♤5♤

61 6 1
                                    

Bermulalah, cuti semester yang dinantikan setiap pelajar di University. Aku juga tak terlepas dari golongan yang menantikan cuti yang panjang. Yelah siapa jer yang tak suka cutikan. Tapi tulah, cuti pon assignment membukit. Aku dan Mia, habis kan seminggu di rumah sewa kami untuk menyiapkan assignment kami. Jadi selama, seminggu kami hanya habis kan dengan menghadap assignment.

Patah riuk jugak tulang belakang aku duduk kat meja belajar ni, hampir 140 jam jugak aku duduk menghadap kerja. Ceh, penipu. Ada jer masa aku layan Kdrama dengan Mia nak hilangkan kepenatan. So, tolak lah dalam beberapa jam. Selepas seminggu, Akhirnya berhasil titik peluh dekat meja nak siap kan assignment.

Aku dan Mia berkemas untuk pulang ke rumah Ibu Bapa. Aku ajak Mia untuk ikut aku balik rumah ummi, sebab risaukan Mia untuk pulang ke rumah Ibunya. Kenape? Sebab hubungan Mia dan keluarganya agak renggang dan mempunyai konflik antara mereka.

Jadi aku taknak la waktu cuti ni, Mia didera mental dan fizikalnya yang sepatutnya relax dan bergembira. Tapi seribu kali aku ajak, seribu kali juga lah Mia bangkang permintaan ikhlas aku.

Berat hati aku nak lepaskan Mia pulang kesana. Tapi apa kan daya, aku hanya kawan yang hanya mampu menasihati. Itu hak dia untuk pulang, aku tak boleh halang. Tepat pada jam 8 pagi, kereta Mia sudah meluncur diatas jalan raya. Aku masih lagi berkemas. Yelah, nak balik bukan nya sekejap. Lama~.

Setiba aku di rumah ummi aku nampak satu kereta alza berwarna ungu gelap, cantik diparkir di halaman rumah ummi. Aku macam boleh cam kereta tu, tapi tak ingat siapa pemiliknya. Aku melangkah masuk kedalam rumah dengan lafaz Assalamualaikum~

Ummi dan seorang wanita kelihatan seperti 40an menjawab salam aku. Sungguh aku terkejut melihat figura wanita yang duduk disebelah ummi. Orang yang sudah lama aku rindukan, dan menanti kepulangan nya sudah pulang ke pangkuan keluarga.

"I-ibu" bergelinang air mata aku. Melihat ibu yang pulang setelah 11 tahun menghilangkan diri.

Aku jatuh terduduk, terlalu terkejut dan gembira. Benar rasa benci di dada masih belum hilang tapi rasa sayang melebihi kebencian aku terhadapnya. Walau apa pun yang dia telah lakukan pada aku, dia tetap ibu kandung yang telah melahirkan aku ke dunia ini.

" Iris, ibu minta maaf. Ibu minta maaf sebab tinggalkan Iris. Ibu janji akan tebus kesalahan ibu! maaf kan Ibu, Sayang?" Ibu terus mendakap aku sebaik sahaja aku terduduk dilantai yang keras itu. Ibu juga mengalirkan air matanya. Ummi hanya menyaksikan dengan perasaan sebak dan sedih.

Ya, Ummi bukan lah ibu kandung aku tetapi Ummi adalah ibu susuan yang telah menjaga aku selama ibu aku menghilangkan diri semasa aku berumur 8 tahun. Namun, aku sayangkan ummi seperti dia adalah ibu kandung dan darah daging aku sendiri. Ummi dan Ibu, adalah sahabat dari kecil lagi. Sehingga satu, kejadian hitam berlaku didalam hidup ibu. Ibu mengandungkan aku walaupun dia masih belum berkahwin. Ibu di rogol dan akhirnya dibuang keluarga akibat malu.

Selepas, Ibu di buang keluarga. Ummi lah yang menjaga dan membantu Ibu. Semasa itu, ummi baru berkahwin dan dikurniakan cahaya mata pertama tapi allah lebih sayangkan putera sulung ummi. Jadi ummi lah yang menjadi ibu susuan aku. Kenapa bukan ibu? sebab dia masih belum boleh menerima kehadiran aku dalam hidupnya. Bagi Ibu aku adalah sebab Ibu di buang keluarga dan aku adalah darah daging lelaki Syaitan yang telah merogol Ibu. Namun setelah dinasihati ummi, Ibu mula memberi sedikit sebanyak kasih sayangnya kepada aku.

Ketika aku berumur 8 tahun, Ibu melarikan dirinya keluar negara. Alasannya, adalah untuk mencari ketenangan. Kerana, penderitaannya masih belum terubat walaupun selepas 8 tahun. Mental dan fizikal ibu didera oleh orang yang memandang jijik terhadapnya. Dihina, dicaci dan dimaki hampir setiap hari oleh jiran tertangga juga keluarga kandungnya sendiri. Setelah 3 tahun Ibu menghilangkan diri, aku mendapat khabar berita dari Ummi bahawa ibu sudah berkahwin dengan orang di sana dan diberitahu bahawa bermungkinan besar Ibu takkan kembali lagi. Aku sedih, kecewa dan marah dengan tindakan ibu. Seolah olah, dia sudah tidak menyayangi aku dan buang aku dari hidupnya. Aku bencikan dia, namun terselit juga rasa rindu terhadap ibu. Setelah 1 tahun, aku melupakan segala memori aku bersama ibu dan membuka buku baru.

SHE'S AURORA Where stories live. Discover now