Untuk pembaca JDLM, anda semua boleh dapatkan eNovel ini dengan harga RM 15 di aplikasi e-sentral atau secara langsung kepada penulis. Boleh WhatsApp 0176909765 untuk pembelian dan jangan lupa ikuti penulis di seluruh media sosial untuk tidak ketinggalan.
***
10 tahun kemudian ...
HARI ini telah genap umurnya yang ke-26 tahun. ‘Selamat hari tua buat Aisyah,’ ayat tersebut merupakan ucapan yang tertulis pada kek hari jadi. Tergambar senyuman bahagia di sudut bibir Puan Siti dan Encik Ahmad. Mereka berdua seakan-akan kurang percaya bahawa usia anak dara mereka sudah menginjak dewasa.
Masa berlalu dengan sungguh pantas, usia mereka berdua juga semakin tuha. Kedutan di muka dan tangan semakin kelihatan. Agaknya, bilakah waktu mereka boleh menimang cucu?
Aisyah berada di tengah-tengah antara Puan Siti dan Encik Ahmad. Pipi kedua-dua orang tuanya dikucup. Hanya itu tanda penghargaan atas curahan kasih sayang selama 26 tahun ini. Jasa mereka tetap tidak akan terbalas meskipun dibalas dengan emas atau permata.
Sambutan hari lahirnya pada tahun ini sekadar kecil-kecilan. Tidak semeriah seperti tahun sebelumnya. Kek berperisa vanila yang bersaiz sederhana itu dipotong perlahan.
“Yey! Happy birthday Aisyah,” ucap Raudhah turut gembira. Dia bertepuk tangan. Cuma Raudhah tetamu jemputan mereka pada hari ini. Dari dulu hingga sekarang, hubungan persahabatan mereka tidak pernah renggang.
Bagai isi dengan kuku.“Thanks, Raudhah ... saya sayangkan awak,” balas Aisyah lalu menggenggam tangan Raudhah yang duduk di sebelah Puan Siti.
Macam selalu, bibir Raudhah tidak pernah lekang dengan senyuman manis. Sepanjang mereka bersahabat, belum pernah gadis itu menarik muka masam di hadapan Aisyah.
“Terima kasih juga ibu dan ayah sebab buat surprise ni untuk Aisyah ... love you ibu, ayah,” ucapnya terharu dengan kejutan yang dirancang oleh Encik Ahmad dan Puan Siti. Bahu ibu dan ayah dipaut manja.
“Sama-sama. Dah dewasa rupanya anak ayah ni, tapi bila nak kahwin? Ayah dah tak sabar nak timang cucu, ” seloroh Encik Ahmad. Meleret senyumannya.
“Abang!”
Lantas pudar senyuman mekar Encik Ahmad. Rona wajah isterinya merah padam. Dia anggukkan kepala tanda mengalah dengan isterinya. Encik Ahmad mencebir bibir. Niatnya mahu bergurau dengan anak tunggalnya tetapi isterinya pula yang lekas terasa hati.
Aisyah tercenung akan gurauan ayahnya sebentar tadi. Ada betulnya juga bicara Encik Ahmad. Usianya semakin meningkat, bukan semakin menurun.
Sejujurnya ketika di usia yang muda ini, semua keinginannya telah berjaya dikecapi atas usahanya sendiri. Kecuali teman lelaki, walhal dia seorang yang jelita, berharta dan berpelajaran. Adakah dia masih memiliki kekurangan?
“Aisyah ... tak payahlah simpan ke hati kata-kata ayah kamu tu. Tak reti menyabar nak ada cucu,” ujar Puan Siti, sempat lagi dia lemparkan bebelan kepada suaminya.
Aisyah tersenyum simpul. Begitu juga dengan Raudhah, dia tersenyum sahaja melayan telatah keluarga kecil itu.
Encik Ahmad memutarkan bebola matanya. Pusing-pusing, dia yang akan dipersalahkan. Mujurlah Puan Siti merupakan isteri tercintanya. Kalau tidak, jangan mimpilah dia hendak mengaku kalah.
“Jom makan kek ni,” pelawa Puan Siti kepada Raudhah dan Aisyah. Tekstur kek ini dari segi warna saja sudah buat mereka terkeliur. Rasanya apatah lagi.
Ding-dong. Ding-dong.
Bunyi loceng kedengaran ditekan berkali-kali. Kedatangan siapakah itu? Setahu mereka sekeluarga, tiada sebarang undangan tetamu selain Raudhah. Loceng terus berbunyi, mendesak tuan rumah untuk membuka pintu.
YOU ARE READING
Jodoh Di Luh Mahfuz
Любовные романыPerigi mencari timba? Ya, itulah gelaran yang paling layak untuk insan bernama Nur Aisyah atau nama timangannya 'Aisyah'. 26 tahun dia berpijak di bumi yang nyata, selama ini jugalah dia mencari timba. Tetapi masih belum ada timba yang sesuai. Ejen...