♤10♤

55 3 0
                                    

Kami tiba di rumah. Aku masuk rumah dan terus memanggil Mia. Aku menjerit terlolong dekat bawah, si Mia tu tak nyahut pun. Teruk sangat ker demam dia sampai tak nyahut aku panggil.

"Weh, Iris. Kau pergi lah tengok dia kat atas, jarang Mia tak nyahut. Dulu dia demam pun active lagi. Ini sampai tak nyahut, risau pulak aku. Kau pergi tengok dia kat atas, aku nak prepare nak masak." Kata Lea, berbaur kerisauan.

Aku hanya mengangguk. Risau pulak aku bila Lea cakap macam tu. Cukup lah sekali tu jer aku hampir kehilangan Mia Lyana. Tak pernah aku harapkanyang kedua.

Aku mula rasa tidak sedap hati. Aku meneruskan langkah ku menaiki anak tangga itu. Tiba di hadapan bilik Mia. Aku ketuk dan memanggil nama nya, namun tiada sahutan. Aku memulas tombol pintu bilik Mia. Hati aku mula berdebar-debar. Aku tolak pintu tersebut, dan rasa tak sedap hati aku ada maksud. Kelihatan Mia terbaring di lantai biliknya. Aku terkejut. Memori 3 tahun lepas kembali. Trauma yang aku dah lama simpan, kini kembali. Lantas aku pergi kearah mia, dan meletakkan telapak tangan aku di dahi nya. Ya Allah, panasnya. Aku buang semua fikiran negatif aku, dan hanya berfikir yang positif sahaja.

"LEA!!!!" Jerit aku memanggil Lea yang ada di dapur.

Lea sampai di bilik Mia. Dia turut terkejut.

"Iris kau bangun kan dia, letak dia kat belakang aku. Biar aku angkat dia. Kau ambik kunci kereta, kita pergi hospital sekarang." kata Lea.

Aku mengangguk setuju. Nasiblah Lea larat nak angkat Mia, kalau aku. Aku sekali turut pengsan. Pantas aku mengambil kunci kereta dan handbag. Aku buka pintu kereta dan Lea dudukkan Lea di seat belakang, Lea juga duduk di seat belakang. Manakala, aku pula memandu.

Tiba sahaja di hospital, kami pergi ker emergency. Terdapat jururawat dan doktor yang datang membantu. Lea terangkan pada doktor apa yang terjadi, manakala aku duduk di seat menunggu. Lea kembali datang pada aku, doktor pula sedang merawat Mia.

"Iris kau okay tak?" tanya Lea yang risaukan aku yang tidak bercakap sejak tiba di hospital.

"Aku okay.. just benda nih remind kan aku tentang 3 tahun lepas. Its scared me to death, aku tak boleh hadap benda tu lagi. Aku sayang Mia." kata aku. Jujur aku takut benda yang sama akan berulang kembali.

"Iris, benda tu dah lepaskan. Aku tahu, kau takut. Tapi percaya lah, Mia akan ok. Aku pun risaukan dia. Aku tahu tragedy 3 tahun lepas buat kau trauma, 2 incident jadi dalam masa 1 tahun. Aku pun takut jugak Iris, remember, Mia survived. Aku yakin Mia akan survived jugak sekarang." kata Lea.

"Aku minta maaf Lea. Aku tahu aku tak patut fikir bukan bukan. Tapi Mia kawan aku. Kawan kita, aku just takut." luah aku.

Lea memeluk aku, agar aku akan lebih tenang.

Doktor yang merawat Mia kembali. Terus aku tanyakan keadaan Mia pada Doktor tersebut.

"Nampaknya, setelah saya buat rawatan. Saya dapati yang cik Mia Lyana ada influenza A. Suhu badan dia sekarang dah cecah 40 darjah celcius. Jadi Cik Mia akan diwarded kan untuk beberapa hari, sehingga virus tersebut hilang. Cik Mia sekarang dah sedar dan cik berdua boleh jumpa dia. Tapi mohon pakai mask ya" Kata doktor yang bernama Aina itu.

"Terima kasih doktor." kata kami serentak.

Pantas kami pergi ke ward yang Mia ditempatkan.

Kelihatan Mia sudah terduduk dan tersenyum memandang ke arah kami. Syukur alhamdulillah Mia tak apa apa.

"Korangg!!! Sorry tau aku buat korang risau." kata Mia.

"Kau nih Mia dah rasa tak sihat sangat tu call jelah kitaorang. Boleh jer kitaorang ponteng kelas demi kau." kata aku.

SHE'S AURORA Where stories live. Discover now