ok.

SHE'S AURORA Where stories live. Discover now